Tuesday, February 23, 2010

Telok Batik terkini..

Pada sebelah petang teman bertolak ke Telok Batik.. Fulamak! punyalah ramai penggunjung. Entah dari mana depa ni semua.. Kalau tak kerana anak2 mmg teman dah pusing balik ..
Mungkin teman jarang ke tepi pantai pada musim cuti2 utama.. Sebelum ni pernah jugak pi ke PD dan pantai timur sana nun.. tak de lah ramai lagu ni.. Nak dapat tempat parking pun kena tunggu penggunjung keluar (sbb datang pun dah ~6pm) Dalam ramai2 pengunjung memang terasa meriah .. Ramai yg datang dan pergi.. ramai yg mandi manda.. bermain2 ombak dan pasir.. Teringat lagu PRamli ke?.."di tepi pantai yg indah..~~~"
Memang indah..alam flora? cantik!.. sampah2 seperti kertas..plastik..kain/baju2 basah..bekas makanan dan minuman..dilonggokkan merata tempat.. malang ! kita hanya mahu menikmati keindahan tapi kita tak mahu bersama2 menjaga keindahannya..

19 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam Pak Lan selaku tuan rumah..

Inilah sikap dan budaya orang kita, suka buang sampah merata2 tempat. Tak faham teman, awat ler payah sangat nak jalan ke tong sampah tu, bukan kena bayar pun guna tong tu. Takde kesedaran sivik langsung. Teman marah ni....

Kalau di sini, rata2 park takde tong sampah.. tapi kenapa boleh bersih ye? pelik2.. kadang2 pihak penjaga taman tu siap bagi kita plastik sampah untuk kita buang sampah dan bawak balik sAMPAH tu ke rumah dan baru buang. Kalau nak tahu sini takleh buang sampah pakai sebarangan plastik, ada plastik khas,.. satu plastik utk 10L harganya $1.75.. tulah depa sayang nak wat sampah ni.. makin banyak sampah makin banyaklah duit kena kluar beli plastik tu..

Depa ni yg suka wat sampah dan buang merata2 ni tak tahu ke yg plastik tu tak boleh terbiodegradsi, tu ler yg kena kitar semula.. kesian kat generasi masa depan nanti, hidup dikelilingi dengan sampah..ish...ish..ish

Mak oiii.. berjela2 ler pulak.. sorilah Pak Lan, teman ni suka lepak sini tu yg dah buat macam blog sendiri pulak... Oklah teman nak balik dulu, jauh ni nak terbang..hehe

terokai seni said...

orang kita semua suka rumah sendiri cantik, tapi asal naik keta aje mula buang sampah merata... yang heran kalau sampah dah penuh kat kawasan tu dia pon bising, masa yang sama depa pon buang merata jugak... kalu tanya ada je alasan

zue said...

salam lanabulu,
sy tak pernah smpai di teluk batik dan negeri nya skali.

bila lah tu?

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Pantai cantik pun tapi kalau dah sampah banyak tentu mencemarkan pemandangan dan silap2 boleh mandi 'sampah.' Harap penguatkuasaan dpt dijalankan dengan lebih tegas dan sesiapa yg buang sampah merata2 ni patut kena kutip semua sampah yg ada..Depa ingat pekerja Majlis Perbandaran saja yg patut kutip sampah? Memang teruk masyarakat kita!

Unknown said...

Nida..cuba U peratikan ..orang kita bila depa pi oversea tu pandai pulak depa menjaga kebersihan kan..
Ada nampak ke member2 kat sana yg pengotor..? Payah kan...
p/s- bukan salah ibu mengandung...
p/s-kadang2 teman suka orang berleter ni sbb boleh teringatkan kakak sendiri.lagu tu lah..2x5..hee

Sikap tu pauah nak ubah cemomoi..ntahlah..dimana silap pendidikan kita..?

Unknown said...

Zue..Telok batik kat Lumut Perak sana nun...kena luangkan masa melawat tanah air sendiri..
InsyaAllah suatu hari nanti sampai juga..

Mak Su said...

dekat ngan teluk rubiah ek

Unknown said...

mana kita paham ada belajo terus le pratiskan dalam kehidupan... Dalam hal buat & buang sampah ni ada kena mengena iman, ilmu & amal lah kot. Kalau denye (dia) tu dah tahu dia buat sampah sendiri mau buanglah dalam tong sampah yg tersedia..Kalau tong dah penuh patutnya carilah tong lain. Eloknya bawak balik (masuk kereta) & buang di tempat lain. Jangan sebab tak ada tong sampah kita buang rata-rata. Kalau ada secebis iman dia patut tahulah akhlak Islam, buang-2 sampah merata-rata ni sapa suruh ni? malulah.

teman perati le setakat ada pegi tempat orang 2, 3 tempat, memang orang kita '2-class' dlm hal kebersihan ni...tapi bila orang kita (termasuk teman le) pegi sana, eh tahu pulak kita adjas ikut 'sunah'/sistem/budaya sana e.g. Singapore, Jepun, UK. Kita kena belajarlah. Tak salah & tak ada apa nak kita malu untuk belajar perbaiki keadaan dlm hal begini.

Murni Alfathunnisa said...

dah jadi tabiat, tak reti menghargai alam sekitar. pantang betul la dengan sikap orang yang tak ada kesedaran sivik..dah enjoy tu pandai2 la jaga. bertahun jugak tak ke telok batik...

Anonymous said...

Aslmkm.
Sorry la, Kak G ni baru dpt berkunjung balas.
Wah jeles la ... dah lama juga Kak G tak bersantai di pantai begitu. Anak Kak G dah dewasa, belum kahwin lg, jadi tak ada cucu juga ... :)
Tak salah Kak G baca ni, Lan ke sana bersama isteri pertama? ...

al-lavendari said...

dulu saya kerap bawa anak2 mandi disitu. abang ipar saya duduk di sana, kerja tldm. sekarang dah pencen.

lagu di tepi pantai yang indah tu bukan ke lagu a ramlee ?

I'm Seri said...

Salam Maulidur Rasul LB..

Saya tak pernah sampai lagi ke Teluk Batik. Best nya.

rosnanie said...

salam maulidurrasul En LB dan keluarga

tpt2 macam ni bawa anak2 memang best sebab skrg ni masa untuk mereka bergembira. Bila dh kawin dn beranak pinak ni, segan pulak nak berendam sama

hentian said...

Teluk Batik dahulunya dikenali sebagai Teluk Batak. Bagi tau je... Apa-apa pun, Salam taaruf...

Unknown said...

salam....kalau kt sabah ni, pukul 6 ptg dah nak masuk maghrib...
soal sampah ni, susah la kita nak ubah sikap melainkan kita mulakan dr rumah. anak akak (bukan nak puji) bawa sampah balik dr sekolah sb takde tong sampah kelas dia. penuh beg dia dgn smph, smpai dlm poket seluar. tp dirumah nak kena ingatkan, kalau tak...sepah juga. kena ada kesedaran dlm diri masing2 barulah sampah tak dibuang merata2...

Anonymous said...

Salam Maulidur Rasul :)

Unknown said...

Selamat menyambut Maulidul Rasul utk semua..TQ
Maksu..tak dekat juga tu..tak Lumut jugak laa..

Hanz..orang kita/malaysia ..belajar tu selalu tapi praktikal tu yg tak cukup..

Siti Murni..elok jugalah tu pi lagi sekali..maybe dapat ingatkan pada nostalgia lama U kat sana dulu tu..hee

Kak G..mmg isteri pertama pun..itulah hakikat syariat yg dibenarkan..pun begitu masih ada 3 lagi kekosongan..hee

Al-lavendari..agaknya teman pernah dengar PRamli nyanyi kot...tapi tak tau lah pulak lagu siapa penyanyi asalnya..
okaylah tu ada Ramli jugak..

Iris..nanti ikut teman for next trip ..amacam? ajak family sekali..

Rosnanie..apa lak segannya..pi lah merendam sekali dgn depa tu..
p/s-kena cari lokasi yg sesuailah..nanti segala bentuk timbul..syariat nak kena jaga..

Tak sangka pulak dulunya teluk batak.. TQ kerana maklumat ..salam berkenalan..

Zana..mmg depa main sampai menghampiri magrib pun..tapi dah pesan agar pasang niat nanti buat jamak takhir..kat umah adik..perjalanan musafirlah katakan..

Nurul Izza said...

maksu,

byk benor smph.kalau kt sini..ssh nak jumpa sampah merata2..sangat berdisiplin.sikap org sini beza dgn msia.bukan nk bnding cuma nk cite.

p.s: cantik pula pandati..lama xmandi pantai

Unknown said...

Nurul izza..kome sekeluarga dok mandi salji je lah..hee
Orang kita banyak suka ikut arus..
kan,,..?
Orang buang sampah..yg lain pun campak je suka2 ati...
payah..lagu ni..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media