Monday, September 14, 2009

Ohh.. Mengkuang

Kemeriahan kg mengimbau dikala menghampiri detik 'aidil fitri'. Dah menjadi kelaziman rakyat yg berhijrah atau merempat di tempat orang berpusu-pusu kembali ke kampung halaman. Melintasi kawasan rumpun semak (pd pandangan orang la ni) pokok 'mengkuang'. Teringat masa dulu bertapa perit untuk membantu ibu membawa pulang daun2 mengkuang ke rumah untuk diproses manjadi tikar mengkuang atau bakul (digunakan utk mengisi padi yg 'diketam' dll). Apa tidaknya daun mengkuang mempunyai 3 line durinya (2 dikiri/kanan dan 1 dibahagian bawah/tengah). Sambil dok relax kat bawah rumah dgn angin bendang yg sentiasa sepoi2 bahasa, duri tengah/bawah daun tu dipotong menjadikan daun tu terbelah kepada 2 helai. Seterusnya dgn menggunakan sejenis pisau kecil bersusun beberapa bilah (lupa namanya), helaian daun mengkuang tu terbelah kepada beberapa keping yg lebih halus (biasanya bersaiz 8 ~ 10mm) serta pengasingan dari duri tersebut. Setelah selesai daun2 dibelah dan direndamkan di dalam parit (ayaq parit dulu bukan lagu laa ni) depan rumah beberapa hari (agar daun lebih tahan lama dan liat / senang untuk proses menganyam nanti). Daun2 yg dikeluarkan dari tempat rendaman tu dijemur hingga kering. Lepas tu akan diikat sekadarnya untuk ditumbuk dgn 'halu' sekadarnya juga (kalau terlalu kuat pecah pulak nantinya daun tu). Peringkat seterusnya adalah kerja yg remeh dan memerlukan kesabaran iaitu 'meraut' (digosok dgn kepingan kayu /buluh) dan menganyam 'helaian kecil daun mengkuang itu menjadi tikar' mengkuang yg gah untuk digunakan. Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

13 comments:

AbcdeFtyyhahh; said...

wah kagum la!!! suke suke :D

Unknown said...

TQ, Tyhahh..
Sekadar memenuhi permintaan nostalgia lama...Benarlah yg disebut bahawa 'yg jauh adalah masa yg telah berlalu'..

LaLa said...

wah!projek sem lepas sy ade design kiosk and craft centre untuk industri mengkuang di malaysia...kan besh kalau dapat dibina..haha

Unknown said...

Memang boleh sekiranya dibuat perancangan dgn elok..
Setidak2nya dapat juga orang kg tanam semula pokok mengkuang ni..

NURA said...

salam sobat
wah hebat ya,,bisa buat kerajinan sebagus itu,
sangat kreatif.

ada AWARD sederhana untuk sobat
mohon diterima ya ,,
di blog NURANURANIKU
sahabat di ALJUBAIL.S.A
trims.

Unknown said...

TQ..kak Nura

zai said...

hmm..teringat masa kecil2 dulu selalu tengok nenek menganyam tikar mengkuang..ruginya akak rasa sbb tak ambil ilmu tu...tengok pokok mengkuang teringat pula cite orang dulu2 penanggal takut pokok mengkuang..

al-lavendari said...

ya! ya! saya terkenang kembali dulu-dulu ada tolong emak ... tolong mengacau ... mengerjakan mengkuang. saya pun dah lupa nama pisau kecil untuk belah mengkuang tu. kadang2 curi pinjam, belah lebih2 mengkuang. nostalgia ...

saya org k.pilah, pernah Sek Men Zaaba.

Sdr boleh cakap org Pilah lagi tak?

tksih kerana link kat blog saya.

Unknown said...

Sangat suka mengenali kembali member dari N9 terutamanya K.Pilah. Tempat jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat hati terpaut pada yg terlalu istimewa pd masa lalu.."Gadis Kg Inas"..
Nostalgia sungguh...
TQ al-lavendari

zedmagel said...

SALAM AIDILFITRI
SAHABATKU LANA BULU,


MAAF ZAHIR BATHIN, SAYA TERINGAT KETIKA ARWAH EMAK MENGANYAM TIKAR MENGKUANG, ITULAH SAAT PALING SAYA TAK SUKA SEKALI BILA ARWAH MENGANYAM TIKAR, KERANA SAYA TAK DAPAT MENGEMPENG PADA MALAM-MALAM TERSEBUT.....BORING.

NURA said...

salam sobat
trims ya,sharingnya
iya semoga semua baik2 saja.

selamat menyambut hari raya Idhul Fitri
minal aidhin walfaidzin.

Unknown said...

Zadmagel & Nura..
Bersama2lah kita semua bermunajat dibulan mulia dan aidil fitri ini agar kebahagian dan kemakmuran kini berpanjangan..
Maaf zahir batin buat semua sahabat alam maya..

terokai seni said...

publish kan nostalgia lama bukan sekadar utk dikenang tapi dihayati generasi kini sekurang-kurangnya kreativiti dan warisan silam dapat didokumentasikan walaupun tidak secara terancang... baguih ni koi sokong sebab penah gak merasa meraut mengkuang

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media