Thursday, November 05, 2009

Ibu...maafkan anakanda! ! !

Berilah yang terbaik buat ibu/mak kita sementara ia masih hidup
-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan: -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada........ ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
p/s- teman simpan email ini buat diri yg selalu alpa...

16 comments:

terokai seni said...

tolong panjangkan pesan orang aje... seorang ibu bole jaga sepuluh anak... sepuluh anak belum tentu bole jaga seorang ibu... emm balik kampung pasal ada emak dan ayah.

tinta kasturi said...

walau dibaca berulang kali,
jiwa tetap menangisi,
lantaran hisab diri yg belum benar2 berbakti..

terima kasih kerana mengingatkan

anakmuaallaf said...

terima kasih kerana menyedarkan..terkedu seketika..dah lama tak contact mak..insyaallah kena balik kedah jumpa mak...

Unknown said...

cemomoi..adakah lumrah lagu tu terhadap ibu dan bapa..? lagu mana dgn kita nanti? moga kita tergolong dlm mereka yg berbakti pada ibubapa..

Unknown said...

tintakasturi & anakmuallaf ..memang teman sendiri terasa tak terbayar bakti terhadap mereka..Ya Allah ampunkan mereka dan ampunkan dosa2 kami..

NURA said...

salam sobat.
kita semua harus menghormati ibu dan menyayangi dengan kasih sepenuh hati..karena ibu telah mengorbankan nyawanya demi kita lahir di dunia.

setiap waktu berdoa untuk ibu,,
setiap saat mohon maaf pada ibu atas kesalahan kita anaknda.

Nida n' Hanafi said...

Salam

Berlinang airmata ini membaca tulisanmu...

Terlalu kecil pengorbananku buatmu ibu, tidak terbalas budi yang taburkan buatku.... Ku rindu dirimu wahai ibu tercinta.

p/s:Terima kasih kerana saling ingat mengingati hakikat tanggungjawab seorang anak kepada ibunya.

siti ajar bt yaakob said...

Saya pun dapat emel ni sempena Hari ibu...memang betul la terkena batang hidung...mak saya baru ni baru je buat rawatan kanser...saya ambil cuti separuh gaji untuk temankan bonda saya...kini bonda makin sembuh....

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, Kalau kita berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa kita insyaAllah anak2 akan berbuat baik kepada kita pula..

Unknown said...

Nura..Nida..dan Cikgu CT..
Memang tak terbalas mengenangkan jasa ibu kita..namun kedangkalan ilmu menjadkan kita terlalai ari tanggung-jawab yg sepatutnya kita laksanakan..
Tahniah buat cikgu yg bertanggung jawab menjaga ibu tempoh hari..bertuah anak mak..Tentu terasa terubat bila ibu memandang dgn sikap anak yg spt cikgu..Alhamdulillah.

rosnanie said...

LB, saya pun simpan email ni, dah lama dapat tapi tak sampai hati nak delete, tiap kali baca mesti air mata bergenang. Mak dan ayah masih ada, insya Allah selagi ingatan belum diambil oleh Allah selagi tu akan tetap kenang jasa mereka, balasan seorang anak kepada kedua ibu bapanya samaada melalui doa, kiriman wang, panggilan telefon, balik kampung atau apa sahaja yang termampu diberikan. Itu pun masih terasa jauhnya beza antara jasa ibu ayah dengan kita.

LB, email tu jgk simpan untuk anak2

Unknown said...

Rosnanie; yg baik tu biarlah kita simpan beserta gubahan yg sesuai utk kemudahan dan tatapan bacaan sahabat saudara maupun anak cucu dimasa akan datang selagi 'system' masih terpakai di alam-maya.

ummu said...

Begitulah kehidupan ini...
semoga kita tak lupa ibubapa kita walau di mana mereka berada

Unknown said...

Begitulah hendaknya um. masyitah..
TQ

Anonymous said...

alhamdulillah...
masa tidak boleh diulang kembali..
keadaan tidak blh diulang kembali ..
renungikan..
begitukan manusia...
emak blh menjaga anak yang ramai tetapi anak mase kini hanye mementingkan kepentingan keluarga masing2...
cukuplah ape pengalaman kita lihat..
usah dikenang..
ape yang terjadi mengikut pengalaman...
bila ibu ade di dunia tidak diperdulukan tetapi bila sudah tiada harta yang menjadi rebutan..
beginikah anak zaman sekarang..
hanya mementingkan meterilistik semata2..
renungilah.
tidak kusangka boleh jadi mcm itu dalam family kita..
wallahullah a'lam.

Unknown said...

itulah sedikit cubaan dunia Ustazah Izzatunisak..
Biarkan mereka.. jgn kita terpengaruh dgn yg sedikit dan sementara tu..tak kemana pun..
biarlah mereka..
hidup adalah jambatan akhirat..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media