Tuesday, July 13, 2010

Betoi ka beracun???

Email yg diterima tempoh hari  & merasakan benda ni patut dikongsi bersama.
 Betoi ke tak ..itu lain cerita.. Moga kalau tak betoi ...
ada yg membetulkan dgn lebih jelas lagi..
Dan kalau betoi eloklah kita sama2 hebahkan. Kenapa teman kata lagu tu..?
Pokok (bunga) keladi (betoi ke nama nih?) ni mmg dah sebati dgn kg teman
 dan mmg mudah didapati pun..
Cuma selama ini tak pernah pulak lah dengar ttg hal 'beracun' ni..
Macam kak G (dan juga yg lain2) suka berkebun tu gamaknya maybe lebih arif tg hal ni kot?
Disini teman paparkan kandungan email yg diterima utk bacaan semua :
Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

10 comments:

cemomoi said...

ntoh le... tapi teman ada nanam sama cam spesis pokok yang slalu orang isi telor di hujungnya sebab tajam sangat takut kena ke budak, pokok tu beso dan slalu di tanam kat taman le, teman cantas daun (cam aloevera tu) terkena ke getahnya, mak oi gatei sungguh dan kena pulak dalam kuatiti yang banyak menyebabkan alahan pada kulit

mohdandmeriam said...

salam lan..makcik pernah dengar tentang keracunan pokok ni..dirumah makcik tak ada pokok ni,jadi tak tahulah tentang kebenarannya..

ch@ said...

isk, pokok ni popular. erm...rumah kita mmg takde la pokok ni. nnt blk kg nak cek lah.

LanaBulu said...

ch@..cemomoi..dan M&M..
pokok ni nampak cantik..kalu kena gaya menghiasnya..
tapi kalau ambik pokok bunga lain pun tak menjadi kesalahan kan..
dari dok risau2...
kan3..

zue said...

pokok ni spesis pokok keladi..di rumah mak zue mmg ada pokok hiasan ni...x pernah lak dgr akan keracunan pokok ni yg boleh mmbawa maut.

DDrfauziah said...

Aslmkm Lan.
La ish, sampai turut sebut nama Kak G pula! :)
Ya Lan, ini memang jenis keladi hiasan & beracun. Tapi ramai orang tanam juga sbb daunnya cantik, tahan lama serta mudah hidup.
Kak G heran juga kenapa sampai nak musnahkan. Berketurunan dah orang tanam ... ambil perhatian dan jaga saja cukup la.
Setahu Kak G, tak mudah pun orang saja2 p dok main pokok atau daun keladi ni ... keladi mana pun memang gatai ... kalau tidak orang tak kata la 'miang keladi!' kan? Keladi yg biasa orang masak makan tu pun, tak kena cara buatnya - gatal! Tapi banyak orang tetap suka.

RAM said...

Salam perkenalan.
Nampaknya Datin menyahut baik cabaran yg sdra berikan ..saya ikut percaya dengan penerangan beliau!
Kekadang orang kita ni mmg suka buat gempar, menyuruh orang lain ikut terlatah.

LanaBulu said...

Kak G..sebenarnya teman nak bubuh link sekali tapi berokband ni kadang2 terhegeh2..hai...
kesian nengok...

LanaBulu said...

zue..
rasanya pokok ni bebudak tak berkenan laa kan..

LanaBulu said...

RAM...
kak G is my sister...

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media