Tuesday, June 09, 2009

Sekolah Kebangsaan Ku

Sekolah Kebangsaan Datok Sri Syed Ahmad Shahbudin, Kg Lana Bulu, Kedah Darul Aman. Nama sekolah panjang berDEPA. Lebih elok diletakkan sahaja Sek Keb Kg Lana Bulu. Lagi sinonim dgn nama kg ni. Tapi dah ada nama tu biaq lah. Pada cuti sekolah yg baru ni, selepas memugaq kg dgn menikmati buah gheyang dot dan buah nipah. On the way balik tu singgah lah sekejap kat sekolah. Main gate terbuka without 'jaga' so..masuk je lah. Memang mengusik jiwa bila masuk kawasan sekolah tersebut. Disitulah tempat mula2 mengenali alam pembelajaran secara formal dan disana juga menitik segala macam pengalaman. Awal persekolah (darjah 1B) sudah kebiasaan bila balik sekolah je terus ke kantin sekolah untuk minum air sejuk untuk menghilangkan dahaga. Suatu hari entah macam mana ada 'minyak gas' (tanah) dalam cawan. Yelah budak2 selalunya 'berebut' dan keadaan panas nampak cawan .. terus je minum hasilnya 'mabok' lah..Tengahari tu juga tukang kebun hantar balik ke rumah Mak Ngah Cik dgn basikal tua nya. Terus diberi minum air kelapa muda. Baru nampak dunia selepas tu. Mulai hari tu tiap balik sekolah tak lagi pergi ke kantin untuk minum air. Nostalgia.
Tahun 2 (darjah 2A) masih ku ingat tengahari tu .. entah kenapa (dah lupa)Aku lari balik dari sekolah dan cikgu dgn kawan2 panggil supaya pulang kembali kesekolah tapi semuanya diabaikan saja. Keesokkan hari aku datang kesekolah tapi kelencong ketempat lain. Stay kat bawah pokok kelapa di rumah bersebelahan sekolah sampai lah waktu balik. Nostalgia. Tahun 3 (darjah 3A)dan seterusnya aku berulang dgn Uztaz Abdullah untuk ke sekolah. Semenjak itu tiada istilah ponteng lagi dan juga diberikan amanah sebagai Pengawas sekolah hingga tahun akhir (darjah 6A). Sekarang sekolah sudah bertambah bangunan dan makin cantik seperti taman layaknya. Tahniah kepada pihak pentadbiran sekolah. Terus membangun bersama ilmu.

2 comments:

Anonymous said...

Sekolah tu cantik..macam taman tapi tugu keris bersilang tu yg aku rasa tak relevan langsong dgn ilmu dan sekolah. Adakah lebih baik diletakan gambar buku atau pun budget untuk keris tu digunakan untuk menambahkan kemudahan perpustakaan sekolah. Seribu kali lebih berfaedah.

Anonymous said...

Dulu cikgu Abdul Rahman Shaari pernah luku (perlahan je) kepala aku tapi kini dia dah pi UKM dan dengaq2 la ni dah ke UM...Rindu pula rasanya pada cikgu Rahman ni..Begitu juga dgn cikgu Saad dia pernah merotan aku dgn pembaris panjang(yg besar tu) kat ponggong tapi sekarang bila aku balik raya aku tentu jumpa dia ..sayang aku padanya..terima kasih cikgu semua..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media