Wednesday, May 23, 2012

Angin bila hal sebegini terjadi…

Mengaku TAK BERSALAH! atas tuduhan mencederakan isterinya dengan kerusi dan membakar muka wanita itu dengan wang kertas RM1pix_gal0

Senang kan? yelah lojik akai depa nak cari saksi mana? Pasai masa setan masuk dalam badan .. lanyak bini masa dalam rumah.. tak dak orang lain gamaknya.

Kerusi tu orang buat duduk elok2 jadi bahan utk baham bini? ada ka patut?

Masa hang nak syok.. tau pulak mengecek.. tak ada perasaan malu kat diri sendiri ka?

Apa HAK kamu utk pukul bini ? apatah lagi sampai mencederakan dan ada ketika sampai parah! Memang kerja gila.

Setan ketawa bila berjaya mempermainkan anak cucu Nabi Adam.

Dadah menjadi punca lagi. Lagi2 dadah. Tak habih2.. gejala pukul, cederakan dan bunuh ahli keluarga sendiri  bersandarkan kepada dadah.

Sepatutnya pasukan berkuasa lebih gigih memerangi seperti mana depa dok pulun ligan, kepong puak2 BERSIH aman 3.0 tu..

Gejala pengedaran dadah memang terlalu kritikal sekarang. Bahkan seperti menjadi central antara-bangsa pulak ragamnya.

Monday, May 21, 2012

Malang bila menjaga masjid tanpa ROH Islam

Tok Siak ‘Samseng’ di Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Jijan, Nilai.

Pada 14hb Mei, 2012 baru-baru ini, semasa ahli-ahli jemaah sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak, seorang pegawai Masjid yang berjawatan Tok Siak telah ‘menghalau keluar’ seorang pemuda dan tidak membenarkannya untuk bersembahyang berjemaah kerana pemuda tersebut memakai baju T BERSIH 3,0(Warna kuning). Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala. Sebelum ini, Tok siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat dan beberapa persoalan timbul seperti berikut:

1 Apakah beliau menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju T- bersih bersembahyang di Masjid ini.

2 Apakah beliau mendapat Fatwa yang menyatakan memakai baju T- bersih tidak Sah sembahyang di Masjid.

3 Apakah beliau mempunyai “Authoriti” dalam menentukan sesiapa yang boleh dan tak boleh bersembahyang di masjid ini sedangkan masjid ini adalah untuk kegunaan orang ramai.

4 Dan bermacam-macam lagi persoalan..

Kejadian seterusnya berlaku pada hari ini (20hb Mei 2012) amat mengejutkan, semasa jemaah sedang bersalam-salaman sebaik selesai sembahyang Maghrib, tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang sama yang kebetulan memakai baju T-bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak, jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli. Terbayang wajah-wajah kekesalan dikalangan jemaah di atas insiden yang berlaku ini. Apakah kewajarannya tindakan yang telah dilakukan oleh tok siak ini?? Lihatlah sendiri apa yang terjadi pada baju pemuda berkenaan dalam foto di bawah:

clip_image002

clip_image004

Foto berhadapan

Foto membelakang

Friday, May 11, 2012

Nak cepat

Kebiasaan diawal pagi.. masing2 bergegas ke tempat kerja. Mengejar masa. Tentu hebat sekira kita berkejar dan bergegas seperti amalan kerja harian dalam melakukan AMANAH ALLAH seperti solat, zakat dan sebagainya.

Sekilas pandang seperti ada sesuatu diseberang jalan..(sementara menanti arahan seterusnya dari polis trafik) ..rupanya ada benda seperti dalam photo dibawahP1130554

Menatang tu terjatuh dari kenderaan lain agaknya dan terpacak pulak tu..hhmm  yang pastinya berasa hampir dgn pembahagia jalan.. tak berbaju pulak tu… alamat kurang lah satu perhiasan utk mana2 gedung pakaian tu..

p/s- tak dak sapa nak ambik ke?

Thursday, May 10, 2012

Usia kita . . .

Siapa yg tahu? Memang tiada siapa yg tahu.. sekalipun diberitahu oleh Dr pakar bahawa umur kita hanya sampai sekian-sekian masa sahaja. lepas tu ‘jalan’. Demikian juga sekiranya seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau yg sewaktu dengannya. Qada dan qadar ALLAH tiada yg mustahil berlaku sekiranya dikehendakiNYA. Sekalipun berhadapan dgn hukuman maut dan kembali hidup sampai kesatu masa yg lain utk ‘jalan’.P1130167

Pasai itulah ramai yg lupa bahawa dalam keriangan kita menyambut hari ulang tahun kelahiran. Tak kira siapa yg kita sambut maka sebenarnya kita menyambut hakikat bahawa dia/beliau/sesapa pun termasuk kita yg sambutan itu adalah menandakan bahawa kita semakin kurang masa kehidupan di alam dunia ini.

Malang sekali sekiranya sambutan keraian diselangi dgn perkara2 yg melalaikan dan maksiat seperti campur gaul laki pompuan melanggari batasan adat kita dan apatah lagi sempadan agama dan minuman yg memabukkan. haruuu..

Bersyukur banyak2 pasai dgn masa yg diberikanNYA kepada kita dapat kita harungi utk beribadah kepadaNYA. Berdoa juga agar kita semua sentiasa bersama hidayahNYA.. Dan hujung usia kita bersama kalimah TAUHID..

Tuesday, May 08, 2012

Langgar & lari..

Sering kita terbaca berita tentang kes langgar dan lari. Samada lari kerana takut kena pukul oleh penduduk setempat atau lari dari tanggung jawab pasai ‘tertanggal’ tanggung jawab atau lari kerana pi buat report polis.

Tentunya saksi kejadian lebih mudah utk menyatakan jenis kenderaan dan nombor keretanya kan. Dan tentunya tidak seperti gambar ini

P1130559

Penghadang keselamatan utk keselamatan tambahan kereta tapi tidak  utk menghalang dari mempamirkan nombor kereta. Undang2 jalanraya membenarkan? Mereka yg berwajib sepatutnya lebih arif ttg hal ini.

P1130558

Lihat dan pandang..dimanakah kesilapan dan kesalahan yg dapat dikesan?

P1130560

Apa bezanya mengambil gambar dan menggunakan handphone semasa memandu? Kedua2nya mengganggu tumpuan pemanduan.

p/s- bersangka baik dan cermin diri utk elak kemalangan. kan3

Friday, May 04, 2012

Bila kita bangun dari tidur?

Bila? awal pagi? sebelum subuh? selepas subuh @pun subuh gajah? atau bila dah ‘ghembang’ baru nak bangun dari tidur? Tidak kira apa pun alasannya samada bangun awal atau pun lewat, udah tentunya yg tidur pasti kan bangun!

Kata menantu Rasulullah SAW iaitu Saidina Ali r.a. kebanyakan manusia bangun dari bermimpi bila dah mati. atau pun tersedar bila dah berpindah ke alam lain utk kehidupan yg seterusnya

Sementara kita masih lagi diberi kesempatan bernafas menggunakan oxygen secara free lagi ni.. bila kita bangun dari tidur, kita harus bertanya kepada kepada diri sendiri samada mahu mencari keredhaan Allah ataupun perhargaan dari manusia?

Mesti pasang azam dan tekad utk memulai kehidupan setiap hari dgn kesyukuran kerana masih lagi diberikan kesempatan utk beramal dalam langkah2 mencari keredhaanNYA..

P1130482

Thursday, May 03, 2012

Emosi yg beracun

P1130477

Dari tulisan seorang Dr. menyebutkan bahawa ada 2 klasifikasi ttg emosi yg beracun

Pertama: Menyesal

Yakni; menyesal dgn perkara2 yg udah berlaku dan berlalu.. sehingga membawa kemurungan dan lemah jiwa. Jiwa menjadi sentimental tak kena gaya.. kusut masai dan segalanya tak terurus pasai nak melahirkan ttg penyesalan terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa..

Sepatutnya kita kena sedaq yg kita cuma hambaNYA, harus tabah dan redha segala ketentuannya. Bermuhasabah, berusaha membina kebahagian dari sebarang kesilapan lalu dan bertawakal kepadaNYA

Kedua: Dendam dan marah pada orang lain

Yakni; menyimpan kesumat yg tak berkesudahan pada hamba Allah yg lain sekalipun saudara mara sendiri. Walhal bukan boleh menyelesaikan masalah pun sebaliknya menambahkan masalah yg sepatutnya takdak kepada ada dan bermacam-macam sakit boleh timboi…

Yg teramatlah MALANGnya bila dendam ini membawa kepada berlakunya kerja buat yg menjatuhkan diri kepada SYIRIK kepada ALLAH.

Sia2 hidup.. bila mana dah jadi lagu ni..setan menjadi tuhan bukan musuh yg dilaknat lagi.

Mohon ALLAH memberikan kita hidayahNYA 4ever & ever..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media