Monday, November 02, 2009

Terimalah Lamaranku..

Masih baru sangat ibu kita pergi menemuiNya.. Ibumu yg memudahkan ibuku serta abang iparku 'menziarah' dalam usaha merisik seorang puteri diantara 'belasan' anaknya. Seorang gadis sunti yg menjadi pilihan kakak2ku dan abang2ku. Sebagai calon adik ipar mereka. Hati ini berserah 'total' kepada budi bicara mereka. Hitam atau putih kata mereka ku akur tanpa bantah. Mereka lebih 'arif dalam mancari pasangan yg paling secocok utk adik mereka. Juga terima kasih kepada abangmu (Bang cik Jamil) yg memudahkan urusan perjalanan kearah mendirikan masjid. Bertapa jauh perjalananmu dari Kg Sempadan, Pahang untuk balik ke Kedah dan buat pertama kalinya aku memandang (sekilas lalu sahaja) wajahmu... Malu kononn.. Kala itu hati mendesak untuk bertanya khabar tapi kehadiran bersama ibuku dan abang2 mu dalam majlis 'ziarah' itu membantutkan naluri kelakian.. Hhmm.
Kini setelah lamaran diterima dan kita di'sah'kan menjadi pasangan pada tanggal 2 November. Sekali lagi ucapan terima kasih-sayang kerana menerima 'lamaran' itu suatu masa dulu. Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan kita. Semoga kasih sayang yg disemai selama ini tetap bersama KeredhaanNya. Berbahagia di dunia dan apatah lagi-lah di akhirat sana.

11 comments:

Nida n' Hanafi said...

Tahniah atas ulang tahun perkahwinan, takziah atas pemergian yang tidak akan kembali... Inilah warna2 kehidupan..ada suka ada duka.. Semoga kita tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran..Insya Allah

al-lavendari said...

tahniah juga dari saya atas ulangtahun perkahwinan. semoga istana yang dibina kekal hendaknya sampai ke akhir hayat.

anakmuaallaf said...

Alhamdulillah ..Tahniah dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Ikhlas dari Anakmuallaf dan family

C L J said...

Tahniah dan selamat menyambut ulangtahun penyatuan.

Kreativiti begini membuktikan paras nelai kasih sayang yang tinggi.

Semuga ia kekal dan berterusan semarak berkembang.

Kakcik Seroja said...

Tahniah.. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan.. semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat. Amin.

terokai seni said...

bukan takat tahniah je, kena kongsi pengalaman 'bercinta selepas kahwin' supaya jadi panduan orang zaman la ni yg dok habaq kena bercinta dulu baghu bule nikah

NURA said...

salam sobat
selamat ULTAH PERKAWINANNYA ya,,,
semoga langgeng perkawinannya sampai maut memisahkan,,,amiinn,,

rosnanie said...

selamat ulang tahun perkahwinan, semoga terus kekal hingga ke akhir hayat dan semoga terus mewangi hingga akhirnya.

salam takziah atas pemergian. Insya Allah kita bakal menyusul... harapannya-cukup bekalan kita

Unknown said...

Teima kasih semua diatas doa teman2 tu..InsyaAllah kasih tak kan padam selagi hayat dikandung badan..
Semakin lama bersama..semakin terasa rindu pulak..bila berjauhan..hhmm

:: hayati :: said...

emm teringt kenangn dulu rupeny.. patut lerr awal2 citer da mcm terdpt kepelikn...heheh

taniah ler yer...semoga kekal bahagia hingga ke syurga...aminnn...

Unknown said...

Itulah hikmahnya bercinta selepas kahwin...
Perkahwinan satu keluarga...
TQ hayati yg mendoakan kebahagian kita semua..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media