Kembalilah lagi, Ramadhan !


Member2 Yang Dihormati..

Wednesday, November 11, 2009

Parti Burung..

Memang tak terduga sama sekali bahawa masih ada lagi manusia yg berfikiran primitif sebegini.. Entah manusia mati atau dibunuh utk dijadikan santapan pemujaan. Namun apa bezanya dgn golongan banjingan yg membunuh/membuang/membiarkan bayi mati kesejukan ditempat pambuangan sampah, perkarangan masjid/surau atau 'kat mana yg "dan" di negara kita?
Beginilah manusia gamaknya bila kemajuan hidup dikejar..
Kemewahan dan keseronokan hidup tergelincir dari landasan agama..
Hidup sudah tiada nilai2 menghormati sesama insan sekalipun dari darah-daging sendiri (walaupun haram) dan apatah lagi bila sudah bergelar 'mayat'..

Saturday, November 07, 2009

Kata Tok Dalang(upin/Ipin) "..aku dah terkenee..."

Ini adalah salah satu dari aset (dunia) yg teman beli.. Acadia namanya..Peringkat awal bermula dgn lancar mengikut schedule. Namun bila sudah meniti 80 %..riak gelombang mula menampakkan perlaburan kali ini tidak mendatangkan hasil seperti yg diharapkan..Tapak perumahan didirikan adalah berdekatan dengan centre baru utk UITM menggantikan Shah Alam yg terlalu clouded. Inilah hasil kerja tamak manusia yg tak mengira nasib orang lain. Dok kira keuntungan diri dan kroni sahaja.Pokok mengkudu yg ditanam tu pun dah berbuah ..mesra bersama pokok lalang tu (walaupun tidak diundang..) Pejam-celik pejam-celik project ini sudah berusia hampir 7 tahun. Hampir seusia dgn kakak Nurul Izzah yg akan ke sekolah tahun depan(2010).
Dalam FASA yg sama pada block belakang terjadi keretakan 'serious' ..sememangnya menghalang dari mendapat CF. Namun adakah pemaju berusaha memperbaiki keadaan ini? Bukan sahaja TIDAK bahkan mereka bertindak bijak (kononnya) dgn menukar nama pemaju baru tapi jembalang yg sama berada di dalam samada secara jelas atau berselindung. Melobi project perumahan di kawasan yg baru. Inilah terjadi (bukan sedikit kes project terbengkalai) bila tiada amanah dan korupsi dalam system pentadbiran. Swasta maupun jabatan Kerajaan yg terlibat meluluskan.
p/s-Apakah hikmah nya ye?..

Thursday, November 05, 2009

Ibu...maafkan anakanda! ! !

Berilah yang terbaik buat ibu/mak kita sementara ia masih hidup
-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan: -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada........ ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
p/s- teman simpan email ini buat diri yg selalu alpa...

Tuesday, November 03, 2009

Beginikah kasih seorang isteri..?

Secara peribadi..teman berpendapat begini:
Daripada 'bersama' tapi dibelai dgn sepak terajang..bersuamikan dgn jejaka yg bertuhankan dadah..hilang rasa hormat pada isteri..hilang rasa 'belas' ihsan pada yg lebih tua ..lebih baik hidup berkeseorangan sekalipun kepayahan..
Wook Kundur rayu suaminya dibebas segera dari Pusat Serenti
HULU TERENGGANU: Wook Kundur, 107, antara wanita tertua di negara ini dan mempunyai suami hampir 70 tahun muda daripadanya, merayu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar memendekkan tempoh penahanan suaminya yang kini ditempatkan di Pusat Serenti Sungai Besi di Kuala Lumpur. [+] 15:52 PM

p/s - Dimanakah anak-cucu hasil dari 22 pernikahan dulu..? Apakah salah ibu dibiarkan hidup sebatang kara di usia 'platinium' ini..?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Monday, November 02, 2009

Terimalah Lamaranku..

Masih baru sangat ibu kita pergi menemuiNya.. Ibumu yg memudahkan ibuku serta abang iparku 'menziarah' dalam usaha merisik seorang puteri diantara 'belasan' anaknya. Seorang gadis sunti yg menjadi pilihan kakak2ku dan abang2ku. Sebagai calon adik ipar mereka. Hati ini berserah 'total' kepada budi bicara mereka. Hitam atau putih kata mereka ku akur tanpa bantah. Mereka lebih 'arif dalam mancari pasangan yg paling secocok utk adik mereka. Juga terima kasih kepada abangmu (Bang cik Jamil) yg memudahkan urusan perjalanan kearah mendirikan masjid. Bertapa jauh perjalananmu dari Kg Sempadan, Pahang untuk balik ke Kedah dan buat pertama kalinya aku memandang (sekilas lalu sahaja) wajahmu... Malu kononn.. Kala itu hati mendesak untuk bertanya khabar tapi kehadiran bersama ibuku dan abang2 mu dalam majlis 'ziarah' itu membantutkan naluri kelakian.. Hhmm.
Kini setelah lamaran diterima dan kita di'sah'kan menjadi pasangan pada tanggal 2 November. Sekali lagi ucapan terima kasih-sayang kerana menerima 'lamaran' itu suatu masa dulu. Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan kita. Semoga kasih sayang yg disemai selama ini tetap bersama KeredhaanNya. Berbahagia di dunia dan apatah lagi-lah di akhirat sana.

Here is My Home Town


View My Saved Places in a larger map