Monday, November 22, 2010

Ikut nafsu..Puaslah hati?

Hati dan akal yg bertuhankan nafsu amarah.. Keegoan mengalahkan setan.. Hidup penuh hipokrit..
Lupa bahawa isteri yg diambil dari keluarga menjadi SAH adalah dgn kalimah Allah.. Menjadi isteri bukannya menjadi hamba abdi seumur hidup.. Segalanya hanyalah pinjaman bersama tanggung jawab yg diamanahkan.. Dendam kesumat bukan lah jalan penyelesaian kepada masalah ..akan tetapi menampakkan ke'dungguan' individu terbabit dalam menangani masalah suami isteri..
Puaslah hati? bila dapat melempiaskan perasaan dgn menggantung tak bertali..?
Dan bila terjadi perkara2 yg tak diingini seperti 'makan luar' dan teramat malang sekali sekiranya ada yg sampai murtad..Minta dijauhi Allah . Siapa yg nak bertanggung jawab?
Wahai kaum hawa! Laa ni kena lebih berpendidikan ttg hal ehwal berumah tangga..
Kena tahu yg tanggung jawab si suami sekiranya diabaikan dalam bebarapa tempoh (sesetengah negeri 4 bulan saja) boleh apply 'pasakh'.
Dan yg 'ter"menjadi' masalah juga adalah Mahkamah Syariah...
Nak kata pun tak kena..tak sebut pun tak kena..
menangani masalah insan terinaya seperti kaum ibu ini ..seperti siput je ..perjalanan kesnya..
silap2 pengadu dah siap kena sepak terajang lagi..kes pertama belum juga selesai..
Buat isteri malang.. cintailah Agama kita lebih dari mencintai perasaan sendiri..
Sikap berpatah arang hanya akan membinasakan diri sendiri..
Insaflah..dan kaum adam yg bersikap 'durjana' tak akan terlepas dari balasan Allah swt.
Kena sedaq juga bahawa 'nyawa' kita ni pun pinjaman sahaja..
ingat berkali-kali bahawa kita adalah HAMBA ALLAH.

11 comments:

cemomoi said...

mahkamah syariah ada kuasa tapi pelaksanaannya lemah, dah kluo waran tangkap pon orang bule buat deeek je

kakcik said...

Itulah akibatnya ada otak letak kat lutut! Ego konon!

cha said...

sikap berpatah arang, seolah-olah nak balas dendam, tak sedar diri sendiri terjebak ke lurah paling dalam. bahaya jika agama di dada sgt cetek.

Aanas said...

salam tuan lana,
macam-macam kan kes rumahtanga skang nih.. hari tu dengar dalam radio kalau tak silap jawi kot nak bagi kursus kat pasangan yang kawin 10 tahun kebawah, sebab ikut statistik, perkahwinan yang berumur 10 tahun ke bawah banyak yang bercerai berai..

apa pun, mak bapak jugak yang mendidik anak2 laki2 dan perempuan2 itu samada menjadik seorang suami/isteri yang amanah ataupun tidak..

mohdandmeriam said...

salam Lan,makcik sedih bila semua perkara begitu berlaku dalam masyarakat islam..padahal islam ada jalan2 penyelesaian tetapi kerana angkuh n ego semuanya ikut nafsu sendiri n membuat keputusan ikut nafsu bukan ikut syariat islam..mereka ni tak takut mati lan..mereka fikir mereka ni bertongkat langit sampai bila2..

Lana~Bulu said...

Masalah rumah-tangga semakin meruncing dan merbahayakan pada generasi masa depan...

ainnoraini said...

ya allah minta jauhkan perkara2 mcm ni berlaku dikalangan keluarga kite semua...

Lina said...

klu ego dah menguasai akal dan hati gitulah jadinya

ikan emas said...

ada yang bila bermasalah macam ni merujuk kepada yang salah...kenapa tak mahu berjumpa iman atau orang agama..mungkin jabatan agama atau mahkamah pun byk karenahnya..tetapi sekurang-kurangnya ada yang membantu..

DDrfauziah said...

Aslmkm Lan.
Itu la! Banyak salahnya disemua peringkat. Sedih kan Lan?
Pendidikan & pembelajaran mesti berlandaskan hukum Islam ... dari ibu bapa; dari sekolah hingga ke institusi tinggi; dari sistem & persekitaran:
Perancangan kena tepat, perlaksanaan mesti mampat, perundangan mesti ketat!
Jika iman kukuh, tak semudah itu insan runtuh!
Tak gitu ke?

TUKANG KATA said...

salam..

semua kena balik semula pada agama kan..back to our fitrah..deenul fitrah,peranan suami isteri kalau disandarkan mengikut cara ajaran islam i.Allah akan bahagialah rumah tangga tu..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media