Kemeriahan kg mengimbau dikala menghampiri detik
'aidil fitri'. Dah menjadi kelaziman rakyat yg
berhijrah atau merempat di tempat orang berpusu-pusu kembali ke kampung halaman. Melintasi kawasan
rumpun semak (pd pandangan orang la ni) pokok 'mengkuang'.

Teringat masa dulu bertapa perit untuk membantu ibu membawa pulang daun2 mengkuang ke rumah untuk diproses manjadi tikar mengkuang atau bakul (digunakan utk mengisi padi yg
'diketam' dll). Apa tidaknya daun mengkuang mempunyai
3 line durinya (2 dikiri/kanan dan 1 dibahagian bawah/tengah).

Sambil dok relax
kat bawah rumah dgn angin bendang yg sentiasa sepoi2 bahasa, duri tengah/bawah daun tu dipotong menjadikan daun tu terbelah kepada 2 helai.

Seterusnya dgn menggunakan sejenis pisau kecil bersusun beberapa bilah (lupa namanya), helaian daun mengkuang tu terbelah kepada beberapa keping yg lebih halus (biasanya bersaiz 8 ~ 10mm) serta pengasingan dari duri tersebut. Setelah selesai daun2 dibelah dan direndamkan di dalam parit (
ayaq parit dulu bukan lagu laa ni) depan rumah beberapa hari (agar daun lebih tahan lama dan liat / senang untuk proses menganyam nanti).

Daun2 yg dikeluarkan dari tempat rendaman tu dijemur hingga kering. Lepas tu akan diikat sekadarnya untuk ditumbuk dgn
'halu' sekadarnya juga (kalau terlalu kuat pecah pulak nantinya daun tu).

Peringkat seterusnya adalah kerja yg remeh dan memerlukan kesabaran iaitu
'meraut' (digosok dgn kepingan kayu /buluh) dan menganyam 'helaian kecil daun mengkuang itu menjadi tikar' mengkuang yg gah untuk digunakan.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!