Saturday, November 07, 2009

Kata Tok Dalang(upin/Ipin) "..aku dah terkenee..."

Ini adalah salah satu dari aset (dunia) yg teman beli.. Acadia namanya..Peringkat awal bermula dgn lancar mengikut schedule. Namun bila sudah meniti 80 %..riak gelombang mula menampakkan perlaburan kali ini tidak mendatangkan hasil seperti yg diharapkan..Tapak perumahan didirikan adalah berdekatan dengan centre baru utk UITM menggantikan Shah Alam yg terlalu clouded. Inilah hasil kerja tamak manusia yg tak mengira nasib orang lain. Dok kira keuntungan diri dan kroni sahaja.Pokok mengkudu yg ditanam tu pun dah berbuah ..mesra bersama pokok lalang tu (walaupun tidak diundang..) Pejam-celik pejam-celik project ini sudah berusia hampir 7 tahun. Hampir seusia dgn kakak Nurul Izzah yg akan ke sekolah tahun depan(2010).
Dalam FASA yg sama pada block belakang terjadi keretakan 'serious' ..sememangnya menghalang dari mendapat CF. Namun adakah pemaju berusaha memperbaiki keadaan ini? Bukan sahaja TIDAK bahkan mereka bertindak bijak (kononnya) dgn menukar nama pemaju baru tapi jembalang yg sama berada di dalam samada secara jelas atau berselindung. Melobi project perumahan di kawasan yg baru. Inilah terjadi (bukan sedikit kes project terbengkalai) bila tiada amanah dan korupsi dalam system pentadbiran. Swasta maupun jabatan Kerajaan yg terlibat meluluskan.
p/s-Apakah hikmah nya ye?..

17 comments:

Arif Omar said...

saya beli rumah yang dah siap. senang . di melaka rumahnya murah dan banyak yang dah siap. .jadi datang je le beli di melaka. tak rugi. dgn kl pun tak jauh. 1 jam aje dah sampai. rumah kalau di kl 300 k di melaka hanya rm 126 k sahaja. ada kualiti lagi.

rosnanie said...

perkara ni bukan baru, ramai pemaju yang lepas tangan jer.
kisah seorang kawan yang terkena membuatkan saya lebih berhati2 bila membeli rumah. Alhamdulillah rumah skrg dibina oleh pemaju yang kukuh, dah duduk dkt sthn dh, dan takde masalah

en arif omar, rumah kat perak pu murah lagi, insya Allah, affordable

a kl citizen said...

assalammualaikum

memang dasar pengkhianat...
kasihan sungguh pembeli...

hikmah?
wallahualam...
yang pasti rumah tersebut memang tak selamat

Nida said...

Ya Allah...

Tamaknya pemaju tu... banyak2kan bersabar... Semoga perkara ni dapat diselesaikan dengan adil dan berhemah.

um. masyitah said...

Ya Allah,sabar ya Encik AlLanaBulu.
Fsusah macam ni kan. Pembeli yang jadi mangsa

Putra Al-Maliki said...

pengaran yang boleh diambil supaya pisang x berbuah 2 kali: beli selepas rumah siap dan medapat cf untuk mengelakkan penipuan...

cemomoi said...

nasib tak menyebelahi.. tade sapa nak sengsara tapi terkena juga bersabar dan berdoa semoga hak dikembalikan

LanaBulu said...

PG ; Terimakasih atas perlawaan itu..ada rezeki lain nanti sampai lah..tapi nak lihat kawasan jugak..
Rosnanie ; tak ramai pemaju yg tak bertanggung jawab lagu nih tapi project tu banyak..depa main salin kulit saja..

LanaBulu said...

akl ; memang tak selamat sbb tulah CF tak dak..undang2 spider.
Nida ; Harap2 begitulah..
Um. Mashitah ; Bersabar adalah seruan yg terbaik pun..tapi..dalam ramai yg bersabar inilah depa ambil kesempatan..
Putra ; Memang benarpun .kena beli rumah yg dah siap..tidak seperti dulu..semuanya 'on progress'..
dan TQ Cemomoi..

anak muallaf said...

Salam sahabat,
Apa lagi yg boleh dikatakan hanya..sabaq..sabaq..bawa betenang..

Ingat-ingat balik ada kawan pernah kata dulu "tak kena kat hangpa tak pa la..cuba kena kat hampa..baru hangpa tau..gaji bulan-bulan dah kena potong.

LanaBulu said...

AM ; nak buat lagu mana noo..
bersabaq je lah kan...
hhmmm..

rosnanie said...

salam, member yang dah terkena tu cakap, duit rasa macam buang kat longkang cam tu je. Mana tak nye, duit bank tetap kena bayar walaupun rumah tak boleh duduk. Bertahun2 buang duit ke longkang. Macam tu sekali istilahnya sebab kita keluarkan duit secara sia2. Kalulah se amaun duit tu kita keluarkan untuk derma dan sedeqah, tah berapa banyak banglo kat akhirat kita ada

LanaBulu said...

Benar sekali kata2mu wahai Rosnanie..teman akui..
SubhanaAllah..

abu muaz said...

Memang pemaju tamak. Pemaju pun tahu kuasa mereka lebih besar dari penguasa.... bukankah negara ku ini sangat terkenal dengan banyak hal. Jambatan runtuh, stadium runtuh, bukit runtuh.....rumah runtuh ...harga rumah tak runtuh. Dan memang rakyat diutamakan. Bangga akuuuuuu.

LanaBulu said...

Memang benar Abu Muaz..
Sikap tamak dan tak bertanggung jawab..
Penguasa pun seperti 'fantamorgana' dilihat ada ..pergi tiada..
Bila time pilihanraya ada janji..
bila dah menang janji pun berlalu..
Dari dulu dah lama..
Harap kini 'yg baru' dapat mengatasinya..
InsyaAllah..

kuina said...

lapor kpd pihak berkenaan
agar hak anda terbela
tapi mungkin ambik masa...

LanaBulu said...

TQ..Ku Ina..
Cuma tak 'berbuih' saja lagi..
Hhmmm..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media