Saturday, April 03, 2010

Hujan Lebat ~:~

Disuatu petang .. ketika pulang dari tempat kerja .. hujan turun dengan lebat.. Terlintas secara automatik.. hee.. mesti nanti jalan sedikit perlahan (jem) nih.. Masing2 pilot berhati2 memandu sebab jalan basah.. Hati ceria sbb nanti sampai rumah dapat 'ubat rindu'..
Al-kisah di persimpangan .. lampu trafik mogok lah pulak.. tak berfungsi..! Apa boleh buat.. ikut je lah arus utama menghala pulang..
Rupanya di sini teman rasa nak tergelak.. bertapa kita ni.. bila keadaan lagu ni.. memerlukan penunjuk arah (polis trafik) .. tak dak istilah bertolak ansur.. memberi laluan ..
masing2 menungkah arus.. ikut hala masing2.. hasilnya? Tersekatlah kat tengah2 simpang tu.. Hee..relax bro.. kome bukan ada urusan cemas pun cuma nak pulang jumpa intan payong je..
p/s- Berbudi bahasa di jalan raya tu budaya siapa? Negara maju?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

11 comments:

Che' Pit said...

kalau hujan, mesti jem teruk..
keluar gate opis je, dah start jem, huhu.. jauh tu nak meredah jem

TUKANG KATA said...

HAHA..

salam 1 Malaysia..

inilah namanya "PERPADUAN"

hahaha..

ninie's corner said...

ni la sikap kebanyakan manusia...selalu pentingkan diri sendiri & terlupa nak fikir ttg org sekeliling.....moga2 kite tak mcm tu................

rosnanie said...

salam

memang dh jadi kebiasaan bila traffic light x berfungsi, masa ni tiada siapa yang akan tunjukkan sikap tolak ansur dan kita yg sama2 gunakan jalan tu pn terpaksa tunjukkan ke'terror'an kita mencelah2.. hehehe....

shaniza said...

Salam..
Org kita sangat 'berbudi bahasa' bila pegang stereng. Tak mcm di Medan, walaupun sesak dan nampak kelam kabut tp masing2 boleh tolak ansur dan beri laluan tanpa maki hamun mcm org kita...mungkin sbb kita ni rakyat yg didahulukan kot?

Nida said...

Ubat Rindu.... nak tahu gak Pak Lan... maklumlah kita kat sini pun tengah merindu (kat mak ek.. bukan kat lelaki Moari..hahaha)

Jejaka Desa said...

Orang putih pernoh kabor orang Malaysia budi bahase paling tinggi dalam dunia.Tapi bile pegang stereng habis hancur belake.Budi bahase tinggal kat luor kerete.

mohdandmeriam said...

salam lan..itulah kalau masing2 hendak cepat n tak reti bertolak ansur..yg herannya dipandangnya kita semacam padahal laluan kita dah..yalah kereta depan dah jalan takkan tak boleh beri laluan pada yg belakang kan..

DDrfauziah said...

Aslmkm Lan.
Tu la yg selalu Kak G kata ... di Msia ni byk sgt indah kabar dr rupa, ckp tak serupa bikin ... budi bahasa jlnraya jauh merudum. Malu la nak ngaku tp itulah hakikatnya ... majoriti mmg sesuka hati & kepala angin pulak tu.
Mereka di Barat jauh berbudi bahasa tinggi di jlnraya ... hormat sesama pengguna, 'golden rule is always' siapa dulu pergi dulu & 99% semua akur ... Jika haprak tu mmg la yg sekerat dua 'hooligans' & org2 luar.

ALRIS said...

Salam kenal bang, saya ALRIS dari jakarta.

ch@ said...

hahaha inilah susahnya bila abgPolis xde yg jaga...smuanya ikut slera sendiri ;)

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media