Monday, June 08, 2009

Buah Gheyang Dot


Hajat nak makan buah gheyang (keriang) dot tercapai jugak, walaupun buah yang tinggal adalah yang kat hujung2 julai je. Seperti biasa buah2 hujung ni adalah tidak sebesar buah masa tengah galak. Kepuasan terasa bila makan buah tersebut...Ya lah pengalaman lebih 20 tahun lalu . Itu pun semasa zaman kanak2 memanjat pokok yg kat tengah padang/bendang. Masa tu kira 'wakaf' je lah. Sebab tak kenal tuan sebenar pokok tersebut. Nostalgia. Buah ni patut di'komersal'kan sebab ia adalah anggur Tanah Melayu. Dalam tempoh 5 tahun dah boleh dipetik hasilnya. Selepas makan yg pastinya adalah 'lidah' akan menjadi biru/purple dan sedikit kehitaman. Tapi sedapp.. Sesiapa yg nak merasa bolehlah contact dan nanti ikut balik bercuti bersama bila tiba musimnya..Next year laa.. Okay ! Percutian kali ini memang sangat berbaloi. Terima kasih Mak Ngah Cik yg menyimpan buah ini walaupun dah hujung2 julai.

4 comments:

Anonymous said...

Nanti percutian akan datang pada musim tu nanti boleh lah tumpang ke Kedah tu yee..

Anonymous said...

ada lagi ka buah ghiyang la ni? nak p tumpang sekaki blh dak? lama dah xmakan..

Balqis said...

Kalau sekaki tu maaf lah ye..kita main dua2 kaki sekali. Sebenarnya buah ni ada lagi cuma amat terhad. Tapi kalau dah musim dia memang jenuh. Seperti kat umah mak saudara saya tu..memang banyak..banyak yg bersepah kat bawah sbb tak manjat pi ambik. Saya juga ada jumpa secara online yg bapa kawan ni (kg siputeh) ada gheyang dot, gheyang burung dan mertajam sekali kat halaman rumah. Memang hebat. Lain kali/musim boleh kita pi sama..ok jgn lupa contact laa

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

betoi2 memang terhad...skg nanak buah ni dah kena beli tau...tu pun bukan ada jual kat pasar mlm...cumanya ada la pokok umah member...nasib boleh mkn lg...

http://makencikladyzul.blogspot.com/2011/05/perghhh-memang-sedap-lah.html

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media