Monday, July 06, 2009

Kasih yg H i l a n g . . .


Pertama kali mendengar alunan lagu ini terasa seperti nyanyian kumpulan 'eleycat'. Kali kedua dengar sepert suara rintihan penyanyi 'Adam Ahmad' spt lagunya - tidak ku pinta lahir kedunia*. Memang terasa simpati bersama patah senikata lagunya. Sayu, merayu, pasrah dan meminta!!! Bersabarlah Kak Laila dan mereka yg sewaktu dengannya. Allah memilih mereka (diberi ujian)yg memiliki jiwa memang hebat ! Bertapa pilunya sekiranya anda mempunyai ayah/ibu tapi hanya dapat melihat sekali-sekala. Bertapa hibanya bila melihat orang lain boleh bergurau mesra, bersalam dan berpelukan. Bak kata orang rasa terasing dgn yg disayangi. Kenapa kasih mereka dipisahkan? Dunia bertamamdun tapi masih buta undang2. Kenapa masih ada yg harus menjadi mangsa keadaan? Bagaimana sekiranya situasi tersebut 'terkena' keatas diri sendiri atau keluarga yg disayangi? Tidakkah kita mempunyai perasaan untuk bertindak secara 'adil dan tidak menzalimi sesiapa? Sampai bilakah mereka harus dizalimi? Renunglah pada kehidupan yg akan datang selagi kita masih diberi kesempatan!.

3 comments:

CUCU TOK DERGA said...

Iramanya yang sayu dan mendayu, begitu mudah mengguris hati luka walaupun mula berparut.

Liriknya juga amat mengesankan dan mengetuk pintu hati untuk bermuhasabah diri.

CUCU TOK DERGA said...

Saya juga turut merasakan tempiasannya kerana melalui detik-detik kedukacitaan akibat kehilangan seseorang yang amat kita sayangi. Tapi Tuhan lebih mengerti!

Anonymous said...

Semoga yg telah pergi biarlah bersama keRedhaanNya. Bersabar lah CTD

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media