Monday, June 15, 2009

Renungan utk yg Boleh berfikir

Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

2 comments:

AbangDun said...

Dalam masa manusia meramalkan gejala Al Nino akan berlaku di Malaysia, dan di sana-sini orang merungut mengenai hujan yang dah lama tak turun, tiba-tiba petang kemarin hujan turun di Kedah.

Subhanallah! Allah Maha Berkuasa.

http://tuknadur.blogspot.com/2009/06/dah-lama-hujan-tak-turun.html

Anonymous said...

Pagi tadi..kat sini pun hujan jugak tapi awal pagi..tak sedq pun ..tau2 tar kat depan umah basah...

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media