Wednesday, October 28, 2009

Oohh PLKN !

Tahniah sebab anda didapati tidak bersalah oleh MAHKAMAH. Namun dan yg menjadi masalahnya adalah "kejadian tu" tetap ADA berlaku! Adakah kejadian sebegini dan sewaktu dgnya kali pertama berlaku? Tidak! MAHKAMAH Tinggi Kuala Terengganu hari ini membebaskan dan melepaskan bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Koperal Zuki Mohd, 34, daripada tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2005.
HABIS..!!! Siapa yg tidak bertanggung jawab melakukan 'kerja sial' tu? Tutup kes macam tu saja? (hal ni kena tanya PG) Bagaimana perasaan keluarga & gadis malang tu ? Bagaimana jaminan utk ibubapa menghantar anak2 gadis mereka sekiranya pihak pentadbiran PLKN ibarat 'mengharapkan pagar pagar makan padi'?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Tuesday, October 27, 2009

Nafsu Mmg Tak Pernah PUAS

Diberi betis nak paha. Bila dah dapat tak pernah bersyukur. Amanah yg dipegang tapi berciciran. Sekadar renungan dan buat muhasabah diri ..video klip ini teman simpan untuk tatapan sesiapa saja termasuk diri.. videoBila kepayahan pandanglah ke bawah... agar kita redhai ketentuanNya. Kehidupan di dunia hanyalah sementara, tempat buat mencari bekalan ke negeri yg kekal abadi.

Monday, October 26, 2009

Upih pinang..

Zaman anak2 kg dulu.. permainan ini adalah lumrah..mmg syok! Selagi perut tak merasa keroncong atau tak bergaduh diwaktu bermain maka selagi itu lah 'tak bersurai'.. Yang syok adalah semasa ditarik..seperti naik kereta lagaknya..siap boleh berlumba antara satu sama lain.. Tapi bila si-penarik nak buat 'honaq'..semasa laju tu dia siap 'kona mereng'.. memang terbaliklah si-penunggang tu.. Namun tetap tak serik..! Pada tanggal 3/10/09 yg baru lalu semasa menghadiri program & jemputan kawin di UIAM ..teman ternampak upeh pinang yg baru jatuh..Hmm apa lagi terasa juga 'gian' tu..nak suruh orang lain tarik tu tak patut sangatlah..So..berilah peluang tu pada anak..
Laa ni...? Payah nak cari kanak2 yg jadikan permainan ini satu hobi mereka walaupun ada cuma terlalu sedikit . Itu pun di kampung-kampung pendalaman.

Friday, October 23, 2009

Kejam ~ Masuk Syurga !

Tiada perkataan yg sesuai utk mereka yg buat kerja 'durjana' ni.. Selayak sampai beginikah layanan yg patut diberikan kepada seorang kanak2 seusianya..? Mereka yg kejam ini memang patut berada sekandang dgn harimau saja.. Itu pun kalau tak diludahi rimau ..sudah kira betuah..
OOoo.. ini rupanya sijantan bertuah yg bertahta dihati janda tu ye..? Kenapa tidak dipaparkan sekali wanita yg 'bersekangkang' dalam kes ini..? Elok dipaparkan buat umum agar dapat dikenali 'seorang ibu bernafsukan setan'.. Sanggup korbankan anak demi ..xxx.. Buat adik Aaliyah Ayman Hussin Abdullah selamatlah kamu kembali kepadaNya..Syurga adalah tempat yg PASTI buat adik.

Thursday, October 22, 2009

3 Kupang Vs 3 Duit

Kebiasaan lunch time mmg teman baca paper sekadar masa ..dari 'dok langut saja' tu kan.. Tertarik pd satu tajuk yg dipaparkan.. Biar betoi nih..!!! Hati merungut sendirian. Selama ni pun mmg tahu bayaran yg dikenakan Johor terhadap negara seberang tu tapi bila melibatkan Melaka (negeri PG tu) rasanya tak patut pulaklah sampai begitu sekali perbezaannya. 10 x GANDA haaa..!!! Dahlah tu berapa cent sangat sekiranya dibandingkan dgn nilai matawang s'pore yg lebih tinggi nilannya berbanding dgn Malaysia/Melaka ni. ish..ish..ish.. Lagu mana nii.. Adakah patut? Tidakkah ada kaedah lain yg boleh disusun-atur agar lebih memberikan pulangan yg besar kepada Johor dan meringankan negeri saudara dalam Tanah Melayu ni?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Tuesday, October 20, 2009

Yang paling dekat itu adalah...

Rumah tempat tinggal macam istana. Hidup penuh kemewahan. Beringatlah bahawa yg 'paling dekat' itu adalah mati. Hiduplah dgn kemewahan tapi ingatlah siapa yg memberi limpahan rezeki tu. Sentiasalah bersyukur dan memberi kepada yg kurang..Siapa sangka di bawah mahligai kita akan terbentuk perigi maut yg bila2 masa boleh berlaku. Sedarlah!!! Kalau harta dah melimpah, kesenangan berlenangan..bawa2lah pi selesaikan Haji tu .. kot2 nanti mati tak sempat buat haji sedangkan mempunyai kemampuan maka kes nanya tu.. (sia2 je dapat status nasrani /majusi) Bila dah terjadi malang begini..duit yg banyak pun tak boleh dibuat tali utk menyelamatkan diri.. Silap2 tertimbus sekali.. Harta 'berkoyan' yg dipinjamkanNya tu bawa2 lah memberi zakat atau membantu kaum2 yg memerlukan.. Terlalu ramai di luar sana yg sentiasa menadah tangan ..berdoa dan mengharapkan bantuan buat meneruskan kesinambungan ilmu agama Allah ini.. Terlalu banyak kawasan/tanah yg menanti utk dijual dan diwakafkan.
P/s - Pesan nabi kita : Hamba yg paling bijak adalah yg sentiasa mengingati mati (bukan dok melengung saja) dan mempersiapkan amalan.
Sedarlah wahai lanabulu...

Wednesday, October 14, 2009

Rugi setelah ~50 tahun berlalu..

Sedara-sedaraku sekelian.. Perhatikanlah betul2.. "Watikah" apakah gerangannya ini?I have the honour to refer your latter no. C80.11692/52 dated 12th June 1953 addressed to British Adviser, Johore. on the question of the status of Pedra Branca Rock some 40 miles from Singapore and to inform you that "The Johore Government does not claim ownership of Pedra Branca".
Sesal dahulu pendapatan...
Over 50 years what we can do..?
P/s- adakah ini melibatkan Pulau Batu Puteh..?
- Adakah keadaan seumpama ini akan terjadi terhadap Pulau Pisang, Johor...dan 3 lagi pulau kecil berhampiran..?
-> setelah lagi 30~40 tahun ..?

Tuesday, October 13, 2009

Ikuti mereka sehingga ke lubang cacing.

Pelancaran peluru berpandu Korea Utara menyalahi resolusi PBB
SEOUL: Tindakan Korea Utara melakukan ujian nuklear jarak dekatnya yang terbaru jelas menyalahi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). [+] 11:16 AM
India uji peluru berpandu nuklear
NEW DELHI: India melancarkan ujian terhadap peluru berpandu jarak dekat yang mampu membawa peledak nuklear, semalam.Peluru berpandu Prithvi-II yang memiliki jarak 350 kilometer dilancar daripada pusat ujian di Chandipur, Orissa di timur India.Peluru berpandu itu mampu membawa bahan peledak seberat 500 kilogram.Sebelum ini, tentera India memiliki peluru berpandu jarak dekat, Prithvi-I yang memiliki jarak penerbangan hingga 150 kilometer dan mampu membawa bahan peledak konvensional dan nuklear.
LAIN2 NEGARA : Menguji..menyimpan..memiliki serta menjual ..dsb

P/s - Undang2 antara bangsa kelolaan PBB.. tak ubah seperti ketam mengajar anak berjalan betul.. Kroni dikira selamat dan dibenarkan tetapi kalau sebaliknya memang ada saja yg tak 'ngam' dgn international law..kononnya.

Monday, October 12, 2009

Inikah maksudnya Hujan Emas di Negeri Orang?

Apa yg kita harus buat? Melihat dgn perasaan yg terlopong? Inikah yg dimaksudkan dgn 'tradisi membela rakyat'? Fuuhh.. bersusah payah rakyat mehran membantu proton dan ini adalah hasilnya? Teman rasa sangat tidak berbaloi.. Kera di hutan disusukan!!!
Moga Proton terus maju.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Friday, October 09, 2009

Fuuhh..Selamattt!!!

MB Pahang tak perlu bayar RM63 juta kepada syarikat balak
PUTRAJAYA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini. [+] 15:35 PM
Ye lah kan..Mana Adnan Yaakob nak korek duit sebanyak tu..sedangkan dia hanya seorang Menteri Besar yg berjuang untuk kesejahteraan rakyat mehran. Ish..ish..tak patut betoi la depa ni pun.. Claim tu biar patut2 laa.. Hmmm
Pada 25 Mei 2007, kerajaan Pahang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuantan membayar kepada syarikat itu wang berjumlah RM37,127,471.60 bersama faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan di satu kawasan seluas 4,000 hektar milik Umno di Pekan.
?4,000 hektar? Luas tu!!! Baguslah.. Itu baru kat Pekan Pahang je?
P/s - Auditing system ? ISO ? ..melopeh den..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Tuesday, October 06, 2009

Durian Pak Mala

Email terbaru kiriman Mala.. TQ, boleh dibuat simpanan berguna ttg kejadian ; antara ciptaan Tuhan dan teknologi pertanian usaha hambaNya. Di mana letaknya kebun ni? Memang selama nafas ini, teman tak pernah nampak pun buah durian bertangkai/serumpun lagu ni..
Pada kebiasaan bergayut .. menjulai.. di dahan2 yg tinggi dan bila masak berjatuhan.. Kini anda boleh petik dan pilih dari serumpun yg terhidang di pangkal pokok tersebut.
Kepada sesiapa yg ada kebun lagu ni..khabo2kan lah moga dapat juga kita gi ziarah time masak..
Dipersilakan marasai kemanisan/ke-enak-kan yg sudah terbuka dibawah ini. Hhmmm..

Monday, October 05, 2009

Bunga Telipok

Dipagi raya ke5, teman meneruskan program ziarah 'eidul fitri ke rumah saudara di sebelah Jitra & Alor Setar. Sampai di kawasan sekolah di pinggiran jalan ternampak 'pokok telipok' memenuhi parit depan sekolah tersebut. Bunga berkembang mekar dipagi hari. Cantik sekali. Warna merah/pink memenuhi ruang. Semua anak2 dan isteri terpegun dgn kecantikkan bunga tersebut. Jarang dapat dilihat suasana begitu dimana-mana kolam/tasek jagaan maupun kepunyaan MPT. So,? tak palah; teman told them nanti 'on the way balik' kita ambil gambar bunga telipok yg cantik mengembang tu.
Rupa-rupanya bunga ni mengembang dipagi hari sahaja dan bila petang (maybe lepas zohor) bunganya mengucup kembali..Melepas !!! sayang sungguh.

Lihat bertapa banyak bunga2 telipok yg timbul tapi tak mengembang sebab hari dah petang...

Cantik dgn suasana persekitaran Sekolah Menengah Megat Dewa.Tahniah kpd pihak sekolah yg mencantikan persekitaran dgn perhisan keaslian pokok telipok.
P/s - Kerja bertangguh memang tak menjadi. Peluang bukan selalunya datang.

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media