Sunday, March 28, 2010

Pembaris Panjang =~=

Mohd Yazan, ... ! mai ke depan ! (adalah beberapa pelajar lain turut dipanggil bersama teman ketika itu). Dah lupa atas kesalahan apa..tapi tahulah mmg bersalah lah tu.. Kali pertama kena pukul kat bontot dgn pembaris kayu panjang (~ size : 3" x 1 mtr kot)kat depan kelas.. ketika darjah 3..hee.
Nak beritahu kakak (tika tu darjah 5)?.. nak beritahu Ustaz Abdullah (juga mengajar di sekolah yg sama)?.. SORRY laa.. nanti dapat hadiah lagi ada lah.. Haa ! Yazan bila nak balik? soal cikgu Saad (yg berbaju melayu dan berkaca mata) bila bertemu di rumah Mertua diwaktu menghadiri majlis doa selamat dan tahlil arwah selepas solat jumaat hari tu. "Besok atau lusa , cikgu" menjawab dgn penuh rasa hormat dan sayang. "Kalau lagu tu, jemputlah kerumah besok" pelawa cikgu Saad utk majlis walimatul-urus anak bongsunya.
Walaupun peristiwa kena sebat tu dah lama berlaku tapi masih diingati sampai laa ni.. NAMUN tiada perasaan dendam apalagi nak membenci pada cikgu Saad. Bahkan semakin lama rasa semakin sayang pulak kat cikgu. (nasib anak2 pompuan nya dah habis 'lepas' semuanya hee..)
Selamat menerima menantu baru buat cikgu (dah pencen lama dah) sekeluarga. Moga kekal berbahagia sehingga keakhir hayat..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

16 comments:

Che' Pit said...

salam che LB

CP pun pernah kena pembaris panjang tu.. tapi yg best nya pembaris panjang tu leh ternang, kena campak.. sampai skrg kami semua masih terkenang2 peristiwa tu..

tp alhamdulillah, sbb pembaris tu, CP berjaya mcm skrg ni

Che' Pit said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam LB. Masa saya panggilan tak direct sangat.Kami panggil kena roti panjang. Sampai tingkatan 6 masih kena roti panjang. Kena keluarkan semua barang kat seluar belakang spt dompet, sikat dll. Peristiwa itu membuatkan saya jadi orang. Teringat Cikgu yang merotan saya itu memperkenalkan saya dgn kawan-kawannya di Jabatan Pelajaran. Ini anak murid saya, dia kat Universiti X, ambil itu dan ini. Dia bangga...Kalau jumpa lain kali saya akan peluk dan cium tangan cikgu itu, insya-Allah...

Nida n' Hanafi said...

Alangkah bagusnya andai semua anak2 muridku seperti Yazan..

Dulu semasa sebelum saya berangkat ke sini ada seorang anak murid saya menangis2 sebab sayang kat saya... terharunya masa tu.. nasib baik anak murid tu pompuan kalau lelaki dah lama hubby suh bhenti jadi cikgu..hehe

Guru said...

hati cikgu yang ikhlas akan menyebabkan hati anak2 murid sentiasa terpaut

Ain said...

dulu pun saya pernah kena rotan...

pasal buku latihan lupa nak bawak (sebenarnya homework saya yang tak siap sbb tu saya wat2 lupa)...

Anonymous said...

salam lan,kita dulu mana ada dendam pada guru w.p kena skel panjang kan..malah terhutang budi n ingat guru tu sampai hari ni..kalau bukan kerana guru n skel tu agaknya kita tak jadi orang kut hehe.. mak cik pun sama lan..takut n hormat pada guru..kita akan belajar bersungguh sebab malu diskelkan..hehe. pelajar hari ni bila kita skelkan dia akan toreh pula kereta kita ....

ch@ said...

hahaha pembaris panjang kaler kuning, hahaha kite pun pnh kena ;) nakal kat skolah sape soh ;)

Unknown said...

Teman rasa terharu membaca komen yg ditinggalkan..
Rasa bertapa kita ni mmg memerlukan cikgu (cikgu yg menjiwai jiwa pendidik laa..bukan sebaliknya)..
Masa merubahkan sedikit demi sedikit..
Inilah cabaran utk para guru..terutamanya masa laa ni.. mmg terlalu gawat..
Bersabarlah wahai para pendidik sekelian..

terokai seni said...

hormat kat cekgu sampai mati, kena rotan untuk perbaiki diri, bukan benci tapi jadi kenangan abadi, tu le rotan pembentuk jati diri

zue said...

itulah cara cikgu2 dulu mengajar anak murid berkesan hingga berjayakan...jasa guru2 dikenang hingga akhir hayat. panggilan cikgu tetap disebut walaupun cikgu itu dah pencen.

Unknown said...

cemomoi..kalau susun baik2 jadi pantun yg bergaya gitu..mmg betoi kata kome tu..

Cikgu yg menjiwai pendidik mmg begitu zue..kan
Disayangi 4ever..

al-lavendari said...

elok dibenarkan semula guru2 merotan murid kerana disiplin murid2 sekarang ni lebih teruk berbanding dulu. jahat2 budak dulu tidaklah sampai ke tahap jahat budak sekarng!

zedmagel said...

Salam saudaraku lanabulu,

Masa lalu dan masa remaja sangat indah untuk dikenang. Banyak kisah suka dan gumbira. Kisah duka sikit-sikat sahaja yang banyaknya kisah gumbira.

abu muaz said...

kenapa kita masih ingat jasa guru - guru dulu ya? kalau lihat anak-anak remaja sekarang tengok guru pun dia berpaling arah lain buat-buat tak nampak.

Unknown said...

yg manjadi masalah nya pakngah..laa ni cikgu pun layak dirotan jugak..(yg bermasalah je lah..hee)

Memang indah zedmagel..dan cukup happy..tapi semuanya dah berlalu..
tinggal kenangan..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media