Tuesday, June 09, 2009

Buah Nipah

Terasa masa bercuti kali ini tersangatlah singkatnya tapi apa boleh buat 'bukan cikgu'. Jika tidak boleh lah 'memugaq' kampung sambil mengimbas kenangan lalu dan memberikan pengalaman baru buat mereka yang bersama mengikuti percutian kali ini. Selepas merasa gheyang dot yg dah hujung julai tu.. Program seterusnya adalah mencari buah nipah yg boleh dimakan (isinya lembut dan tidak keras).







Dalam usaha mencari buah yg sesuai untuk dimakan ..maka terpaksalah mengorbankan beberapa tandan nipah yg sepatutnya batang tandan tersebut disimpan untuk ditahan air manisanya (nira nipah).


Pulau rimba nipah tu dijelajah dan dimasuki juga ke kawasan yg kebiasaannya ada 'anak karen' . Cuma suasana tidak mengizinkan seperti zaman kanak2 dulu. Main sauk saja bila ada kelihatan bueh. Tak ada istilah takut lintah ke ular ke..Yang ada ketika tu adalah ''syok" je..
Buah nipah ni memang lah jarang kepada generasi muda. Apatah lagi meras keenakkan isi nya yang seakan-akan 'buah nau'. Isi nipah ini tidaklah terlalu manis seperti buah nau dan buah rambutan tu . Namun ke'enak'an nya hanya boleh digambarkan oleh mereka yg merasai sendiri. Memang best... Rugi sekiranya anda tidak pernah merasainya. So.. spt kata bidalan 'tak kenal maka tak cinta' bila dah merasa mesti terkenang...

14 comments:

Mala said...

salam,
buah nipah mmg sedap teringat chek masa kanak2 dulu saban ari
cari buah nipah kat belakang rumah..ttp la ni tak berkesempatan
nak pi tebang buah nipah...anak2 sekarng ni pun tak kenal buah
nipah...minggu ni chek balik rmh emak tenguk ada lagi tak pokok
nipah kat belakang rumah kalau ada chek nak habaq kat anak2
macm mana nak makan buah nipah,biaq depa tau apa itu buah
nipah......
kalau ada hang mau ka,chek boleh antaq kat off hang naaa...

Anonymous said...

Terima kaseh kepada niat baik u tu...semoga diberkati

Cucu Tok Derga said...

Buah nipah sedap. Nira nipah lagi sedap. Misan nipah juga sedap. Cuka nipah pun sedap.
Nira nipah memang manis. Tapi kata orang tua-tua, nira nipah tak bahaya. Orang idap penyakit kencing manis pun boleh minum. Kalau tak percaya, boleh cuba.
Cuka nipah boleh jadi ubat kencing manis. Petuanya - minum satu camca pagi dan satu camca petang. Baiknya minum cuka usang - maksudnya cuka yang dibiar lama.
Cuba fikir! Nira yang manis tapi tak membahayakan pengidap kencing manis. Malahan cuka nipah yang masam, boleh pula jadi ubat kencing manis. Bukan auta. Patut pakar-pakar kita buat kajian. Ini pemberian Allah SWT.
Terima kasih!

Balqis said...

Kata AbangDun tu memang benar..Nira nipah tu sangat sedap cuma makan buah nipah tu je yang mengimbas kenangan silam. Teruja sekali. Ye lah last makan rasanya over than 20 tahun yg lalu. Begitu juga dgn gheyang dot tu juga. TQ

Anonymous said...

Woi kengkawan
kat mana nakdapat buah nipah, terinn kita nak merasa manisannya..................

zedmagel said...

Salam Lanabulu,

Buah nipah memang sedap jika dimakan semasa isinya masih kenyal dan enak. Tapi pokok nipah hanya tumbuh ditepi sungai air masin, sekarang ni bukan nak cari buah nipah, nak cari la ni bulu nipah pun payah nak dapat.

Teringat masa kecik-keci menyelapak di pesisiran sungai kampun kami untuk cari buah nipah yang muda untuk dimakan.

zedmagel said...

Satu lagi lana bulu, nak amik n3 bro nak muat kan story dan gambar di n3 saya, mohon izin. Boleh kan?

Unknown said...

Boleh ..apa salahnya. Orang la ni cakap. No hal.
Lagi pun kita kan bersaudara. Pulak tu ..semuanya sekadar pinjaman kpd kita..dipersilakan !

siti ajar bt yaakob said...

eishhhh...ishhh, jealousnya tengok mr lana dapat makan buah gheyang dot dot dengan buah nipah...sama mcm ct la buah-buah klasik ni akan mengimbau zaman kanak2 yang penuh kenangan...ikan karen pun selalu dok p cari...ct ni buas la juga masa budak2 dulu...he he...

Unknown said...

Begitulah kita cikgu ..
selalu suka sangat dgn kenangan silam..lagi pun mmg tak akan kembali lagi semuanya tu..kalau ada pun tak seindah dulu lagi..
Namun bersyukur kerana kita dizaman kecik2 dulu dapat panjat memanjat terjun kubang entah mana2..tak dak pula istilah takut dgn benda2 spt ular ke ..lintah ke..pacat ke..jatuh pokok ke..TAPI bila laa ni..KITA pulak yg terlebih takutkan utk anak2 kita kan? Kenapa ye?

ummu said...

Salam
saya cuma pernah cuba gula nipah.buah nipah tak pernah cuba lagi

Unknown said...

UM nak kena pi cari juga dan rasa..mmg berbaloi kaau kita merasa..puas hati..terbayang rasanya kat tekak tu..fuuhh..mmg best lah UM..
Cuba bayangkan kita sendiri yg ketuk..kita sndiri yg kopek atau belah..dan makan..subhanaAllah..

yasmin said...

Assalamualaikum wbt...

selamat bertemu dan salam berkenalan..

Alhamdulillah, dok merayau cari stori pasal lana bulu(kg asal saya),jumpa blog LanaBulu.

Ceritanya begini

kita ni orang lana bulu
lahir di situ
sekolah pun lana bulu
ramai lagi kaum keluarga disana
pendek kata dari kerpan hingga megat dewa adik beradik saja.

cerita ikan karen
buah nipah
gheyang dot
nira
naik anoq(kereta kerbau)
dilana bulu
terlalu indah..

boleh tahu,LanaBulu ni anak/cucu sapa?

yasmin,kl

Unknown said...

Wa alaikum salam Yasmin..
Alhamdulillah..dan subhanaAllah..dunia kita diami ini tak lah sebesaq mana pun kan...
Kenal Tok Lebai Lah atau Ustaz Lah atau Abdullah...??
Ustaz Lah ni pernah mengajaq di sekolah Tok Kepak dulu then ke Sekolah keb datok seri syed ahmad shahbudin atau sek lana bulu tu..sehingalah pencen.
dulu2 ada surau utk mengajaq budak2 mengaji Quran dan Jahama..lelaki dan pompuan...nostalgia..
Kenal Tok Syeikh Ramli..? imam muda masjid Kerpan dan selalu dok bawa orang pi Mekah buat haji dan umrah...?
Itulah muqqadimahnya..
to be cont...naa

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media