Tuesday, June 30, 2009

Law is Spider Web?

Berbaloikah sekiranya begini akhirnya terjadi? Bagaimana dengan kekayaan yg telah dicapai selama ini? Siapa yg akan mewarisinya? Bagaimana pula dgn penyelewengan yg lagi 'besar'?
Kudus dipenjara 11 tahun 10 bulan dan denda
KUALA LUMPUR: Bekas pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad dijatuhkan hukuman penjawa 11 tahun dan 10 bulan serta denda RM370,000 kerana menerima rasuah berjumlah RM59,000. [+] 12:09 PM

Adakah kita begitu terdesak?

Sejarah telah memaparkan bahawa setelah penjajah keluar dari negara kita. Kini setelah sekian lama diperintah oleh anak bangsa; yg jelas kelihatan adalah ter'hakis'nya tanah simpanan melayu'. Atas nama pembangunan!!! Kenapa tiada penebus semula daripada tanah yg diambil itu? Dan kini berbunyi lagi.!!!. Bagaimanakah keadaannya pada 50 tahun akan datang? Yang tergadai pun tak tertebus kembali . Inikan pula mahu bergadai lagi atas nama 'investment'?.
Pelabur asing boleh miliki hartanah Bumiputera, kerajaan: Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pelabur asing kini boleh memiliki hartanah milik Bumiputera atau kerajaan di Malaysia dengan mudah tanpa perlu kelulusan Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC). [+] 10:20 AM

Kawan Maktap Mahmud Kita dah Nikah

Selamat Pengantin Baru. Pada tanggal 27/6/2009 yg baru berlalu kami memenuhi undangan walimatul-urus di Dewan MBSA Bukit Subang, Shah Alam. Tak sangka rupanya hero ni adalah ex-student Maktab Mahmud dan orang Aloq Jangguih la pulak tu. Tentu ada yg kenal. Tahniah kita ucapkan pada nya. Moga berbahagia sehingga keanak cucu. Juga memiliki cahaya mata sekurang-kurangnya 2 belah tapak tangan seperti adik beradiknya. Adalah beberapa keping lagi photonya tu boleh anda lawati kat sini http://www.flickr.com/photos/lanabulu/

Monday, June 29, 2009

Ini Sudah kira Kes serious !

20 lagi kes H1N1 dilaporkan hari ini 16:45 PM
PUTRAJAYA: Jumlah kes Influenza A (H1N1) terus meningkat dengan setakat jam 8 pagi tadi, 20 kes terbaru dilaporkan menjadikan semua 144 kes di seluruh negara. [+]
Apa nak jadi nih? Selsema babi makin menular ? Kalau sehari 20 kes, sebulan dah berapa? Setahun? Inilah yg dikatakan bala. Apabila sesuatu maksiat itu tidak ditegah samada dengan tangan/kuasa @ lisan/nasihat @ hati/membenci maka tunggulah bala dari Allah. Yang baik ke yg bermaksiat ke semuanya kena ! Lamsam. Moga Tuhan memberi keampunan kepada kita semua dan dihindarkan dari bala ini.

Mati atau DiMatikan?

Kenapa situasi begini terjadi? Yang terkenal sekiranya dikaitkan dgn Islam mesti akan menghampiri penghujung jalan ...Kebiasaannya adalah kematian. 1001 sebab dan alasan boleh diberikan demi mengabui mata masyarakat dunia. Adakah ini kerja yahudi zionis dan nasrani? Lihatlah dan renungkan 2 kes yg melibatkan Lady D dan MJ tu... Apa komen anda dalam hal ini?
LOS ANGELES: Nadi Michael Jackson masih berdenyut dan badannya masih panas ketika doktor menemuinya di atas katil tetapi ketika itu raja pop itu dikatakan tidak lagi bernafas, kata peguam kepada doktor yang merawatnya. Edward Chernoff, peguam kepada Dr Conrad Murray berkata Murray tidak memberi sebarang preskripsi atau dadah 'Demerol' atau OxyContin kepada Michael yang dikaitkan sebagai punca kematiannya.
LONDON: Kemalangan yang membunuh Puteri Diana dan kekasihnya, Dodi Fayed, adalah disebabkan pancaran laser ke arah mata pemandu kereta pasangan itu, menurut satu dakwaan terbaru, di sini semalam. Beberapa saksi baru memberitahu penyiasat Britain dalam satu siasatan baru ke atas nahas pada Ogos 1997 itu bahawa mereka nampak seorang penunggang motosikal memancarkan laser ke mata pemandu kenderaan itu, Henri Paul, menyebabkan kereta Mercedes pasangan itu melanggar tembok terowong Pont De L'Alma di Paris, Perancis.

Sunday, June 28, 2009

Pokok Goncaq dan Letup

Hari tu masa cuti balik kg, aku terlihat pokok di tepi bendang .. 'rendang' dan penuh 'lebat' dgn buah. Itulah 'pokok goncaq' kata kekasihku. Memang dulu dizaman kanak2 buah goncaq ni menjadi santapan ketika bermain petang2. Buahnya memang lebat dan serumpun. Saiznya cuma kecil sedikit daripada kacang hijau tu. Berwarna kehijauan dan kemerahan serta kuning bila dah terlalu ranum. Rasanya adalah masam3 dan manis (jarang2).
Di tepi sungai dan bendang terdapat pokok liar berbunga warna purple. Cantik! Di situ tersorok buah (biji benih?) pokok tersebut. Bersaiz cuma sekadar 5mm OD dan panjang hampir 1 inchi serta berwarna hitam bila sudah tua/matang. Tak pasti apa nama pokok ni ..so I told anak2 itulah pokok letup (kalau ada sesiapa tahu sila perbetulkan -TQ). Sebab buah/biji yg matang tadi tu bila dicampak kedalam air (lebih kurang seminitkemudian) ..ia akan 'meletup' .

Saturday, June 27, 2009

Berhati-hatilah Sayang

Demi keselamatan berhati-hatilah. Bertindaklah dgn bijak sekiranya anda adalah antara 'kriteria' dibawah...
Cara terbaru menyebar kuman HIV
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya.. . Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati. .. Beberapa tempat berbahaya dan kebarang-kalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihanpenagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telahtercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yangterjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasasesuatu benda mencucuk.. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapatvirus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati. ... .
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betultempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
5. Di restoran Burger Terkenal, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Friday, June 26, 2009

Tahniah & Moga tak Tertipu

Angkatan tentera Singapura lantik jeneral Melayu pertama

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mencatat satu sejarah pada 1 Julai ini apabila buat julung kalinya ia akan mempunyai seorang jeneral Melayu. Kolonel Ishak Ismail, 46, seorang pegawai kanan Melayu yang sudah berkhidmat selama 28 tahun dalam SAF, dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral, demikian lapor media tempatan hari ini. Beliau adalah seorang daripada lima kolonel SAF (empat lagi bukan Melayu) yang menerima tauliah masing-masing menjadi Brigadier Jeneral dan seorang Laksamana Pertama dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan semalam, demikian lapor akhbar-akhbar utama Singapura dalam tajuk berita muka depan hari ini.
1. Menolak untuk merobohkan tambak Johor. (dilaksanakan jambatan bengkok agar air di selat dapat mengalir, kapal boleh berlabuh di pelabuhan Johor)
2. Perjanjian air yg merugikan negari rakyat Johor.
3. Mencadangkan Jabatan ke3 ?
Semoga kesilapan pada sejarah 'hilangnya' Pulau Batu Puteh akan memberi pengajaran DAN KESEDARA YG BESAR pada pimpinan yg ada sekarang.

Negro Puteh Mati !

Michael Jackson dies
Officials report that the 50-year-old pop star was found not breathing at his home. » Circumstances unclear
Pada lumrah akal secara lojik mereka yg aktif akan hidup lama. Pun begitu negro puteh ni kembali juga bila sudah sampai masanya. Dulu ada desas-desus mnegatakan dia ni peluk Islam? Betul ke? Semoga kita dapat mengambil iktibar dihari Jumaat ini. Hidup di dunia memang pendek, so? Jangan dipendekkan lagi dgn perkara 'lagho'. Moga kita semua diberkati Nya pada kehidupan ini.

Thursday, June 25, 2009

Pilihlah Kami

Bersyukurlah kepada sesiapa yg telah berjaya menngunjungi Masjidil Haram dan mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah. Tentu ada kerinduan pada yg telah menjejaki ke sana. Kerinduan untuk pergi lagi samada mengerjakan haji atau pun umrah. Begitulah kebiasaannya. Bagaimana pula dgn kita dan mereka yg masih belum berkesempatan menyambut 'panggilanNya' ? Semoga kita diberi kesempatan dan dipilihNya untuk bersama-sama mereka yg lain mengerjakan rukun Islam yg lima. Sebelum sampai satu masa... samada kita pergi meninggalkan dunia yg fana ini atau dunia berhenti dari mengikut kitaran orbit yg sebenarnya. InsyaAllah

Tuesday, June 23, 2009

Teknologi dan Masa

Begitulah lumrah alam. Sepandai mana pun manusia mencipta teknologi atas nama kemajuan namun kita kena kembali kepada ASAS. Terjadinya sesuatu adalah dengan izinNya. Namun kesilapan itu adalah dari kedhaifan manusia sendiri.
DC metro trains collide, killing 4 and wounding 70 AP
WASHINGTON – One Metro transit train smashed into the rear of another at the height of Washington's Monday evening rush hour, killing at least four people and injuring scores of others as cars of the trailing train jackknifed into the air and fell atop the first.

Melihat Kehabatan Teknologi Udara

videoKagum melihat kepesatan perjalanan udara dalam tempoh masa sehari. Siang hinggalah kemalam harinya. Memang hebat kerana kepesatan perjalanan udara yg sebegitu padat masih dapat diuruskan dgn lancar. Amat jarang sekali dilaporkan berlaku perlanggaran akibat kepadatan laluan udara sebegini. Lihatlah laluan yg beraku di Eropah dan di USA itu sendiri. Tidak berkecuali juga di Hong Kong dan Jepun serta sebelah kita sini. Seolah-olah kelkatu menghurung lampu/cahaya. Memang mengkagumkan. SubhanaAllah. Semoga anda semua dapat melihat video ini.

Monday, June 22, 2009

Mengharap panas hingga ke-petang..

Ajal maut & jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan. Sekadar Renungan : Yang berharta pun bergelora dan terbarai kehidupan rumah tangga mereka ..bagaimana pula yg miskin dan sekadar kais pagi dan kais petang makan petang? Apa lagi ditengah kegawatan seperti sekarang. Tidakkah kemewahan itu dapat membeli segala permintaan 'hawa-nafsu'? Harus kenapa terjadi perpisahan ini? Metod : Bersyukurlah dgn apa yg kita miliki dan berlaku 'adil-lah dgn tanggungan. Payungilah kehidupan kita dgn 'renungan kehidupan di-SANA' agar tidak tercari-cari keRedhaanNya.
Nadzmi bercerai talak satu 16:41 PM
SHAH ALAM: Pengerusi Proton Holdings Berhad, Datuk Mohd Nadzmi Salleh sah bercerai talak satu dengan isterinya, Datin Nik Yasmin Dianara Nik MF Kamil di Mahkamah Rendah Syariah, ... [+]

Apa Sudah Jadi?

Lelaki ditembak mati ketika hendak lapor diri di balai polis 15:25 PM
ALOR SETAR: Seorang lelaki dipercayai anggota Geng Deva yang sedang menjalani hukuman perintah tahanan terhad ditembak mati oleh sekumpulan empat lelaki berhampiran Balai Polis ...
Apa sudah jadi dengan jenayah dan keselamatan sekarang ni? Bagaimana dengan sikap dan 'siap siaga' Pihak Polis ni? Kejadian bukan berlaku dimalam hari tapi 10 pagi!! Kejadian bukan berlaku di belakang balai atau di dalam hutan tetapi di-HADAPAN balai!! Berhampiran dgn simpang nak pi kampong aku pulak tu... Siapa berani atau siapa yg leka atau lalai dalam situasi ini?? Sampai begini sekali penyangak bangsat berani bertindak. Adakah tidak mustahil satu hari nanti mereka akan menyerang balaik polis pula? Mana pi cepat dan tepat?

Batang Telipok

Masih terkenang dizaman kanak2 dulu. Sayur lemak batang telipok (ini gambar pokok telipok ke?) dgn ikan puyu. Pokok boleh didapati dari telaga atau parit belakang rumah (air jernih dan tiada lagi percemaran seperti sekarang) dan ikan boleh dipancing saja. Memang sedap dan menyelerakan. Maklumlah rumah dikelilingi bendang (angin bertiup)dan makan pula adalah diwaktu perut memang dok tengah menyanyi lagu Jamal Amdillah. Itulah rezeki enak dimasa lalu. Kini ? Tiada lagi walau pun pokoknya dah hampir pupus. Rasanya memang payah sekali nak menjumpai lagi masakan ini.

Saturday, June 20, 2009

NASA nak BoM BULAN ?

Tajuk asal tu memang mengejutkan. Ingatkan Ustaz Nasa tu nak musnahkan parti Bulan. Suspen je.. Rupa2nya hal lain. Memanglah kerja tangan manusia ni 'merosakkan'. Kat mana stay pun memang akan menimbulkan kerosakan. Kenapa tidak diusahakan menyelamatkan bumi yg menghadapi pelbagai masalah seperti Lapisan Ozon yg semakin nipis, kepanasan global, kecairan ais kutub, percemaran tahap 'gaban' dan bermacam-macam lagi. Lagi pun bulan tu kan dah terbelah dua dan berapa kerat yg boleh stay kat sana sebab saiz bulan itu sendiri pun dah kecil berbanding dgn bumi ini.
NASA mahu bom bulan
Buat ujian di angkasa lepas bagi hasilkan air, wap FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20090619052136/Article/index_html

Friday, June 19, 2009

Tidak Menungkat Langit

Hidup hanyalah sementara. Janganlah kita memendekan kehidupan (dgn kerja buat yg tak bermanfa'at) di dunia ini yg sememangnya sangat singkat jika dibandingkan dgn kehidupan di SANA. Lama mana pun kehidupan kita tidak berguna sekiranya kita tidak bersama HidayahNya. Semoga kita bersama RahmatNya dunia dan akhirat.

TOKYO: Lelaki tertua di dunia, Tomoji Tanabe, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya di selatan Jepun, hari ini. Dia berusia 113 tahun. "Dia meninggal dunia dengan tenang dengan ahli keluarga turut di sampingnya," kata Junko Nakao, seorang pegawai kerajaan di Miyakonojo, selatan Pulau Kyushu.
Nakao berkata, Tanabe dipercayai meninggal akibat kegagalan jantung. Tanabe, yang lahir pada 18 September 1895, mempunyai lapan anak - lima lelaki dan tiga perempuan. Beliau juga mempunyai 53 cicit dan enam piut. Beliau diikhtiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki tertua di dunia ketika berusia 111 tahun.
Tanabe yang tinggal dengan anak kelima dan cucu perempuannya amat menjaga pemakanan dengan mengamalkan pengambilan susu setiap pagi serta menjauhi alkohol dan tidak merokok. -
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090619160953/Article/index_html

Thursday, June 18, 2009

Asyik atau Ego?

videoMemang sesuatu yg diminati tu akan membuatkan kita terlalai keasyikan @ khusyuk. Kekadang juga keasyikan menyebabkan kita lalai dari hal2 persekitaran. Tidak kesah samada berkaitan dgn diri sendiri apatah lagi dengan orang lain. Keasyikan juga menjadikan orang bertindak melampaui batas. Adakah 'mat rempit' itu asyik juga? Metod : Janganlah kerana minat kita lupa keselamatan dan abaikan nasihat orang tersayang (ego). Hasilnya diri sendiri menjadi 'hidangan tengahari' kpd raja rimba tersebut.

Tuesday, June 16, 2009

Merenung kehidupan ini..

Dalam kesempunaan kita dilahirkan ke Bumi tapi kenapa masih ramai yg mengabaikan tempoh masa menimba ilmu? Kenapa masih ramai suka mensia-siakan masa di tempat yg tak sepatutnya. Wal-hal kita kena melihat orang lain yg serba kekurangan tapi boleh berjaya dalam kehidupan. Dapat dijadikan 'kunci semangat' untuk terus berusaha kepuncak kejayaan. Setidak-tidaknya untuk diri sendiri dan bukannya menjadi sampah pada pandangan masyarakat. My name is Nick Vujicic and I was born without limbs and doctors have no medical explanation for this birth "defect". As you can imagine, I was faced with many challenges and obstacles. I know that there is no such thing as luck, chance or coincidence that these "bad" things happen in our life. I had complete peace knowing that God won't let anything happen to us in our life unless God has a good purpose for it all I am now twenty-threeyears old and have completed a Bachelor of Commerce majoring in Financial Planning and Accounting. I am also a motivational speaker and love to go out and share my story and testimony wherever opportunities become available. I have developed talks to relate to and encourage students through topics that challenge today's teenagers. I am also a speaker in the corporate sector.



Monday, June 15, 2009

Renungan utk yg Boleh berfikir

Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

Saturday, June 13, 2009

Kasih Ibu?


Kerinduan 35 tahun ibu, anak terlerai . Begitulah tajuk yg tersingkap di berita online pagi ini. Rasa terharu bilamana kes2 sebegini dipaparkan dalam media masa. Hati mana tak tersentuh bila kasih sayang diragut dan dipisahkan samada secara paksa atau terpaksa. Atas alasan desakan hidup mahupun simpati kepada mereka yg dikasihi seperti jiran atau saudara mara yg tak mempunyai cahaya mata walaupun sudah berumahtangga sejak sekian lama. Persoalannya ? Kenapa sampai begitu sekali si-ibu sanggup memberikan kepada orang lain setelah 9 bulan 10 hari berpayah dan mengadai nyawa melahirkan baby tersebut? Kenapa pula yang menerima baby tersebut dgn senangnya menghilangkan diri tanpa menghubungi langsong keluarga asal baby tersebut? Adakah boleh dikatakan tidak bertanggung-jawab? Setelah cahaya mata keluarga diberikan dan terus ghaib begitu sahaja? Dimanakan sikap mengenang jasa dan berterima kasih yg harus ditunjukan? Memisahkan ikatan keluarga selama 35 tahun? Bayangkan bagaimana sekiranya parents baby tersebut 'pergi' dalam kehampaan menanggung kerinduan?? Seperkara lagi yg wajib dititik beratkan ialah bagaimana pula amanah kepada penjaga dalam pendikan Agamanya? http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090613020618/Article

Thursday, June 11, 2009

Kalaulah Pokok ni ada kat Malaysia...

videoKalau gajah pun tumbang dik mabuk makan buah ni..Lagu mana kalau manusia yg santap? Mesti menjadi pokok sembahan baru untuk budak2 pit..Setidak2nya sebagai alternatif untuk mendapatkan yg lebih murah dan tiada percemaran, kononnya lah.. Namun boleh dijual longgok ke buah ni kat pasar malam nanti? Setanding dgn mempelam je rupanya. Memang hebat dan kelakar bila gajah pun kenal dan gemar buah marula ini. Lastly tumbang !!! Nasib baik buah ini hanya di Kenya. Jika tidak kita boleh nampak budak2 pit dan binatang2 akan bermesra dalam keadaan 'haaiii'.. TQ for Lina Ahmad.

Wednesday, June 10, 2009

Pekan Rabu @ Multimarket Rabu?

Sudah menjadi keazaman untuk mewajibkan diri setiap kali balik bercuti ke kampung mesti kena ziarah ke Pekan Rabu. Kitalah yg menentukan jatuh bangun dan terus berkembang HyperMarket Rabu ini. Pusat ekonomi orang melayu Muslim yang paling lama di tengah Bandaraya Aloq Setaq (sebenarnya tak layak pun bergelar Bandaraya. Tak lebih dari menambah beban pembayar cukai2 pintu penghuni bandar. Perkhidmatan kebajikan untuk penghuni tetap sama seperti bandar2 biasa)
Barangan yg dijual adalah merangkumi keperluan kecuali ikan sayur tu tak de la (Yang tu nak kena pi cari kat pasar basah laa ) . Majalah, buku, kitab2, kain baju dan serba manikam lah. Permainan tradisi spt papan jongkak dan lain2, juga keperluan dapoq spt periuk belanga, kukoq nyok disinilah tempatnya. Makanan tu memang berkenjah, pilih saja. Harga berpatutan. Walaupun banyak barangan siam yg diperdagangkan namun adalah berbaloi dari dok pi jauh2 ke Padang Besar atau ke Bukit Kayu Hitam sana tu. Selamat maju jaya buat Pekan Rabu.

Menyayat Hati

Kemanisan pengalaman percutian yg baru lalu terasa disentap dengan kejadian terbaharu di selatan Thai. Alhamdulillah kerana Tuhan telah memilih mereka sebagai SYAHID. Kezaliman menjadi-jadi melibatkan saudara Islam kita. Bahkan sala-silah keluarga kekasihku pun bersepah di Narathiwat sana. Kenapa manusia berlaku begitu zalim? Kenapa kezaliman ini berlaku di rumah ibadat orang Islam? Kerja siapakah ini? Dimana silapnya? Seribu persoalan bergolak diminda ! Ya Allah selamatkanlah saudara Islam kami dan musnahkan musuh2 durjana itu.


Tuesday, June 09, 2009

Sekolah Kebangsaan Ku

Sekolah Kebangsaan Datok Sri Syed Ahmad Shahbudin, Kg Lana Bulu, Kedah Darul Aman. Nama sekolah panjang berDEPA. Lebih elok diletakkan sahaja Sek Keb Kg Lana Bulu. Lagi sinonim dgn nama kg ni. Tapi dah ada nama tu biaq lah. Pada cuti sekolah yg baru ni, selepas memugaq kg dgn menikmati buah gheyang dot dan buah nipah. On the way balik tu singgah lah sekejap kat sekolah. Main gate terbuka without 'jaga' so..masuk je lah. Memang mengusik jiwa bila masuk kawasan sekolah tersebut. Disitulah tempat mula2 mengenali alam pembelajaran secara formal dan disana juga menitik segala macam pengalaman. Awal persekolah (darjah 1B) sudah kebiasaan bila balik sekolah je terus ke kantin sekolah untuk minum air sejuk untuk menghilangkan dahaga. Suatu hari entah macam mana ada 'minyak gas' (tanah) dalam cawan. Yelah budak2 selalunya 'berebut' dan keadaan panas nampak cawan .. terus je minum hasilnya 'mabok' lah..Tengahari tu juga tukang kebun hantar balik ke rumah Mak Ngah Cik dgn basikal tua nya. Terus diberi minum air kelapa muda. Baru nampak dunia selepas tu. Mulai hari tu tiap balik sekolah tak lagi pergi ke kantin untuk minum air. Nostalgia.
Tahun 2 (darjah 2A) masih ku ingat tengahari tu .. entah kenapa (dah lupa)Aku lari balik dari sekolah dan cikgu dgn kawan2 panggil supaya pulang kembali kesekolah tapi semuanya diabaikan saja. Keesokkan hari aku datang kesekolah tapi kelencong ketempat lain. Stay kat bawah pokok kelapa di rumah bersebelahan sekolah sampai lah waktu balik. Nostalgia. Tahun 3 (darjah 3A)dan seterusnya aku berulang dgn Uztaz Abdullah untuk ke sekolah. Semenjak itu tiada istilah ponteng lagi dan juga diberikan amanah sebagai Pengawas sekolah hingga tahun akhir (darjah 6A). Sekarang sekolah sudah bertambah bangunan dan makin cantik seperti taman layaknya. Tahniah kepada pihak pentadbiran sekolah. Terus membangun bersama ilmu.

Buah Nipah

Terasa masa bercuti kali ini tersangatlah singkatnya tapi apa boleh buat 'bukan cikgu'. Jika tidak boleh lah 'memugaq' kampung sambil mengimbas kenangan lalu dan memberikan pengalaman baru buat mereka yang bersama mengikuti percutian kali ini. Selepas merasa gheyang dot yg dah hujung julai tu.. Program seterusnya adalah mencari buah nipah yg boleh dimakan (isinya lembut dan tidak keras).







Dalam usaha mencari buah yg sesuai untuk dimakan ..maka terpaksalah mengorbankan beberapa tandan nipah yg sepatutnya batang tandan tersebut disimpan untuk ditahan air manisanya (nira nipah).


Pulau rimba nipah tu dijelajah dan dimasuki juga ke kawasan yg kebiasaannya ada 'anak karen' . Cuma suasana tidak mengizinkan seperti zaman kanak2 dulu. Main sauk saja bila ada kelihatan bueh. Tak ada istilah takut lintah ke ular ke..Yang ada ketika tu adalah ''syok" je..
Buah nipah ni memang lah jarang kepada generasi muda. Apatah lagi meras keenakkan isi nya yang seakan-akan 'buah nau'. Isi nipah ini tidaklah terlalu manis seperti buah nau dan buah rambutan tu . Namun ke'enak'an nya hanya boleh digambarkan oleh mereka yg merasai sendiri. Memang best... Rugi sekiranya anda tidak pernah merasainya. So.. spt kata bidalan 'tak kenal maka tak cinta' bila dah merasa mesti terkenang...

Monday, June 08, 2009

Buah Gheyang Dot


Hajat nak makan buah gheyang (keriang) dot tercapai jugak, walaupun buah yang tinggal adalah yang kat hujung2 julai je. Seperti biasa buah2 hujung ni adalah tidak sebesar buah masa tengah galak. Kepuasan terasa bila makan buah tersebut...Ya lah pengalaman lebih 20 tahun lalu . Itu pun semasa zaman kanak2 memanjat pokok yg kat tengah padang/bendang. Masa tu kira 'wakaf' je lah. Sebab tak kenal tuan sebenar pokok tersebut. Nostalgia. Buah ni patut di'komersal'kan sebab ia adalah anggur Tanah Melayu. Dalam tempoh 5 tahun dah boleh dipetik hasilnya. Selepas makan yg pastinya adalah 'lidah' akan menjadi biru/purple dan sedikit kehitaman. Tapi sedapp.. Sesiapa yg nak merasa bolehlah contact dan nanti ikut balik bercuti bersama bila tiba musimnya..Next year laa.. Okay ! Percutian kali ini memang sangat berbaloi. Terima kasih Mak Ngah Cik yg menyimpan buah ini walaupun dah hujung2 julai.

Thursday, June 04, 2009

Tak Boleh Makan Kobis Ke?

Masalah juga lagu ni bila dapat berita tentang kobis ni.. Memang dah biasa kalau masak berger tu tak sah kalau tak ada kobis dan buat ulam makan dengan gulai pun tidak kurang juga seleranya. Namun berita yg baru diterima ini rasanya patut dikongsi bersama demi kebaikan kaum hawa terutamanya dan kaum adam yg tak bersunat. Kesahihan maklumat ini boleh dipersoalkan namun pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan sepatutnya dah lama mengeluarkan kenyataan ttg hal ini (sebenarnya sudah lama diperbincangkan). Setidak-tidaknya tentu ada langkah2 yang patut diambil oleh penggemar kobis kan. Nak tulis lanjut pun rasa segan lah pulak nanti ada kaum hawa yang sensitif tentang hal2 peribadi mereka. So anda klik lah sendiri dan boleh melihat apakah yg dimaksudkan. http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=kesan+makan+kobis+bulat&meta=

Wednesday, June 03, 2009

Ingat ! 24 Julai - 3 Ogos

Kita akan maju dengan sendirinya bila membudayakan 'budaya membaca'. Hanya mereka yang berilmu akan mencapai kesenangan dunia dan akhirat. Ilmu hanya akan dipeolehi dari membaca selain dari pengalaman yg dilalui dalam meniti usia kehidupan ini. Paparan ini disambung untuk menghidupkan lagi program baik yang dianjurkan.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal menganjurkan Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam selama sebelas hari bermula 24 Julai hingga 3 Ogos depan.
Program tahunan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan turut mendapat kerjasama jabatan-jabatan kerajaan negeri, persekutuan, swasta, badan bukan kerajaan dan media. Program itu mungkin disertai 50 syarikat dengan melibatkan 106 gerai pameran.
Ayoh marilah kita membina budaya cintakan ilmu dan membaca dikalangan ahli keluarga dan masyarakat kita.

Tuesday, June 02, 2009

Adam dan Hawa

Terharu dan memang menginsafkan ... apabila kita merenung tiap kejadian ciptaan Tuhan. Dalam kepayahan hidup rupanya ada tersimpan seribu makna yg sepatutnya kita renungkan dan fikirkan untuk memuhasabah diri dalam memenuhi liku2 kehidupan ini. Kaum adam dan hawa memang telah dijadikan untuk saling berkasih sayang dan saling melengkapi satu sama lain. Luangkan masa anda untuk kita sama berkongsi tentang erti kehidupan ini...Dalam kepayahan dan kesedihan yg kita lalui ..tidak sedikit mereka yg lebih menderita kekurangan namun hidup dan perjuangan mesti diteruskan. Ada pengajaran buat yg mahu berfikir dan merenung untuk dijadikan keazaman untuk lebih berjaya dalam kehidupan ini. Klik dan lihatlah dengan mata hati semoga air mata mu akan memberi seribu makna. http://d.yimg.com/kq/groups/22000547/1757714017/name/onelegonehanddance.wmv

Monday, June 01, 2009

Ilmu adalah Penyelamat?

videoSering kedengaran dan terpapar dalam media prima ttg kemalangan yg melibatkan tenaga electrik. Kemalangan terjadi adalah akibat dari sikap kita sebagai pengguna yang tidak mengutamakan keselamatan. Walaupun sering kali diperingatkan tentang kepentingan 'mengutamakan keselamatan' semasa menggunakan kemudahan tersebut. Dalam video ini dapat kita melihat secara life bagaimana terjadi sekiranya seseorang itu tersentuh electrik yg bervoltan tinggi. Meletup dan terbakar serta hitam. So berhati-hati lah selalu. Biar lambat dan berbelanja lebih sedikit 'asalkan' tidak diratap oleh mereka yg menyayangi kita. Terima kasih untuk Lina di atas perkongsian ini.

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media