Thursday, August 26, 2010

Duit Raya Depa

Alhamdulillah.. setelah saban tahun naik turun mahkamah.. akhirnya
tercapai juga tuntutan mereka..
Persoalannya :
Kenapa harus terjadi demikian?
Kenapa harus menipu?
Kenapa harus menindas?
Bangsa sendiri pulak tu.. !
Kemana pergi tanggung-jawab yg diamanahkan?
Sebagai pentadbir felda...orang yg berkuasa membantu bukannya menindas..
Bila terdedah begini...
Adakah boleh selesai masalah?
Yang menuntut akan mendapat bayaran (walaupun entah bila pulak laa)
Lagu mana pula mereka yg menyeleweng tanggung-jawab tu?
Dan lagi.. kalau dah 'penanya' orang then mati sebelum mendapat
kemaafan dari mereka yg di-'inanyai.. ?
Fuuhh..mintak dijauhkan Allah dibulan yg mulia ini..
Selamat berpuasa dan berbuka..MZB.
FELDA diperintah bayar RM11 juta kepada 354 peneroka

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

11 comments:

kakcik said...

Alhamdulillah...

tapiiiiiii.. itulah, bila agaknya mereka akan dapat duit tu????

azieazah said...

Perhhhh RM11 juta berbagi 354 orang. Dasat tuuuu...

al-lavendari said...

ingatkan saya yang dapat RM500 ni dah banyak !

cemomoi said...

ni kalu semua felda dapat ni merasa juga tempias ni sebab korupsi tu berlaku juga kat tempat lain...

Lana~Bulu said...

Pakngah..
depa beri kita ucapkan terima kasih..
tapi depa yg songlap hak orang lain tu yg kes malang..kan

a kl citizen said...

jenuh jugak kut nak menunggu duit tu, harap2 orang felda tak pergi booking kereta awal2 lagi...

secangkir madu merah said...

pakcik kayo...

CIKGU ZAM said...

salam,
itulah yanag ditakuti sekarang ni, penipuan berleluasa, yang paling menyedihkan ada yang sanggup menipu menggunakan "agama" sebagai perisai mereka.

Salam Ramadhan dari perantauan

Ain said...

sepatutnya felda yang perjuangkan nasib peneroka, bukannya menipu dengan pelbagai cara...

nasib baik jugak peneroka skrg ni semakin bijak, tahu perjuangkan hak mereka.....

Lana~Bulu said...

Itulah hasilnya Ain...
Bila yg mempunyai cemeti ditangan tapi lupa bahawa mereka akan dihisab di sana....

cha said...

rezeki peneroka juga yg bertambah-tambah, sedikit sebanyak pegawai Felda menumpang juga ;)

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media