Visa. Passport dan Vaksin.
5 days ago


.jpg)
.jpg)
Memang tak terduga sama sekali bahawa masih ada lagi manusia yg berfikiran primitif sebegini.. Entah manusia mati atau dibunuh utk dijadikan santapan pemujaan.
Namun apa bezanya dgn golongan banjingan yg membunuh/membuang/membiarkan bayi mati kesejukan ditempat pambuangan sampah, perkarangan masjid/surau atau 'kat mana yg "dan" di negara kita? 
Tapak perumahan didirikan adalah berdekatan dengan centre baru utk UITM menggantikan Shah Alam yg terlalu clouded. Inilah hasil kerja tamak manusia yg tak mengira nasib orang lain. Dok kira keuntungan diri dan kroni sahaja.
Pokok mengkudu yg ditanam tu pun dah berbuah ..mesra bersama pokok lalang tu (walaupun tidak diundang..) Pejam-celik pejam-celik project ini sudah berusia hampir 7 tahun. Hampir seusia dgn kakak Nurul Izzah yg akan ke sekolah tahun depan(2010).
.jpg)
Juga terima kasih kepada abangmu (Bang cik Jamil) yg memudahkan urusan perjalanan kearah mendirikan masjid. Bertapa jauh perjalananmu dari Kg Sempadan, Pahang untuk balik ke Kedah dan buat pertama kalinya aku memandang (sekilas lalu sahaja) wajahmu... Malu kononn.. Kala itu hati mendesak untuk bertanya khabar tapi kehadiran bersama ibuku dan abang2 mu dalam majlis 'ziarah' itu membantutkan naluri kelakian.. Hhmm.
Selang beberapa second kemudian terima SMS dari kakak ipar (Kak Cik Milah) yg menyatakan bahawa Mak Hatiah telah meninggal dunia subuh tadi. Innalillah hi wa innaa ilai hiraaji ngunn.. Ziarah, ciuman, mandikan, solat jenazah dan 'simpan' di pusara aman Masjid Air Hitam adalah pernghormatan terakhir yg kami dapat mengiringi buat ibu..