Monday, November 01, 2010

Batok dan batuk

Sudah 3 minggu teman sangat keberatan dan rasa begitu saghat utk melihat blog sendiri dan apatah lagi nak menjengok ke blog2 kawang2..(ampon maaf buat semua..)
Makan kureng selera..akibat batok yg bertali arus.. terutamanya pada waktu malam..
Jumpa Dr pun..ubat nya lebih kureng sama je..fuuhh..
maaf rakan taulan semua kerana teman benar2 tidak berkesempatan utk menziarahi kalian semua...
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

14 comments:

al-lavendari said...

patutlah dah lama tak nampak kelibat .. semoga segera sembuh seperti sebelum ini !

LiNda said...

Jaga kesihatan ok..

azieazah said...

Cuba amalkan makan madu plak. Mana lah tahu ada kesan...

Semoga segera sembuh. Batuk ni memang mengganggu.

cha said...

cuba limau kasturi dengan kicap PakLan. (petua orang indonesia ;))

kita doakan PakLan sembuh cepat.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Semoga segera sembuh.

Insan Marhaen said...

mak IM dulu bagi minum air asam dicampur gula batu...

Ain said...

kesiannya....

apakata cuba minyak aromatherapy plus...

boleh tengok kat blogsale ain...

http://sarahscollection.blogspot.com/

moga cepat sembuh ya..

mohdandmeriam said...

salam lan..patutlah lama tak nampak..cuba minum madu yg dibubuh asam limau nipis..cuba mana tau mujarab..makcik harap lan cepat sembuh..

Mohamad said...

Salam,
Semoga cepat sembuh.. kalau batuk berterusan perlu dirujuk segera dengan doktor... tetapi kalau batok tak perlulah.. kerana jika ada kemahiran membuat "batok" untung dapat lah dijual. Bertambah le pendapatan..

Batuk penyakit, batok ialah satu alat penceduk air yang dibuat dari tempurung kelapa.

Walau apa pun pergilah jumpa doktor ambil ubat untuk mengurangkan batuk, jangan sekadar melepaskan batok ditangga.. bahaya.

ana said...

semoga cepat sembuh...

cemomoi said...

moga cepat sembuh, minum air asam jawa supaya suara menten gemersik time batuk tu

siti murni said...

sama la saya pun. nak blog pun rasa tak semangat..hilang 'meriah'..

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Lan pun tak sihat? Terimalah dengan redha sebagai rahmat kerana dugaan sakit/penyakit adalah penghapus dosa2 kecil.
Kak G kalau batuk teruk sangat baru cari buah kembang semangkuk & diembunkan semalaman. Lece tapi kira mujarab la.

Lana~Bulu said...

Terima kasih bebanyak kepada rakan taulan yg mendoakan dan memberikan kata nasihat...
Semoga Allah membalas kebaikan niat sedara semuanya...

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media