Friday, December 03, 2010

Sepetang dihari lembaran..

Petang hari lembaran aidil fitri yg lalu .. semasa dalam perjalanan balik dari menziarahi bapa saudara di Merbok , Kedah. Kami melintasi kawasan sawah padi atau bendang.. Kelihatan mesin membajak tanah 'kebota' sedang rancak mejalankan aktiviti..
Teman memperlahankan kenderaan utk anak2 melihat dari dekat aktiviti yg sedang dikerjakan.. mereka teruja melihat.. "perak" (bukan Perak tapi e tu adalah e tanda)..
Teman lihat biasa saja cuma timbul gian nak pi turun ikut belakang kebota tu ..untuk serkap ikan...hee best tu...sambil buat kerja ..ikan pun dapat..rezeki depa..
Cabaran pembajak ini adalah bilamana sampai dikawasan yg dalam atau berkubang akibat dari peninggalan mesin penuai padi..
Anak2 menjerit seronok bila melihat kebota tu terangkat roda depan.. hee mengalahkan mat rempit... mereka gelak kesukaan dan minta bro. tu buat lagi sekali... depa ingat benda tu main suka2?.. hee
Yang menumpang kebahagian dari kerja bajak ni adalah burung2 rasanya 'bangau putih' ..banyak sekali datang mencari rezeki yg terhidang ... bila dah siap membajak..apa tunggu lagi..bertolak balik lah..ada rumah yg mahu diziarahi lagi...
p/s-petang raya ke2 orang dah kerja kami masih lagi merayap..hmm..ziarahkan!
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

22 comments:

My Little Diary said...

salam,
wah!!! dah mcm mat rempit pulak tu.. keke

rosnanie said...

kalau benda2 mcm ni, bkn stakat bdk je, tp mak bdk dgn bpk bdk pn tumpang sronok sama...betul... lama sgt dah xtgk benda2 cam ni...nostalgia

terokai seni said...

pnah ikut member tanam padi kat megat dewa.. tak tau plak time membajak tu bule tangkap ikan.. kalu ada mesti meroyan tengok ikan nih

Unknown said...

MLD..kira okaylah tu..jatuh pun dalam keleboq...tak sakit..haa

Unknown said...

kalau tak bayangkan kelaboq dan nanti nak naik keta..rasanya memang turun mintak kat bro tu...serkap dia..fuuhh

Unknown said...

Cemomoi..masa ni lah mudah nak tangkap ikan pasai depa dah pening lalat dik kena putaq..kalau bawak serkap tu..haaii..lagilah senang..
pasai tulah kalau kita perati..tiap mereka yg bawak kebota atau terekta mesti dibawa juga serkap tu..

anyss said...

Salam,
Dulu ayah bajak saawah dan ambil upah bajak sawah orang dengan kubota ginilah. sekarang ni...adik bongsu ganti tempat dia. Musim cuti sekolah, anak buah pula ambil alih...seronok je depa (budak2 tu) dok pi bajak, ingat main2 gamaknya.

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Unknown said...

memang syok anyss kalau dapat main dalam bendang tu..kononnya nak tolong lah..hee

azieazah said...

Kampung saya juga buat sawah, tapi kerana kami bertanah lembut dan selut, kubota ni memang takda harapan ler.

Saya pernah tengok dan naik kubota ni semasa melawat bendang di Perlis. Jadi “perak” (jakun) juga. hehehe

best jer tengok!

Unknown said...

SALAM,
BAGUS ANAK2 TU BERMINAT. PERTANIAN ITU PERNIAGAAN.

Anonymous said...

Aslmkm Lan.
Baru teringat nak buat posting cerita ni ka Lan? Dak pun pasai nostalgia lepas p MAHA kot!
Kak G bukan dari keluarga orang bendang, tapi Mak & Ayah Kak G besa pantau sendiri satu tahun masa Ayah mengalami masaalah perniagaan ... seronok! - tahan bubu, serkap ikan, main terebei buah goncaq dll. :)

Unknown said...

hhee..inilah akibat dari kelemahan diri kakG..
terlintas masa solat..hhmmm
terbayang terekta/kubota yg terpacak tu...

Unknown said...

LF..anak2 tu teruja pasai tak pernah lihat dari dekat saja..hee
kalau lepas mau depa terjun dalam bendang tu..

yahaya said...

trekta kot org panggil..kebota yg tolak tu..syok tgk tayar terangkat...pernah buat kerja ni dulu..bila tanah lembut jadi mcm tu la...biasa org ikut sama dengan cerkap tangkap ikan ..heheh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
tengok sawah rindu kampung nice pic

Unknown said...

yahaya..hari tu masih hari raya ke2..pasai tu gamaknya tak dak orang follow..hee

Unknown said...

BS..kalau rindu ..balik kg lah ziarah family..kan laa ni citu sekolah..dan cuti tersepit pun ada kan..

Anaasuria said...

salam tuan lana,
teman tak berpeluang ler nak main sawah ni.. sebab dok kat bando sejak kecik.. dapat nengok bendang pun masa sambung blajo kat utara awal tahun 90an.. memang jakun + 'perak' masa tuh.. even skang kalau terserempak sawah bendang pun, masih lagi jakun + 'erak'.. cuma ada tambahan satu lagi feeling, 'kagum'..

Anonymous said...

salam Lan..seronok kan dapat melihat suasana kampung dgn sawah padi terbentang luas..bagi anak2 yg tinggal dibandar2 tentu satu perkara baru..kak yam kalau keAStar suka ikut highway yg dikiri kanan terbentang luas sawah padi..begitu mendamaikan..

Raji and Yeen said...

hahaha best owh sesekali dpt tgk benda ni..
selamat teman pun ada kampung nk balik beraya ;P

najihah said...

salam encik Lana Bulu~

saya tak pernah merasa duk kampung,dgn suasana sawah padi yg best mcm ni..

kalau ada program anak angkat ke kat kg mana2,serius saya nak join..

Mohd Fauzi Bin Seman said...

btw. tu traktor, bukan kebota. kebota yang ada 2 roda besi tu

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media