Friday, May 15, 2009

Enaknya Taukua'?

Tahu @ Taukua' @ taufufa? selalunya nampak puteh bersih bila dijual dipasaran. Namun adakah ia bersih utk kita terutamanya melayu Islam. Sepatunya masyarakat Malaysia memang dah berpendidikan dan sangat sensitif dgn hal2 kerbersihan ni. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.



Sampai bilakah masyarakat kita akan mencintai kebersihan ? Adakah setelah sampai kekotoran timbul depan mata? Atau setelah penyakit kronik menimpa diri dan keluarga? Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya. Bayangkan dgn warna hitam pekat serba manikam boleh terjatuh dalam tu seperti *** (rasa geli nak sebut) Anda sanggup pejam mata dan telan je?? Perlu sedar sekiranya 'tauhu' yg putih tu pun dibuat dgn kaedah 'pengotor' apatah lagi cincau kegemaran anda yg hitam legam tu.. !? So apa tindakan kita?

2 comments:

Anonymous said...

memang menjijikkan. Tapi bila dah pasarkan hilang kotor tu dan pengguna beli dan tertipu. Sampai bila pengguna kita nak sedar?

Anonymous said...

susah jugak nak membeli kat luar nie....proses kat rumah je buat makan anak beranak...jgn sampai tertipu bila membeli....

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media