Tuesday, September 29, 2009

Bahaya Mercun !

Dipagi hari raya keempat masih lagi kedengaran bunyi mercun dari rumah2 jiran .. Malam hari apa lagi.. telah-lah.. memang kerja budak2 muda peringkat menengah bawah ni.. Tapi kadang2 terlekat juga peringkat menengah tua .. dah peringkat sabut ni dah susah nak tegur lagi dah..Sebagai usaha untuk nak mendidik anak2 bertapa bahaya mercun yg dimainkan tu.. Hatta kanak2 maupun orang dewasa. (malang tu sebenarnya berbau)
Teman dapatkan sebijik mercun bola (sebesar duit 2 kupang) dan masukkan dalam batang pokok pisang ( seperti gambar di atas). Setelah semua menutup lubang telinga masing2..sumbu mercun bola tu dicucuh dan hasilnya.. Terbarai dan terbungkas .. Apa lagi kalau tangan2 lembut yg memegang mercun bola tersebut. Putus jari..tangan hancur..mata buta..telinga pekak seumur hidup..cacat anggota badan/muka.. dsbnya. Kenapa harus terjadi demikian disaat-saat hari lembaran menjelang tiba? Saban tahun cerita yg sama berulang dan berulang. Adakah perlu diambil tindakan sewajarnya setelah bilangan mencecah jumlah yg banyak pada tiap2 tahun? Bahkan kalau di'total dari dulu hingga la ni..(era mercun mewarnai sambutan hari lembaran)..Dah terlalu ramai utk dihitung.

Monday, September 28, 2009

Pokok Pandan Di-Raja

Hari ketiga program ziarah 'aidil fitri' ke rumah adik di Jitra . Rumah cantik, bersih tapi tuan tak ada di rumah. Setelah mesej ditinggalkan dalam 'peti surat', dia pun sampai. Alhamdulillah.Dapat juga beraya dan beramah mesra ahli keluarga.. Dari luar pagar pun teman 'dah nampak' yg pokok bunga tu dah nak mati (daun dah kekuningan.. kalau ye pun siram lah air atau ubahkan ke tempat yg lebih besar) ni nak kena sound ni!!! Setelah bersalam dan bercerita barulah teman tahu bahawa pokok ni bukanya nak mati.. hee. Rupanya memang dah lagu tu.. Warna daun adalah hijau dan kuning.. Nasib baik tak kutuk 'kau-kau' punya. Itulah pengajaran dihari mulia : Bersangka baik tak rugi sekupang pun!!!
Cantik pokok pandan diraja ni.. Elok juga dijadikan bunga penghias Bandaraya Alor Setar.

Hari Raya Pertama

Berduyun-duyun umat Islam mengerjakan solat sunat'aidil fitri. Tua & muda tapi kanak2 sangat kurang..biasalah depa pagi2 lagi dah menapak berpuak-puak menziarahi dari rumah kerumah..Ramai dan meriah.
Selesai solat dan bersalaman dgn jemaah yg hadir.. mereka termaasuk teman menziarahi saudara-mara yg lebih dahulu pergi mendahului kita semua.. Berdoa sekadar mampu..Saudara kami ini 'confirm' dah menjadi ahli syurga..Adik 'Alif telah kembali menemuiNya di-usia 4 tahun pada 2 bulan yg lalu.
Shahdu dan mendamaikan dipagi hari raya tersebut..Dalam suasana gembira kita juga tidak melupakan mereka..Alfatihah !

Thursday, September 17, 2009

Aduhh !!! Kenapa masih lagu ni???

Diambang hari lembaran.. disaat kita menantikan hari raya (buat kanak2 dan yg berpuasa penuh laa) kita dimomokkan dgn berita begini. Disini Adakah masih ada yg belum sedar dan masih belum mahu ambil pengajaran pada kesilapan2 yg lalu..?? Tak kan nak terantuk baru nak terngadah?? Tolonglah ..buatlah pembaharuan dalam moto 1Malaysia ni.. Tak perlulah hanya sekadar selogan tapi masih lagi berpegang dgn kerja buat yg lama. Jgn biarkan kerana "setitik nila habis susu sebelanga" Demi rakyat Malaysia dan tanahair tercinta. Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Monday, September 14, 2009

Ohh.. Mengkuang

Kemeriahan kg mengimbau dikala menghampiri detik 'aidil fitri'. Dah menjadi kelaziman rakyat yg berhijrah atau merempat di tempat orang berpusu-pusu kembali ke kampung halaman. Melintasi kawasan rumpun semak (pd pandangan orang la ni) pokok 'mengkuang'. Teringat masa dulu bertapa perit untuk membantu ibu membawa pulang daun2 mengkuang ke rumah untuk diproses manjadi tikar mengkuang atau bakul (digunakan utk mengisi padi yg 'diketam' dll). Apa tidaknya daun mengkuang mempunyai 3 line durinya (2 dikiri/kanan dan 1 dibahagian bawah/tengah). Sambil dok relax kat bawah rumah dgn angin bendang yg sentiasa sepoi2 bahasa, duri tengah/bawah daun tu dipotong menjadikan daun tu terbelah kepada 2 helai. Seterusnya dgn menggunakan sejenis pisau kecil bersusun beberapa bilah (lupa namanya), helaian daun mengkuang tu terbelah kepada beberapa keping yg lebih halus (biasanya bersaiz 8 ~ 10mm) serta pengasingan dari duri tersebut. Setelah selesai daun2 dibelah dan direndamkan di dalam parit (ayaq parit dulu bukan lagu laa ni) depan rumah beberapa hari (agar daun lebih tahan lama dan liat / senang untuk proses menganyam nanti). Daun2 yg dikeluarkan dari tempat rendaman tu dijemur hingga kering. Lepas tu akan diikat sekadarnya untuk ditumbuk dgn 'halu' sekadarnya juga (kalau terlalu kuat pecah pulak nantinya daun tu). Peringkat seterusnya adalah kerja yg remeh dan memerlukan kesabaran iaitu 'meraut' (digosok dgn kepingan kayu /buluh) dan menganyam 'helaian kecil daun mengkuang itu menjadi tikar' mengkuang yg gah untuk digunakan. Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Friday, September 11, 2009

Simpanan Emas?

Selamat berjuang dalam usaha2 terakhir dibulan Ramadhan ini.. Bulan mulia dimana kita mengejar ganjaran pahala, rahmatNya serta keampunanNya. Sudah-sudahlah (pinjam words PG)..insaf2lah sekiranya terlanjur dimasa lalu tu. Bawa2lah berubah ..demi kesejahteraan rakyat MEHRAN yg sememangnya Zero knowledge ttg hal2 yg melibatkan BNM serta barang yg berkaitan dgnnya seperti "Simpanan Emas Negara" dan pengurusannya. Terkejut jugak bila terbaca artikal dibawah ni.. Benarkah berita ni? Siapa harus bertanggung-jawab? Pihak yg terlibat sepatutnya ambil tindakan yg sewajarnya ; samada membetulkan keadaan atau mendakwa mereka yg terlibat mengeluarkan kenyataan sebegini rupa! Memalukan ! Pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Khabarnya begini..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Wednesday, September 09, 2009

Tolong-lah Kami ! ! !

Ramadhan karim sudah memasuki fasa ke3. Cepat sungguh masa berlalu. Sekelip rasa beredar sudah fasa 1 dan 2. Dimanakah kita seadanya kala ini? Adakah sudah bersama keredaanNya? Ataukah kita sudah melimpahi keampunanNya? Buat melayari hari2 yg mendatang agar memiliki tiket 'perlepasan dari azab neraka'? Ya Allah, kami insan lemah lagi banyak dosa... Berilah kami keredhaanMu..keampunanMu dan jauhilah kami dari siksa 'azab nerakaMu!!!

videoVideo ini buat tatapan mereka yg mahu berfikir dan merenung sekeliling... Bertapa besarnya anugerah Tuhan. SubhanaAllah, Bersyukurlah. Perbedaan Pendapat bukanlah per p e c a h a n !

Thursday, September 03, 2009

Tak Kenal maka Tak Cinta

Sempena bulan mulia ni elok2lah kita mengapai kembali kisah2 yg menjadi perkara pokok dalam kehidupan beragama. Ramadhan pun dah masuk para ke 2 dan kita masih lagi berserabut dgn hal2 yg mengundang saling membenci antara sesama saudara seAgama. Dalam kesempatan yg ada ini tak terlewat utk kita mengenali dgn lebih lanjut Rasul kita @ Kekasih Allah. Pemberi syafaat diakhirat nanti!!! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu teman berasa HARUS untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW ·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim (Bani Hashim).
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid. § Saudah Binti Zam'ah. § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). § Zainab Binti Jahsy. § Maimunah Binti Harith. § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim 2. Abdullah 3.. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al-Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) 8. Abdul Ka ' bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. Atiqah ## 14. Arwa ## 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media