Tok Siak ‘Samseng’ di Masjid Saidina Abu Bakar, Kg Jijan, Nilai.
Pada 14hb Mei, 2012 baru-baru ini, semasa ahli-ahli jemaah sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak, seorang pegawai Masjid yang berjawatan Tok Siak telah ‘menghalau keluar’ seorang pemuda dan tidak membenarkannya untuk bersembahyang berjemaah kerana pemuda tersebut memakai baju T BERSIH 3,0(Warna kuning). Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala. Sebelum ini, Tok siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat dan beberapa persoalan timbul seperti berikut:
1 Apakah beliau menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju T- bersih bersembahyang di Masjid ini.
2 Apakah beliau mendapat Fatwa yang menyatakan memakai baju T- bersih tidak Sah sembahyang di Masjid.
3 Apakah beliau mempunyai “Authoriti” dalam menentukan sesiapa yang boleh dan tak boleh bersembahyang di masjid ini sedangkan masjid ini adalah untuk kegunaan orang ramai.
4 Dan bermacam-macam lagi persoalan..
Kejadian seterusnya berlaku pada hari ini (20hb Mei 2012) amat mengejutkan, semasa jemaah sedang bersalam-salaman sebaik selesai sembahyang Maghrib, tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang sama yang kebetulan memakai baju T-bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak, jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli. Terbayang wajah-wajah kekesalan dikalangan jemaah di atas insiden yang berlaku ini. Apakah kewajarannya tindakan yang telah dilakukan oleh tok siak ini?? Lihatlah sendiri apa yang terjadi pada baju pemuda berkenaan dalam foto di bawah:
Foto berhadapan | Foto membelakang |
No comments:
Post a Comment