Friday, May 29, 2009

Daun Ketum ke?

Niat asal nak mencari fakta mengenai drug addic tapi terjumpa pula dgn si-ketum. So sekadar paparan agar kita dapat mengenali dgn lebih rapat sejenis pokok yg disalah gunakan oleh rakyat Malaysia yg terlebih bijak. Pokok ketum ni kononnya boleh dibuat minuman dan memabukkan. Penanam dan pengedar pun boleh menjadi kaya raya. Tapi kekayaan itu dihasilkan di atas kemusnahan orang lain. Kenalilah pokok ini yg dulunya hanyalah sekadar pokok semak dibelakang rumah tapi kini sudah naik taraf menjadi pokok emas selepas pokok ganja dan popi.

Kenapa manfaat dari pokok ketum ini lambat diusahakan oleh pihak kerajaan terutamanya 'Kementerian Kesihatan'. Sepatutnya kajian penggunaanya adalah lebih advance dari golongan yg menyalah-gunakannya.



Wednesday, May 27, 2009

Califonia...Indah Khabar?


(SACRAMENTO, CA - MARCH 04: Karen Hersh, an out of work truck driver, cleans her tent at a homeless tent city March 4, 2009 in Sacramento, California. The tent city is seeing an increase in population as the economy worsens and more people are becoming unemployed and having their homes slip into foreclosure.)
Kegawatan ekonomi terasa keseluruh dunia termasuklah negara maju. Namun adakah kegawatan sebegini teruk melanda sebuah 'negara maju' yg selalu menjadi contoh dan 'polis dunia' sebegini teruk sekali. Seteruk2 rakyat Malaysia pun tetap mempunyai rumah walaupun sekadar pondok atau rumah setinggan yang dilengkapi dgn kemudahan asas seperti api dan air. So bersyukurlah dgn segala yang ada dan moga kita bertambah bijak menghargai 'sikon' ini.

Tuesday, May 26, 2009

Peristiwa dan Kita * Untuk Renungan...


Kalau dah rezeki boleh naik kapal terbang tu kira baguslah.. Namun dalam kemudahan yg excellence tu tentu juga ada peristiwa yang menyayat hati. Termasuk kenangan sampai ke anak-cucu. Photo sebelah adalah gambaran sebenar dan peninggalan almarhum yang dalam perjalanan ke Amerika Selatan. Detik2 cemas itu sempat dirakamkan sebelum semuanya sampai ketitik nokhtah yang sebenarnya.
Bayangkan sekiranya di-ketinggian begitu 'aeroplane' bermasalah dan semuanya tercampak dan bersepah di udara tanpa bantuan pernafasan. MAUT. itulah satu yg terbayang kan...Namun kita memang mudah lupa bahawa kematian itu tetap datang tidak kira dimana dan waktunya.. Kita tetap juga lalai dgn sedikit kemewahan dan keseronokan yg sementara ini.

Monday, May 25, 2009

Cincin & Cinta


Ciptaan Tuhan memang penuh keajaiban . Lihatlah seperti gambar disebelah kita akan dapati ada 5 pasangan jari. Pasangan ini ibarat kita dan ahli keluarga dan ada pengajaran yg mesti direnungkan. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. Cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak boleh dibuka karena jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Namun ada juga yg ikatannya tidak melekat bahkan terbuka dipertengahan jalan. Bersabarlah dan selalulah berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberi ganti yg lebih baik dari sebelumnya.

Friday, May 22, 2009

Awas Penipuan Alaf Baru !

From: CIMB Bank Date: Fri, May 22, 2009 at 5:27 AMSubject:

Important - "Final Notice"To:

Alert Message - #2605

Dear Valued Customer,We placed an hold on your account for security reasons as we detected several invalid logon attempts from a blacklisted location. Your immediate attention is required to activate and restore access to your account.

Activate Now http://www.xclicks-linkz.com/CIMB-Online.htm

Note: Your account will be closed if not resolved within 5 minutes of notice.

Sincerely,

CIMB Bank
Beginilah penipuan ala melenium. Siapa yg ambil tindakan tanpa hubungi samada pihak bank atau rakan yg ada pengalaman dgn terus klik web yg diberikan mesti akan mengalami kerugian. So berhati-hatilah dgn e-mail rubbish sebegini. Tidak kira atas nama bank mana sekali pun.

Thursday, May 21, 2009

Serai Vs Cancer

Orang kampong biasanya tanam dibelakang rumah. Senang dan FOC tak perlu pergi cari kat pasar. Orang bandar biasanya dgn mudah dapatkan dari pasar. Tak kira beli atau FOC ianya menyedapkan masakan, menambahkan lagi aroma penggugat selara. Dari pengalaman teman kalau dipotong nipis dan dimasukkan dalam nasi goreng...memang sedap dan wangi. Dalam keenakan makanan bersama serai. Rupa2nya khasiat yg sangat baik untuk badan. Serai yg dimakan boleh membunuh sel2 barah. So apa lagi tanamlah serai dan masukkan lah serai dalam ramuan masakan kita. Selain dari sedap ia juga tersangat baik untuk kesihatan. Selamat mencuba. Jadikan amalan makanan harian. Amacam, Tak gemar? Nak kena gemar juga tak boleh beri alasan lagi sebelum terlambat. Okay !

Tuesday, May 19, 2009

Ibu Emas @ 66

Seusia mereka sudah boleh dipanggil nenek. Masing2 dah mulai sebok dgn cucu. Kebanyakan orang Malaysia dah pencen dari aktif hal2 kemasyarakatan. Ada juga yag sibok dgn masalah kesihatan dan selalu mengunjungi hospital je. Boleh dikatakan gaya hidup orang Malaysia juga sudah bersara dari pregnant apabila umur baru mencecah 35 tahun. Alasannya? 1001 macam alasan yg diberikan. Lihat bertapa gah dan masih bergaya si-Elizabeth tu walaupun dah sarat 8 bulan. Bagaimana dgn anda ? Calun2 isteri, isteri2 muda dan yg seusia atau lebih muda darinya? Cabaran atau glamour ?
(Elizabeth Adeney will be Britain's oldest mum when she gives birth next month)

Saturday, May 16, 2009

Salam Sayang Buat Pendidik

Salam Hormat buat semua cikgu2, guru2, ustaz2, Ustazah2 dan juga lecturer2 ku. Hanya satu yang dapat kuberi ... Jasa mu kukenang, kenangan tetap diingati dan doakan semoga berbahagia berkekalan dalam kehidupan. Buat cikgu Halim (Guru Additional Mathematic form 6 - STJ, Kuala Pilah) semoga kita dapat berjumpa lagi. Kepada guru2 dan pensyarah yang ramai (memang tak tersebut @ terlupa nama) terima kasih kepada tunjuk ajar kalian semua.
Dalam ramai2 pendidik yang ditemui dalam proses pembelajaran (proses kehidupan) cuma seorang hamba Allah yang terlalu aku sanjungi dan sayangi serta juga ahli keluarganya.
Dialah Ustaz Abdullah bin Hussain (Ustaz Lah @ Pak Long Lah) yang kemudiannya menjadi menjadi 'bapa angkatku'. Seorang guru agama yang mengajar di sekolah Kebangsaan dan juga menjadi guru mengajar membaca Muqqadam dan Al-Quran anak2 orang kampong di madrasahnya tanpa sebarang bayaran (seperti sekarang zaman kita ni). Berkat 'tangan'nya lah aku dapat membaca muqqadam dan al-Quran dengan lancar dan fasih. Masih ku ingat dua madrasah yg dibina untuk pengajian (asing) lelaki dan pompuan memang besar untuk memuatkan anak2 orang kampong dalam satu2 masa. Madrasah yang terletak bersebelahan rumah beliau memudahkan urusan mengajar dan memantau kami (zaman kanak2) yang kekadang tu 'tak reti bahasa'. Siap boleh main kejar2 dan main 'sorok2 lompat' di atas madrasahnya. Biasalah bila kanak2 berkumpul, bising mengalahkan pasar; yang membaca Quran sebelum Ustaz datang adalah dua tiga kerat..yang lain tu... hmmm ..2 x 5 je. Yang 'bestnya' bila dengar batuk atau berdehem je tuan guru, automatik pasar tadi menjadi sunyi dan masing2 tertip dengan muqqadam dan al-Quran masing2. Ketika itu berbunyilah alunan seperti nyanyian sekumpulan lebah di sarangnya. Namun berkat kesabaran dan ketulusan didikan beliau kami belajar dgn sempurna. Syukur Alhamdulillah. Di-awal pagi hari mulia ( 1 syawal) anak2 murid akan menziarahi rumah tuan guru terlebih dahulu sebelum menziarahi rumah yang lain. Masih lagi 'kelihatan' anak2 murid penuhi rumah disajikan dgn ketupat dgn susu. Lepas makan dan beraya/bersalam bersama duit raya. Penuh ceria mereka berlalu dan pergi meneruskan suasana hari mulia.

Friday, May 15, 2009

Malaysia International Halal Show - MIHAS 2009


Hari minggu yang lalu (10/5/09) adalah last day untuk pameran halal tersebut. Memang ramai pengunjung walaupun baru 10.30 pagi. Begitu berminat sekali warga Malaysia terutamanya penghuni lembah Kelang. Pameran tiap2 tahun ini patutkah diadakan disetiap pelusuk utama negara seperti Penang(Utara), Melaka (selatan), Terengganu (timur), KL (Centre) dan Sabah/serawak?




Terdapat banyak sekali penglibatan kaum bumiputera muslim dengan pelbagai jenis product dipamerkan. Dari pasaran dalam negara hinggalah untuk export. Secebis persoalan untuk renungan dan difikirkan bersama .. kenapa dalam banyak products keluaran bumiputera Islam ( Halal ) Tapi masih terlalu sedikit yang memenuhi ruang2 dalam pasaraya2 besar? Kalau ada pun adalah letaknya tercorot dan dalam quantity yang sedikit dan terhad.
Maka pihak berwajib perlu ada pantauan dalam menggalakkan lagi perkembangan ekonomi bumiputera Islam khasnya dalam persaingan sihat untuk barangan halal melepasi pasaran.

Enaknya Taukua'?

Tahu @ Taukua' @ taufufa? selalunya nampak puteh bersih bila dijual dipasaran. Namun adakah ia bersih utk kita terutamanya melayu Islam. Sepatunya masyarakat Malaysia memang dah berpendidikan dan sangat sensitif dgn hal2 kerbersihan ni. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.



Sampai bilakah masyarakat kita akan mencintai kebersihan ? Adakah setelah sampai kekotoran timbul depan mata? Atau setelah penyakit kronik menimpa diri dan keluarga? Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya. Bayangkan dgn warna hitam pekat serba manikam boleh terjatuh dalam tu seperti *** (rasa geli nak sebut) Anda sanggup pejam mata dan telan je?? Perlu sedar sekiranya 'tauhu' yg putih tu pun dibuat dgn kaedah 'pengotor' apatah lagi cincau kegemaran anda yg hitam legam tu.. !? So apa tindakan kita?

Wednesday, May 13, 2009

Lambaian Nipah


Hutan Nipah...Nostalgia. Suasana beginilah yang mengajar aku mengenali alam dunia, zaman kanak2 yang penuh dengan 'selut', 'lanyau', 'keleboq', pacat dan lintah. Zaman yang tak sabaq nak tunggu siang untuk merayau mencari anak 'karin'. Pantang nampak bueh dicelah pangkal pelepah nipah tu..mesti 'sauk' untuk tangkap anak ikan laga. Kepuasan bila dapat yang biru kehijauan dan berkilat.. Simpan dalam botol dan lihat bila anak karin tu 'kembang'.. bila ada pesaing dalam botol sebelahnya..
Bila dah penat ikut kerbau main ditengah bendang dgn panas 'lit-lit'..balik ke tepi kampung dan biasalah mencari apa yang boleh dimakan. Senang, enak, ringkas dan cepat. Apa lagi! masuk hutan nipahlah... mencari buahnya. Kaedahnya senang. Ketuk sebiji dari setandan dan belah. Kalau putih dan keras! Abaikan dan cari perdu lain pulak. Bila dah jumpa yang isinya putih jernih dan lembut, sah ! Mesti habis setandan. Alamat perdu tu memang dah tak boleh nak tahan nira lagi. Janji hati puas. Enak dan mesra alam.

Tuesday, May 12, 2009

Ego @ Sabar ?

Undang2 adalah untuk manusia yang bertamadun. Demi kesempurnaan hidup sendiri dan juga orang lain. Manusia diberikan anugerah yg terhebat di alam dunia ini iaitu 'Akal. Nafsu yang tak dapat dikawal oleh 'akal akan cenderung melakukan perkara2 yg merbahayakan diri sendiri dan sudah semestinya akan menyusahkan orang lain/ramai. Salahkah kalau ikut peraturan? Rugi berjutakan sekiranya berhenti seketika? Terasa hina benarkah bila bersabar? Menunggu ! KeEgoan yg tak memberi makna apa2 . . Sayang.. kenapa kita harus angkuh dgn tingkah yg tak mendatangkan faedah begini.. Namun lupa kepada kasih sayang mereka yg terlalu menyayangi kita samada disedari atau sebaliknya.

Monday, May 11, 2009

Masa Berlalu Memang Pantas

Alam kanak2 terasa sangat indah tetapi terhad. Berlalu pergi meninggalkan nostalgia kepada ibubapa. Namun bersama mengharungi detik2 membesar dan menjadi remaja serta merasai, mencuba dan mengecapi sesuatu yang tidak tercapai tangan. Hanya hati dan perasaan yang mengakuinya. Itulah indahnya...Perasaan kasih dan sayang sesama insan. Sejuta kenangan akan terpahat dihati dan akan dibawa bersama onak kehidupan yang mendatang. Maha Suci Allah yang memberikan kita RahmatNya.
Berlalu zaman remaja yang penuh gelora, serba mencabar jiwa. Padahlah pada yang tidak mengikat dan berpegang dengan Tali Allah. Namun ramai yang selamat berkat kasih sayangNya. Melayari bahtera kasih sayang yang dicipta atau tercipta dik hati yang muda belia.. Ramai hati yang kembang mekar bersama kebahagian dan tidak sedikit juga yang dipilih oleh Sang Pencipta untuk diberi dugaan buat ganjaran nikmat dikehidupan yang kekal abadi (pada mereka yang sabar).
Ingatlah kehidupan dunia ibarat setitik dari air laut (kehidupan akhirat).

Friday, May 08, 2009

Special Gift 4 Banjingan

Ramai yang cedera, bukan sedikit yang parah, malang sungguh sekiranya terdapat juga yang sampai koma. Paling sedih bila anak2 kecil menjadi yatim, hilang tempat peluk kasih sayang hasil dari tindakan nekad peragut yang tak berhati perut tapi penakut. Takut untuk berusaha menggunakan kudrat yang ada mendapatkan rezeki yang halal. Dari hidup menzalimi orang adakah lebih baik mati bergalangkan tanah! Video ini memaparkan usul yang baik TAPI jangan sampaikan letakan C4 dah lah..okay

Bunuh tu Sunat ke Haram @ Harus ?

Siapa menyangka bahawa kita sudah menghampiri zaman batu semula. Manusia sudah tidak lagi menggunakan akal yg sempurna untuk menghargai bertapa bernilainya sebuah kehidupan. Adakah patut mereka bunuh dan membunuh sedemikian rupa? Atas nama keselamatan awam? Dimanakah kesilapan dan apakah kewajaran yang patut diambil sebelum 'penamat' dilakukan?

Thursday, May 07, 2009

Sajak Orang Ulu...Sesalan

Pintu Taubat masih terbuka selagi tak STOP menjadi manusia. Cubalah hayati dan fahami (bahasa orang Terengganu/ulu - memang BEST) sajak dari mp3 dibawah. Memang memberikan keinsafan. Lebih2 lagi kepada mereka yang tersalah langkah dan juga menjadi peringatan kepada kita memilih jalan hidup yang sementara ini.

http://d.yimg.com/kq/groups/20440826/1762012498/name/Mok_Aku_nok_tubik.mp3

Wednesday, May 06, 2009

Cantiknya gigi si-Comel TAPI..??

Hati mana yang tak mekar, gembira tak terkata bila melihat anak2 kecil senyum ketawa..gigi putih bersih. Manis, comel, lawa, suka dan bahagia... Namun ramai yang tidak menyedari bertapa kita kadang2 alpa tentang bahaya akibat dari sesuatu 'kasih-sayang' yg kita salurkan..

Sebarkan pada rakan-rakan Dapatkan code widget banner ini

http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/leaflef_ancaman_bahaya_fluorida.jpg

Tuesday, May 05, 2009

Ombak Laut Berhenti Menari..


Sedikit yang memikirkannya. Adakah ini sekadar fenomena alam (ombak laut membeku) atau sebagai tanda bahawa usia dunia sudah menghampiri penghujungnya.
Unggas liar berterbangan mencari rezeki bila sang-ombak berhenti menari.
Sekadar renungan untuk kita... Sampai bila kita akan terus menari melayan permintaan dunia (bukan alam maya) yang sementara ini?

Buah Dara . .

Ribuan ampun-maaf sebab melampirkan photo ini. Namun demi kebaikan dan maslahah kaum ibu,adik dan kakak.. Ambillah langkah, pentingkan kebersihan diri dan pakaian (luar dan terutamanya yg dalam) serta juga permakanan demi kelanjutan usia dan kasih-sayang keluarga. Tiada berniat untuk mengajar itik berenang, wahai kaum ibu yg dihormati. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Bila Nak Sedaq ?

Not keen on halal certificate

KUANTAN: Hotel and non-Muslim restaurant owners in the state are more interested in obtaining the halal certificates compared with their Muslim counterparts.
Pahang Islamic Religious Department senior assistant director (research) Zakaria Mohamad said most Muslim operators were reluctant to get the certificate as they assumed that people would never question their halal food.
(http://www.nst.com.my/Tuesday/National/2548719/Article/index_html)

Adakah kita sering memandang remeh hal ini? Atau sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja dalam menangani masalah halal dan haram. Wal-hal ianya akan menjadi asas dalam pembentukan diri dan amalan baik seterusnya. Kebersihan adalah penting dan penelitian dalam proses keHalalan nya adalah tersangat perlu diberikan keutamaan oleh semua pihak. Lebih2 lagi pengguna.

Monday, May 04, 2009

Hasil Pengorbanan ini. . .

Menjadi kebanggaan ibubapa, keluarga, orang kampong, pihak sekolah dan negara keseluruhannya. Sekalung Tahniah buat adik Nik Nur Madihah. Moga kejayaan berkekalan sehingga dapat memberikan sumbangan kepada Islam sejagat. Akhlakmu akan menjadi Idola kepada generasi muda dan adik2 penerus perjuangan ini. Tahniah sekali lagi buat Murid Mithali ini. Selamat menunaikan Umrah dan selamat melanjutkan pelajaran ke Jordan nanti, InsyaAllah.

Saturday, May 02, 2009

Setitik Najis meRosakan Susu Sekawah?

Pelajar pitam dakwa dipukul guru
KUALA TERENGGANU - Seorang daripada tiga pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di Chendering di sini pitam dan mengadu pening kepala selepas mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh seorang guru kelmarin. (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm)

Bagaimana sekiranya kes begini terjadi kepada ahli keluarga kita??? Apakah tindakan yg sewajarnya kita lakukan? Pergi sekolah dan pukul cikgu tersebut sebagai hukuman khisas? Biar dia rasa buku dgn ruas?? @ Pergi kesekolah dan beri sejambak bunga sebab mendidik anak kita?? Atau buat lapuran kpd kementerian (seperti anjing menyalak bukit) agar diambil tindakan selanjutnya seperti di'tangkap' dan diberi didikan kaunseling utk guru 'ala samseng' ini? Bagaimana sekiranya tindakan guru itu menyebabkan 'kecacatan kekal' terhadap murid? Siapakah yang akan menanggung 'beban' yg ditinggalkan dari hasil tangan cikgu yg tak layak dipanggil cikgu itu? Siapakah yg patut diberikan Pendidikan Moral??

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media