Tuesday, March 30, 2010

HM yang ber emosi ~*

Masih baru lagi teman memperkatakan dalam N3 yg lepas ttg perasaan sayang & hormat terhadap cikgu..para pendidik! Hari ini teman tersentak dgn berita terhadap 22 murid lepasan SPM dari Yan, Kedah lagi... Nak tutup muka malu tapi nak buat lagu mana nasi sudah menjadi bubuq.. tambah perencah je lah jadikan bubuq lambok @ 'moi'.. Catatan sijil berhenti sekolah labelkan pelajar tak berdisiplin
YAN: Seramai 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, menghadapi masa depan yang gelap kerana dilabel sebagai murid tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah walaupun tidak melakukan kesalahan serius sepanjang tempoh persekolahan.
* - ? Sikap yg tidak rasional ditunjukan.. ibarat meludah kelangit !
- ? Apa yg dapat dgn tindakan sedemikian.. hati puas ?
- ? Memperlihatkan otak sapa yg lebih singkat..bebudak ke pengetua ?
- ? Emosi mempengaruhi tindakan.. Maybe pengetua pun bermasalah..
Semoga tulisan ini tidak mengguris hati cikgu2 yg mengajar di sekolah tersebut atau lain2 sekolah ataupun yg sedang bercuti makan angin ikut suami gi oversea..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

21 comments:

Anonymous said...

salam lan..makcik terkejut baca n3 lan ni..bagaimana perkara ni berlaku..dimana peranan pengetua n guru2 yg berkaitan..kenapakah dibenarkan perkara ni berlaku..dimanakah sikap rasional,prihatin n kebijaksanaan para guru yg mesti mendahulukan masa depan pelajar.. sebab tu guru2 tidak digalakkan menulis sederhana diruang berkenaan dlm sijil berhenti sekolah sebab ini adalah penting utk masa depan mereka..kesihan makcik pada pelajar2 n guru2 tersebut..

ch@ said...

macam balas dendeam je cikgu ni...kesian budak² skolah tu...ish! ish! cikgu sakit hati gaknya ;)

al-lavendari said...

mungkin niat pengetua tu nak beri peringatan (warning) kepada murid2 lain .. tapi apa-apa pun saya tak setuju cara itu !

Unknown said...

M&M..teman memang sesekali tak bersetuju dgn kaedah yg dilakukan..lihat apa hasilnya? belum lama pun benda ni dah masuk dalam paper..sapa yg malu..? itu kira bertuah ..kalau dipukul kat luar kawasan sekolah..atau dibuat kerja sial kat keluarga atau harta benda pengetua tu ..? lagu mana? kan zaman laa ni bebudak berani buat tindakan drastik je...?
API tak boleh dilawan dgn api..atau minyak!!!

Unknown said...

Ch@..nak balas dendam..? maybe!!! tapi ada dikalangan bebudak tu yg wwakil sekolah dan negeri lagi dalam kejohanan sukan...!!! Langsong tak tau menilai jasa orang ke..? mmg memalukan..lagu nak dapat kenaikan 'menegak'..? punah! system pendidikan.

Unknown said...

PakNgah..rasanya mejoriti tak bersetuju pasai?
Dikhabarkan masalah ni sebelumnya langsong tak dikhabarkan pada ibu bapa..!!! Kenalah ikut step yg betul...
Sekarang sapa yg tebal muka? itupun kalau ada perasaan laa..
Tindakan Jabatan pendidikan patut dipuji demi masa depan bebudak tu..tahniah!

ch@ said...

really PakLan? kesian budak2 tu...mmg la bebudak zmn skrg ni nakal2 tapi bak kata PakLan, dorang mungkin nakal tapi ada juga jasanya...isk! isk! membuat keputusan mengikut perasaan marah mungkin...

Unknown said...

ch@..bila dah jadi lagu ni..sapa yg dapat nama? sapa yg malu? kan senang kalau berbincang dulu sebelum buat apa2 tindakan.. maybe cikgu besaq tu lupa laa ni zaman siber..cikgu kentut dalam meeting pun boleh dengar sampai USA sana nun..
Kesian cikgu2 kat sekolah tu..mesti kena bambu percuma dgn kawan2 ..dan rakan taulan..

Anonymous said...

Aslmkm Lan.
Susah nak ckp! Sekarang ni kan mcm2 virus, gila & sawan.
Dedulu pun ada juga peristiwa lagu tu, ... tiada pembelaan lg. Ada kawan Kak G yg kena keja sendiri psl 'testimonial' dlm school leaving cert tu la ... kesian kat depa!

Unknown said...

Hmm..
Kak G..
Pengetua tu nak glamour kot..hee

terokai seni said...

saya on dapat c aje tang kelakuan.. maklum le budak nakal, ejas-ejas sikit bule ke b

Nida n' Hanafi said...

huk..huk..huk.. tersedak pulak diriku di sini, macam termakan cili pulak..hehe.

Oleh itu lantiklah saya sebagai HM, Insya Allah kebajikan pelajar2 akan terjamin (cewahhh, macam ayat politi ler..)

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Wah..ni dah kes berat. Pengetua tu patut rasional dlm tindakannya. Takkan dia tandatangan membuta tuli je tanpa lihat apa yg tercatat disijil pelajar. Untung la pelajar tu tak bertindak agresif, kalau tak ada rumah yg kena baling 'bom'..

Unknown said...

Cemomoi..teman dapat A+++ heee..

Kalau nak masuk calon Pengetua..maksu kena balik mai sini naa..
Kalau dok sana tu ..Pengetua utk ex-g/friends boleh laa..hee

Shaniza..teman baru nampak..ttg kemungkinan berlaku sabotaj terhadap HM tu..
tapi sekiranya benar..disabotaj..kena ambil tindakan nih..tak kan main sign saja..tanpa semak..kan..

kakzana said...

Sekolah suami saya pernah alami mcm ni tp bukan pd murid2, kena pd guru2 baru yg dtg mengajar disekolah dia. Rekod guru2 ditulis tidak berdisiplin, bermasalah, sdgkan guru2 tu bagus dan ada bukti bertulis guru yg cemerlang. Ni kes dengki n sakit hati sb guru tak ikut ckp dia. Nasib baik dpt selesaikan pihak jbtn pendidikan.
Psl murid2 tu, akak tak setuju juga. Tak patut marahkan nyamok kelambu dibakar....siapa yg malu?

Unknown said...

Manusia yg ada masalah akal ni sepatutnya tak boleh dok dalam institusi pendidikan...
Dia akan jadi spt ketam yg mengajar anak berjalan lurus...

Ain said...

kalau pengetua dah tak rasional dalam membuat keputusan, mcm mana la anak murid nak rasional dalam tindakan....

Alimaz-Kembara Terasing said...

pengetua dia dulu pernah dapat macam tu kot...kesian budak2

Unknown said...

Itulah Ain..kan
Laa ni satu dunia dah tahu..
Benda yg boleh bawak bincang..eloklah bawak2 bincang dulu..

Rasanya HM tu tersalah congaklah tu..kan Alimaz

rosnanie said...

salam en LB. Baru td kejap baca luahan hati ibu bapa dlm surat pembaca di dlm sebuah akhbar tempatan. Kasihan dgn pelajar2 tersebut. Memang sy sgt tidak bersetuju dgn tindakan tidak rasional (baca : tak cerdik) sekolah terbabit. Apa yg dia dapat dgn menggelapkan masa depan anak2 muda ni. Agaknya dia akan berpuashati kalau2 bilangan yg memasuki pusat serenti dn sebagainya bertambah dgn bilangan pelajar2 yg dia tlh malangkan tu

Unknown said...

Sijil berhenti bebudak sekolah tu boleh dibuat semula tapi malu kerana sikap tak bertamadun tu terpaksalah dibawa sampai kemati..
Terlajak perahu boleh diundur..itupun kalau bukan ditepi pinggir air terjun laa..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media