Saturday, January 23, 2010

Hajat..

Tiap yg hidup mesti merasai MATI..
Mau tak mau mesti akan kecapi "sakratul-maut".. (thinking about our turn)
Salam takziah buat rakyat negeri Johor diatas pemergian Sultan yg mereka kasihi..
Moga rohnya dicucuri Rahmat.
Sultan yg menduduki tahta..
meninggalkan kenangan pahit manis buat rakyat..
serta harapan yg jelas masih belum tercapai..
Yang manis dikenang sampai bila..dipanjangkan doa utk rohnya..
Yg pahit ..bersabarlah dan lapangkan hati berilah kemaafan sesama saudara seAgama..
Besar ganjaran pahala disisi Allah swt..
Patik mengucapkan Selamat Menaiki Tahta..
"Dirgahayu" buat Tuanku Sultan yg baru.. menerajui Johor Darul Takzim dgn lebih cemerlang, terbilang dan diRedhaiNya.
Gelombang baru tentunya akan dilihat dapat meneruskan harapan Allahyarham ayahanda Tuanku agar mengambil kembali 'Pulau Batu Putih' (walaupun atas kertas adalah MUSTAHIL)..
Setidak-tidaknya dapat mengekalkan aset negari/negara agar "pisang tak berbuah dua kali" lagi (perlu dipantau ttg Pulau Pisang)..
Tangan2 pengkhianat perlu ditangani dgn bijak sbb mereka ini ibarat munafik..melaungkan semangat kebangsaan tapi tangan2 inlah yg menggadai harta negara demi kemewahan yg sementara. Semoga rakyat Johor bertambah sejahtera dibawah pemerintahan Sultan yg baru.

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

15 comments:

IRIS said...

Al-fatihah.

Selamat bersantai di hujung minggu LB.

LanaBulu said...

Ya..IRIS..TQ
nanti mmg nak bersantai pun..tapi ada agenda spt padang permainan..bank dan shoping komplek..

al-lavendari said...

pulau batu putih mata ! sekarang tanah air (dalam bentuk pasir) pulak nak di jual.

miloicekaw1119 said...

alfatihah...

pulau pisang dekat pontian...

LanaBulu said...

Biasa2nya dah terantuk baru nak tengadah tapi kini dah terantuk pun masih tak tengadah lagi..tak kan nak tunggu sampai terlentang baru nak nampak bahana tu..kan al-lavendari..?

MIK1119..cuba pi jenguk berapa kerat rakyat Johor yg boleh nginjak kaki ke pulau tu? BOLEH betulkan kesilapan fakta teman.

shaniza said...

To LB..
Takziah buat rakyat negeri Johor atas kemangkatan...al-Fatihah.

Kita dh berputih mata dengan Pulau Batu Putih, semoga mata kita tak diputihkan lagi dari hasil 'kerja' VVIP berkolar putih...

Nida said...

Al-Fatihah buat almarhum baginda. Terasa sedih atas pemergian sultan tercinta..

Semoga Batu Putih menjadi hak Malaysia suatu hari nanti, tempat nelayan2 dikampungku mencari lubuk rezeki dikawasan itu..

rosnanie said...

Alfatihah untuk almarhum

anakmuaallaf said...

Salam,
Alfatihah..Dan kita harabkan "hajat" ini akan ada kelangsungan..

azieazah said...

Takziah buat seluruh warga Johor...

LanaBulu said...

TQ buat semua rakan taulan maya..
Semoga roh baginda dirahmati ..begitu jugalah dgn keluarga kita dan semua muslimin yg telah mendahului kita berpindah kealam lain yg juga sementara tapi dah tak de dah istilah nak tipu menipu spt kat atas dunia fana nih..
p/s- Beruntunglah buat sesiapa yg dapat ambil iktibar diatas orang yg disayangi ..yg telah pergi dulu..

DDrfauziah said...

Hi & salam Lana.
Berselang hari baru ni boleh mai ..
2 hari lps komputer Kak G asyik 'flash alerts' & terus tutup sendiri kerana serangan virus & jelas kena hack jugak .. nasib baik sistem yg di pasang dulu efektif .. Alhamdulillah, tak le hancur data .. Macam2!
Bacaan Al Fatihah tu paling minima sbg kewajipan terhadap sesama Islam je. Tp hati nurani mesti murni & kita sendiri juga mesti amalkan segalanya dgn terbaik sesuai saranan Wahyu sbg saham akhirat utk kebahagian yg kekal abadi.

LanaBulu said...

Tima kasih kak G..
Saranan yg baik dan kena terima tu..

zedmagel said...

Salam Saudaraku Lanabulu,

Terima kasih atas simpati anda buat kami semua rakyat Johor.

LanaBulu said...

Kita bersaudara zedmagel..!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media