Monday, January 18, 2010

Jin makan ASAP

Kalau tak kerana dik hujan dan angin yg betiub mau rasanya boleh menjadi 'batas ban' ..
Boleh juga dibina menjadi 'bumper' jalan..
Mahu juga menjadi bukit dik kerana 'berdikit-dikit'..
Sapa lagi ? kalau tak siperokok yg berkenderaan..
Senang2 je campak lepas 'perasap badan'.. (terutama di persimpangan traffic light)
Rasanya masalah 'perokok' ni berlaku di seluruh dunia..
Wahai mereka yg berada di bumi negara maju.. @
Pernah ke negara maju.. (samada makan angin atau makan asap..)
Adakah fenomena seperti ini juga di sana (2x5)..? @ lagi teruk?

p/s- Rumah sendiri nak bersih tapi persekitaran..
gheja orang majlis perbandaran? Ada ka patut lagu ni?

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

32 comments:

anak muallaf said...

Salam LB,
Ngeri tengok puntung rokok sebanyak tu..belum tengok asapnya lagi..

IRIS said...

Aiyak, banyak nya si pemakan asap. Dah lah makan asap, tak menjaga kebersihan sungguh.

ch@ said...

serius tak patut...
sepatutnya jaga alam sekitar...

*puas kerah mr.abi benti merokok.

a kl citizen said...

masalah yang tak pernah habis

al-lavendari said...

saya tak kisah orang nak hisap rokok, hisaplah. itu pilihan sendiri w'pun ada fatwa mengaharamkannya tapi jgnlah mencemarkan alam sekitaR. hormatilah HAK orang yang tidak merokok.
saya setuju dengan pandangan awak.

shaniza said...

Salam..
Banyak betul keturunan jin yg makan asap ni..pengotor pulak tu.
Nasib baik hubby tak hisap rokok.

LanaBulu said...

AM..makin hari makin bertambah bukannya berkurang..

IRIS..lagu mana nak selesaikan masalah ni ye..?

Ch@..tahniah sbb Mr Abi dah berhenti merokok..

AKL..mmg payah kan kak..

cemomoi said...

tau dah jin makan asap, tapi tak perasan la pulak spesis makan asap yang ni termasuk dalam kaum jin jugak... sibbaik tak join depa

ch@ said...

opss! benti merokok time dpn istri n anak je PakLan...

LanaBulu said...

Sabar lah ch@..nanti hubby akan renti juga merokoknya tu..bahayakan kesihatan

Tahniah cemomoi sbb kome tak merokok..

Begitu juga shanieza..amankan tanpa asap tu..

Begitulah al-lavendari..fatwa pun sekadar beritahu dan berlalu begitu sahaja..walhal ulamak itu adalah pewaris nabi..besar kesannya buat mereka yg berfikir..

azieazah said...

Memang tak berkesudahan bab “bakar kemeyan” nih..

secangkir madu merah said...

walau diletak gambar yg mengerikan kat kotak rokok pon masih galak yg menghisapnya...
dahlah asapnya mencemar alam..putung2 rokok dibuang sesuka hati..sakit mata memandang...
apa nak dibuat dgn perokok tegar ni?

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

diorang tak sayang nyawa.....

Nida said...

kat sini takde lak nampak cenggitu.. agaknya orang2 Moari tak hisap rokok pun.. kalau hisap pun takde ler buang bersepah2 kat atas jalan

LanaBulu said...

Mmg payah kes ini Azieazah..kan..bila depa nak stop? bila tiba siang hari bulan posa..boleh pulak tu..kan..saja depa ni..mau dgn tak mau saja..

Secangkir madu merah..stop tanam tembakau lah gamaknya..

Sayang bukan tak sayang tapi depa tertipu dgn diri sendiri..kan Yanie

Cuba maksu pandang2..kat NZ tu lagu mana puak2 yg smoking ni...depa main campak atau ada tertib lendik hisap asap ni..manalah tau boleh dibuat N3 yg bermanfaat buat rakyat malaysia..saudara kome le..heee

Ain said...

bila la perokok ni sume nak insap....

Nida said...

Pak Lan... puak2 sini, kalau nak hisap rokok mereka akan keluar dari rumah.. mereka tak hisap dalam rumah.. malah sistem sewa rumah kat sini pun tak kasi merokok dalam rumah tu.. kena keluar klu nak sedut asap yg beracun tu

DDrfauziah said...

Aslmkm Lana.
Ehh, dah masuk waktu Maghrib .. tp nak komen gak .. kejap jer le ..
Sepanjang Kak G merantau ke negri orang & melancung, org Msia antara yg paling tak makan saman .. sesuka hati hisap rokok & buang sampah di mana2 sbb Msia ni amat indah di atas kertas, tp teruk dlm perlaksanaan .. bapa2 menteri & YBs pun hisap rokok merata2 gak .. ada gak menteri tu selalu sepah2 suratkhabar di dlm 'flight' & amat tak sopan di 'Golden Lounge.' Pendeknya, sikap & nilai tak sihat terlalu tebal dr penggubal dasar ke pelaksana polisi!!

Mybabah said...

Salam LB. Terasa macam saya yang disindir. Saya perokok (tidak tegar). Kadang-kadang adalah sedikit sikap "kurang ajar" campak puntung ikut tingkap kereta. Apa-apapun, sebagai perokok yang baik, saya akur kalau orang kutuk saya. Anak-anak kutuk pun saya tak marah. Di rumah selalu meminggir diri...

Masyitah said...

Salam En LB
sian orang bandaran kalau puntung sebegitu pun diorang yang nak kutip.

LanaBulu said...

Ain..yg pastinya depa stop masa tidoq...itupun silap2 mimpi hisap jugak..hee

Nida..budaya bersih depa tu ada..serta sayangkan mangsa lain yg tak menghisap...ntah bilah lah kita akan jadi sekurang2nya lagu depa tu...

kak G..sebab tu rokok kat malaysia ni sekadar dnaikkan harga saja..pasai apa? awat? tak boleh stop kah? nak stop lagu mana..Penggubal dan Pelaksana undang2 tu perokok tegar!!! Naik harga sekadar bayangan ..drama..why? depa terlebih dari mampu sekadar nak beli harga yg tertera tu..

LanaBulu said...

Kak masyitah..
Sebenarnya ramai orang akan komplen terhadap sebarang masalah yg dilihat di kawasan2 bandaran..terutamanya 'kebersihan'..Apa tidaknya ..masa dan kudrat yg ada digunakan utk membersihkan benda yg tak sepatutnya seperti puntung rokok tu..kan lebih baik sekiranya masa itu digunakan utk membersihkan perkara2 lain yg lebih munasabah serta berfaedah utk orang ramai..

LanaBulu said...

MyBabah..
Terlebih dahulu maaf dipinta..
Coretan ini adalah demi kebaikan..
Perpatah berbunyi sayangkan anak ditangan2kan..(masih relevant?)
Babah tentu ingat ttg bertapa tegasnya Sultan Salahuddin Aa-ayubi semasa berperang/berjihad.. Bala tenteranya yg tidak bangun tahajud malam..out! Begitu juga dgn yg tak bersugi...juga out!
Kenapa? Itulah hikmah yg mereka nampak tapi orang awam ni tak nampak (maybe malas berfikir)..
Babah..
Kadang2 kemenangan ini sudah hampir tapi ditangguhkan kerana masih ada dan ramaipun dari ahli jemaah yg masih mengalas benda2 MAKRUH (Fatwa majlis Fatwa Kebangsaan - 1985 mengistiharkan HARAM) DAN APATAH LAGI YG HARAM..lagilah menjadi hijab antara kita dgn yg Maha Esa..
Babah..dalam diam rupanya isteri dan anak2 mendoakan agar suami dan abah mereka stop terus dari menyedut asap dari daun tembakau kering lagi beracun dan berTAR yg dibakar itu..sbb mereka sayang kan babah kan..
Sepatutnya babah WAJIB mengasihi badan terutamanya organ dalaman yg diberi walau pun PERCUMA tapi nanti akan dipersoalkan oleh yg MAHA ESA..kemanakan ianya dipergunakan....
Lastly..dah nak renti dah dari membebel..maaf ye babah..As salam..

LanaBulu said...
This comment has been removed by the author.
zedmagel said...

Salam sahabatku Lanabulu,

Memang tak patut mereka bersikap begitu. Pengotor dan kurang sivik. Maaf kepada perokok yang tak terlibat dalam kes ini.

siti murni ishak said...

Salam,

saya pernah tegur kategori org macam ni. bila ditegur dia jawab.."eh, saya bayar assessment kt majlis, ikut suka saya la..."
mentaliti mcm ni mmg susah nak ubah. tak ada kesedaran sivik.

harto said...

Merokok merusak kesehatan & lingkungan, rokok mengandung banyak bahan2 kimia yang mematikan di dalamnya.... Alhamdulillah aku bukan si perokok.

LanaBulu said...

Zedmagel, siti murni dan horto..
Moga sahabat2 kita..keluarga kita..yg merokok akan segera sedar dan merubah utk tinggalkan kerja sedut yg sia2 nih..Mereka harus berkorban utk diri sendiri dan juga kemaslahatan orang lain samada tak dikenali atau yg disayangi..
p/s - jumlah perokok seluruh dunia lebih mempercepatkan terhakisnya lapisan ozon berbandingkan dgn letupan bom atom...Benar?

Mawar_berduri said...

rokok naik harga pun tetap ramai yang tak heran ...huhu

LanaBulu said...

Mawar..Teman ada rahsia kome nak tahu..?
Rahsianya adalah..pssss..
Suami (yg perasap ni laa) bila hujan... rela lihat isteri basah lagi dari batang rokok tu basah...hee maaf sahabat2 yg berasap yee..

rosnanie said...

Salam
dengar berita, kerajaan mungkin nak naikkan harga rokok sampai kepada RM50, kalau betul, teman ler yang paling suka... harap2 en suami kita berenti la merokok.. tak nak nanti anak ikut jejak langkah wpn skrg ni dia antara yg paling kuat menyindir bila ayahnya merokok

LanaBulu said...

Rosnanie..teman mmg sokong biar naikkan sampai berapa pun..
tapi kalau asyik dok naik je..last2 harga rokok lebih mahal dari harga candu dan ganja lagu man jadinya nanti...??heee

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media