Monday, October 05, 2009

Bunga Telipok

Dipagi raya ke5, teman meneruskan program ziarah 'eidul fitri ke rumah saudara di sebelah Jitra & Alor Setar. Sampai di kawasan sekolah di pinggiran jalan ternampak 'pokok telipok' memenuhi parit depan sekolah tersebut. Bunga berkembang mekar dipagi hari. Cantik sekali. Warna merah/pink memenuhi ruang. Semua anak2 dan isteri terpegun dgn kecantikkan bunga tersebut. Jarang dapat dilihat suasana begitu dimana-mana kolam/tasek jagaan maupun kepunyaan MPT. So,? tak palah; teman told them nanti 'on the way balik' kita ambil gambar bunga telipok yg cantik mengembang tu.
Rupa-rupanya bunga ni mengembang dipagi hari sahaja dan bila petang (maybe lepas zohor) bunganya mengucup kembali..Melepas !!! sayang sungguh.

Lihat bertapa banyak bunga2 telipok yg timbul tapi tak mengembang sebab hari dah petang...

Cantik dgn suasana persekitaran Sekolah Menengah Megat Dewa.Tahniah kpd pihak sekolah yg mencantikan persekitaran dgn perhisan keaslian pokok telipok.
P/s - Kerja bertangguh memang tak menjadi. Peluang bukan selalunya datang.

7 comments:

AbcdeFtyyhahh; said...

salam
subhannalllah!

canteknye.
lps zuhur dye solat kot. he :)

al-lavendari said...

bunga telipok itu sama ke dengan bunga teratai atau kiambang? cantiknya ... tentu banyak ikan tumpang berteduh.

Unknown said...

Ftyyhahh:
Rasanya elok juga utk kita perhatikan samada; adakah benar2 ia kuncup pada waktu zohorkan!!! Idea yg baik tu..hhmmm
Al-lavendari :
Tak sat teman check kat goggle search - mmg benar ia juga dikenali sebagai bunga teratai atau kiambang..TQ

Kakcik Seroja said...

kakcik ingat telipok dengan teratai juga kiambang adalah dari spesis yang berbeza...

Unknown said...

kakCik : Teman dari kecik kenal pokok ni sebagai pokok telipok..
Siap boleh buat sayur/gulai lemak lagi.. hhmm masih terasa sedapnya ..nostalgia tu kat sini kalau nak merasai lah.. http://mmyazan.blogspot.com/2009/06/batang-telipok.html (makanan kehidupan orang2 susah tidak seperti sekarang..)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
zedmagel said...

Woooo... kisahnya...bunga telipok kembang pagi. Bukankah telipok itu bunga teratai merah.

Memang sangat indah waktu berkembangnya. Sayang tidak melihat gambar semasa berkembang, lain kali amik waktu pagi.

He..he...

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media