Wednesday, January 13, 2010

Pukau @ terpukau..

E-mail diterima berbunyi begini..(ada bunyi..)
AWAS GENG CURI CARA PUKAU DI KLCC

Sekadar untuk menasihati semua pelawat ke KLCC. Seorang jiran perempuan telah kehilangan beg berisi sebuah kamera mahal dan tas tangan yang mengandunggi wang yang agak banyak, MyKad, lesen memandu dan kad kreditnya sedang dia minum dengan seorang kawan di salah sebuah kedai makan berhadapan kolam air pancut di KLCC.

Yang menghairankan, kejadian ini berlaku disiang hari. Dia meletakan beg tersebut di atas pehanya kerana mereka duduk di meja bulat kecil khas untuk dua orang pelanggan. Apabila nak beredar baru dia sedar yang begnya sudah tiada. Dia tidak menyedari langsung bila begnya "hilang". Teman yang duduk berhadapan dengannya pun tidak nampak sesiapa pun yang menghampiri mereka.

Apabila jiran saya melaporkan kecurian ini kepada pihak keselamatan KLCC, kakitangan yang menjaga kamera litar bertutup (CCTV) mengatakan rakaman menunjukkan ada satu "bayang hitam" yang menghampiri jiran saya semasa dia sedang minum. Kakitangan ini juga memberitahu sudah beberapa kali kejadian seperti ini berlaku dan dipercayai oleh warga asing dari negara Arab dengan cara "pukau".

Berhati-hatilah apabila ke KLCC.

p/s - anda percaya?...anda @ sedara @ rakan sudah pernah terkena sedemikian..? Anyway...itulah sebahagian dari warna2 kehidupan gamaknya..
Ada makhluk yg bersusah payah mencari rezeki namun ada sebahagian kecil pula senang2 je.."songlap" jerih-perit orang lain..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

13 comments:

Mamai said...

tak nak pie KLCC sebab sesak

azieazah said...

Memang sungguh terkutuk mengambil hak orang lain dgn cara begitu...

terokai seni said...

makhluk itam ke budak itam... memang pukau tengah berleluasa la ni pasal anak jiran pnah abih rm7 ribu dikejakan dek diorang ni... perbanyakkan le baca ayat 3 dul semoga Allah melindungi kita semua

al-lavendari said...

saya percaya .. sebab pernah terkena, tapi bukan di KLCC. Modus operandinya seakan sama!

Kakcik Seroja said...

kalau namanya hak orang, ambil dengtan cara apa pun memang terkutuk kalau tanpa izin, kan Azie?

Walaupun saban hari melalui KLCC, tidak pulak (setakat ini) kakcik teragak untuk singgah. Tapi, kejadian begitu boleh berlaku di mana-mana saja. :(

I'm Seri said...

Waduh LB, saya pernah terkena kes sebegini tapi lokasi kejadian di sekitar Pasar Seni 2 tahun yang lalu.

Saya serik.

ch@ said...

btl la kan? dengki sungguh org berkenaan...tak baik dapat rezeki dr titik peluh org lain :) erm...

Nida n' Hanafi said...

Ish..ish..ish.. takde kerja lain ke depa tu, mencuri dah satu dosa.. ni buat black magic pulak.. dah tambah satu dosa..

Zura Tahir said...

lawalah burung tue...

kena sentiase ingat Allah brlah di hindarkan dr pukau...insyaallah

rosnanie said...

kejadian pukau ni bukan perkara baru, rasanya dh ada dr dulu2 lagi. Mungkin kpd sesiapa yang tahu bolh berkongsi maklumat, kaedah untuk elakkan kena pukau. Paling baik kalau ada doa2 tertentu,
wallahualam

Unknown said...

Kalau boleh elok juga Al-lavendari & IRIS & cemomoi beri n3 ttg pengalaman ni..dapat juga kita kongsi2 idea..

Mamai..teman lebih gemar ke tepi pantai dari kawasan2 lagu tu..

MMglah terkutuk tapi nak wat lagu mana?..aziezah

Rasanya kalau tak de hal2 penting tak yah lah singgah kakcik kan..

Ch@..depa tak dengki tapi tak de perasaan kesian kat orang..

Nida..Depa tu mmg dah fuul time koje tu..dosa pahala takdak dalam kamus kehidupan mereka..yg ptg 'pulus wal lulus'

Betul kata Zura..

Rosnanie..rasanya elok diamalkan "Al-Ma'thurat" susunan imam Hassan Al-Bana tu..

Nurul Izza said...

hihi..lucu tp benar kan.skg ni orang arab ke org apa ke sama je.kt sini lgla org arab suka ati nk beli makanan xhalal.katanya kalau duk negara diorg xleh, kalau keluar negara boleh makan.mana dpt hadis entah. walaupun byk makanan halal zabiha, tetap g beli mknan biasa.

makan kt klcc? makan kt umah jela.xyah duk sana.kalau g dgn hubby pon, biasa xbw beg.bw beg pon duit xsmpi 10 hengget

Unknown said...

NurulIzza..itulah juga yg terjadi gamaknya kpd peragawati k/terbang tu..dalam kapal terbang buka..bila turun kenegara arab tutup habih..hee
Masalah..pasai banyak pakai hukum akai...
p/s- teman nampak Iman tu bertambah montel je..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media