Thursday, September 03, 2009

Tak Kenal maka Tak Cinta

Sempena bulan mulia ni elok2lah kita mengapai kembali kisah2 yg menjadi perkara pokok dalam kehidupan beragama. Ramadhan pun dah masuk para ke 2 dan kita masih lagi berserabut dgn hal2 yg mengundang saling membenci antara sesama saudara seAgama. Dalam kesempatan yg ada ini tak terlewat utk kita mengenali dgn lebih lanjut Rasul kita @ Kekasih Allah. Pemberi syafaat diakhirat nanti!!! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu teman berasa HARUS untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW ·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim (Bani Hashim).
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid. § Saudah Binti Zam'ah. § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). § Zainab Binti Jahsy. § Maimunah Binti Harith. § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim 2. Abdullah 3.. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al-Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) 8. Abdul Ka ' bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. Atiqah ## 14. Arwa ## 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

10 comments:

Arif Omar said...

bab hanya ingat biodata artis ini, PG nak tambah sikit. kalau tengok mentor , AF dan berbagai program realiti tv siap mak bapak menangis kerana anak kalah dalam program berkenaan. kalau menangis kerana anak tak khatam quran tak apa juga. kadangkala naik meluat. pak haji dan mak aji pun sama naik menagis kerana anak kalah dalam af

CCZ said...

Semoga umat Islam zaman ini kembali mencintai Allah dan Rasulnya. CCZ juga antara insan yang lalai dalam mengingati perjuangan Kekasih Allah ini. Lanabulu..nak tanya satu. Abu Lahab dengan Abu Jahal adalah orang yang sama atau berlainan?

CCZ said...

Semoga umat Islam zaman ini kembali mencintai Allah dan Rasulnya. CCZ juga antara insan yang lalai dalam mengingati perjuangan Kekasih Allah ini. Lanabulu..nak tanya satu. Abu Lahab dengan Abu Jahal adalah orang yang sama atau berlainan?

LanaBulu said...

CCZ, Abu Lahab (Abul Uzza) adalah bapa saudara Nabi sedangkan Abu Jahal (Abul Hakam) adalah abang ipar kepada Saidina Umar r.a.

LanaBulu said...

PG, mereka menangis pada tempat yg salah..tapi nak buat lagu mana..Laa ni memang semua (kebanyakkan bangsaku) dok kira nak syok saja..Pantang larang ugama dah dok belakang..

zedmagel said...

Salam Lanabulu,

Satu biodata yang sangat menarik dari saudara untuk panduan dan ingatan kita bersama,

LanaBulu said...

Ya..memang untuk kebaikan kita semua bersama!

aminasma said...

Bila dok sebut tentang Rasulullah saw aku terkenang Allahyarham Ustaz Nikmat Dehrang yang menceritakan tentang Rasullullah dan akhlak dalam sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1991. Aruah Ustaz menceritakan tentang bagaimana tingginya keperibadian Rasullullah ini sehinggakan Ustaz menangis bila menyebut nama Rasullullah saw

LanaBulu said...

Kami pernah pergi ke Perkampungan beliau di Derang tu anjuran Persatuan Mahasiswa Islam dulu..sempat jugalah jumpa Ustaz dan juga menantunya tu, Ustaz Mohd Ali (dari seberang) kalau tak silap aku. Paling aku terkesan bilamana anak murid dia lawan Ustaz dalam PRU dulu2...
Moga rohnya bersama RahmatNya..

D'Rimba said...

Mari sama-sama kita terus mencari keberkatan di bulan Ramadhan..........

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media