Monday, August 03, 2009

Hasil Kerja HARAM

Kawasan yg padat penduduk (Kg Melayu Subang, Shah Alam) dijadikan tempat pusat untuk mengisi semula gas memasak sebelum diedarkan ke tempat lain. Sudah berapa banyak suara2 yg mengusulkan bantahan terhadap kerja/kilang HARAM tersebut kepada majlis berkuasa tempatan. Hasilnya NOTHING ! Pihak berkuasa tempatan keluar-masuk tapi kerja/kilang haram tu masih juga berjalan saban tahun. Apa yg berlaku? Apa ke jadahnya semua ini?Malam tadi menjadi saksi akan kejadi yg dibimbangi oleh penduduk selama ini. Letupan dan kebakaran! Tong2 gas dilihat berterbangan bersama api yg marak. Siapa yg mahu bertanggung jawab terhadap kejadian malang ini?Seperti kena bom ! Puaskah hati mereka2 yg terlibat dalam mengusahakan Kerja Haram ni? Tak kan tunggu ada orang mati atau cedera parah serta kemusnahan harta awam baru nak mengambil tindakan wahai Pihak Berkuasa Tempatan. Puas ke melantak hasil kerja rasuah tu?
Kilang haram yg tinggal rangka akibat kebakaran tersebut. Adakah akan diteruskan juga kegiatan HARAM tu selepas ini? Di tempat yg sama?Tinggal tong2 kosong yg terselamat dari kebakaran sbb belum diisikan gas. Tindakan pantas dari Bomba dapat mengelakan dari kejadian lebih buruk. Tahniah utk pihak bomba!Apa yg dapat diselamatkan lagi? Sekiranya berlaku letupan dan kebakaran mengejut seperti ini?
Rumah banglo bersebelahan hanya tinggal dinding dan lantai. Puas hati ?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

6 comments:

kotamengkuang said...

Dulu kilang mercun...sekarang ini kilang gas pulak! Kerajaan tak pernah belajar dari kesilapan.. Majlis Perbandaran/Daerah maxcam biasa, sistem kerja yang tak berkualiti, penguatkusaan yang lemah mungkin rasuah.... Menjaga kawasan sekakangkang kera pun tak boleh di harap! Politician lagi la teruk!

Arif Omar said...

inilah masalahnya. pemguatkuasa PBT tidor. saya pun pernah marah. dah bertempik di tel baru-baru ini di flat union di sentul ( masalah anjing ) baru terhegeh-hegeh dia orang nak datang. itupun di ugut nak tel dato bandar. barulah datang. makan gaji buta mereka ini.

LanaBulu said...

Itu lah masalahnya. Tak kan bila dah jadi macam s'pore baru orang kita nak sedaq!?! fuuhh..

Anonymous said...

Hmmm....Malaysia 1 boleh..

Anonymous said...

tempat kejadian memang x jauh dari kawasan taman perumahan saya. memang menakutkan bila dengar letupan seperti bom semasa kebakaran ini berlaku. tapak ni plaks adalah sebahagian laluan kapalterbang dari/ke subang airport. mudah2an pihak yg berkenaan prihatin n ambil tindakan.

Anonymous said...

Yang kita ingin lihat sekarang adalah : Apa yg akan terjadi lepas ni? adakah akan terus ditutup atau beroperasi semula?

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media