Monday, November 02, 2009

Sayang..Kembali..!

Pagi juma'at yg ceria bersama anak2 utk ke sekolah dan ke tempat kerja spt biasa. Abang ipar teman call.. "Assalamua'alaikum ! bang caq nak habaq yg nadi mak dah tak dak..bang caq ingat baliklah tengok keadaan mak.." bunyi tenang sekali seperti sakit yg diterima ibu tempoh hari.. Selang beberapa second kemudian terima SMS dari kakak ipar (Kak Cik Milah) yg menyatakan bahawa Mak Hatiah telah meninggal dunia subuh tadi. Innalillah hi wa innaa ilai hiraaji ngunn.. Ziarah, ciuman, mandikan, solat jenazah dan 'simpan' di pusara aman Masjid Air Hitam adalah pernghormatan terakhir yg kami dapat mengiringi buat ibu..
11 Zulkaedah 1430 bersamaan 30 October 2009 diusia 70 tahun. Kembali menemuiNya dgn tenang dan bahagia. Semoga Roh mak akan bersama rahmatNya. KAMI sayang ibu..kami sayang mak..kami sayang tok..kami sayang tok nyang.. Doa kami unjurkan...Alfatihah.

10 comments:

Arif Omar said...

SEMUGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN.

tinta kasturi said...

salam,
takziah buat saudara sekeluarga,

moga ruh ibunya dicucuri rahmat

Allahumma ghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha

Amin

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...
SEmoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehin. Amin..

Unknown said...

Terima kasih : Arif Omar..tinta kasturi..dan kakcik seroja..dan Asq juga..

al-lavendari said...

Takziah. semoga rohnya tenang di sana dengan doa anak2 di sini.

kita juga PASTI akan menyusul !

anakmuaallaf said...

Takziah dari anakmuallaf and family semoga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh

terokai seni said...

kalu ikut pesan agama ucapan takziah tak bule selepas 3 hari apa pon kami tumpang simpati atas pemergian bonda kembali kpd yg Hak semoga beliau ditempatkan di kalangan para solehin al fatihah

Unknown said...

TQ..al-lavendari..anak muallaf..& ..cemomoi..

siti ajar bt yaakob said...

salam...saudara telah melewati detik yang amat memilukan, bagi saya pula amat takut untuk kehilangan bonda...tak dapat nak membayangkan...apa2pun takziah.

Unknown said...

Bertapa berat nak terima yg kita semuanya adalah pinjaman segala2nya..itulah hakikatnya..TQ cikgu CT

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media