Diambang hari lembaran.. disaat kita menantikan hari raya (buat kanak2 dan yg berpuasa penuh laa) kita dimomokkan dgn berita begini.
Disini Adakah masih ada yg
belum sedar dan masih belum mahu ambil pengajaran pada kesilapan2 yg lalu..?? Tak kan nak
terantuk baru nak terngadah?? Tolonglah ..buatlah pembaharuan dalam moto 1Malaysia ni.. Tak perlulah hanya sekadar selogan tapi masih lagi berpegang dgn
kerja buat yg lama. Jgn biarkan kerana
"setitik nila habis susu sebelanga" Demi rakyat Malaysia dan tanahair tercinta.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!
8 comments:
terima kasih atas peringatan :)
Saling pesan memesan demi keradhaanNya..buat kebaikan kita bersama.
Pantun di bawah mungkin ada kena mengena dgn isu yang tuan bawa. Harap sdr faham maksud tersirat.
Saturday, August 29, 2009
PINGGAN TAK RETAK 1
(Di pindahkah dari blog "KomenSen" untuk berkampung di sini)
Pinggan tak retak
nasi tak dingin
bukit dah botak
balak dah licin.
Pinggan tak retak
nasi tak dingin
atuk jangan tamak
cucu nanti miskin.
Pinggan tak retak
nasi tak dingin
atuk suka gertak
cucu main-main.
Pinggan tak retak
nasi tak dingin
atuk jangan tersedak
cucu cari lain!
Posted by al-lavendari at 5:06 AM 2 comments
Labels: pinggan tak retak ...
Adakah benar "melayu mudah lupa"?..
Mudah lupa bila dilimpahi pangkat?
Mudah leka bila dihimpunkan harta?
Mudah buta bila terkilau dgn godaan2 dunia yg sementara ini..
Fuuh..apa nak jadi kalau beginilah berterusan..
Bagaimana dgn anak bangsa utk 50 tahun akan datang...
Salam sahabat,
SELAMAT HARI RAYA ‘IDIL FITRI
Maafkanlah kat kawan kalau ada terlajak tulis, terpanjang tajuk, terumpat keji dari ujung rambut dampai ke kaki………….
Yang Gambi, sama2lah kita gitu hendaknya
Alhamdulillah
Salam Sahabatku Lanabulu,
YB Zulkifli menulis seperti orang jahil. Sumber mana dia dapat tu? Hari baik bulan baik memaki dan menuduh orang.
Saya kasihan melihat sikapnya.
Terima kasih kerana hyperlink anda.
Teman bukan sangat arif ttg hal undang2 nih..
TAPI.. Kenapa tidak diambil tindakan SAMAN saja sesiapa yg terlanjur keluarkan berita sedemikian..
Kealpaan dari tindakan menjadikan mereka semakin galak menabur...Juga seolah-olah diam (tanpa tindakan undang2) itu membenarkan kenyataan mereka2 yg tak bertanggung jawab..
Bahaya ni..nanti lama2 jadi seperti perpatah "perkara palsu sekiranya selalu diperkatakan akan menjadi betul/dipercayai"..betoi ka lagu ni..?
Post a Comment