Thursday, August 27, 2009

?? Dimanakah Kesilapan KU??

Email diterima dari seorang kawan (Mala) ini akan disimpan sebagai kenangan terhadap persoalan yg terjadi. Sedih...mengharapkan pagar ..pagar makan padi.Diharapkan teman2 dapat menjelaskan kedudukan sebenarnya kenyataan email dibawah ini. Terutamanya mereka yg lebih arif seperti Zedmagel,PG dan sesiapa saja agar kebenaran dapat dijelaskan. TQ
Email: Di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor telah dibina Empangan Linggiu yang terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang (berdekatan Bandar Tenggara). Empangan itu dibina pada 1988 dan siap pada tahun 1994 di atas kawasan tadahan air seluas 21,600 hektar (53,374 ekar).
Saya tidak pernah mengatakan yang Muhyiddin menjual tanah kepada Singapura sebagaimana kenyataan beliau kepada media bertarikh 21 Ogos 2009.
Sebaliknya saya mempersoalkan, apa perlunya kawasan yang sebegitu luas diluluskan kepada Singapura (walaupun mendapat pampasan RM320 juta) dan ke mana perginya hasil kayu balak yang dikatakan bernilai ribuan juta ringgit.
Sebagai persoalan tambahan, saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang mesti dijawab, sama ada oleh Muhyiddin atau pemimpin Umno lain.
1. Siapa yang mengawal kawasan Empangan Linggiu; benarkah dakwaan mengatakan ia dijaga oleh askar wataniah dan menjadi zon autonomi?
2. Kenapa kerajaan Malaysia gagal menuntut kenaikan harga air mentah 3 sen setiap 1,000 liter daripada sejumlah 250 juga liter sehari air yang dibekalkan kepada Singapura sedangkan
semakan harga boleh dibuat pada 1986 dan 1987?
3.. Berapa lama Malaysia perlu membeli air bersih daripada Singapura dengan kadar
50 sen bagi setiap 1,000 liter?
4. Kenapa Malaysia tidak menghentikan pembelian air daripada Singapura walhal kerajaan Johor telah melantik Syarikat Air Johor (asalnya Jabatan Bekalan Air) untuk membekalkan airair bersih ke seluruh Johor?
5. Tolong nyatakan, Singapura bekalkan air bersih kepada siapa dan berapa banyak jumlahnya serta berapa kosnya?
6. Bagaimana kedudukan hutan simpan untuk Public Utilities Board (PUB) Singapura dibelakang Kem Pulada dan Kampung Sungai Telor seluas ribuan hektar?
7. Adakah hutan simpan berkenaan menjadi hak milik Singapura dan adakah dibayar cukai setiap tahun?
8. Bagaimana kedududkan 6 buah PUB Singapura yang ada di Skudai, Tebrau, Kota Tinggi, Ulu Choh, Gunung Pulai dan Linggiu?
Saya menganggap kenyataan Muhyiddin bahawa Lee Kuan Yew mengugut untuk berperang dengan Johor sekiranya tidak mendapat bekalan air mencukupi hanya sebagai lakonan untuk melindungi kelemahan kerajaan BN ketika berurusan dengan Singapura. Ia suatu bukti bahawa pemimpin BN tidak pernah mampu berdepan Singapura!
1. Kezaliman ke atas penduduk Kampung Sri Paya Kluang
Kampung berkenaan wujud lebih daripada 35 tahun lalu. Terdapat 93 rumah, hampir seratus peratus Melayu, yang menyokong UMNO. Syarikat pemaju PCB Sdn Bhd, telah memperolehi hak atas tanah kampung berkenaan yang didalangi tokoh Umno Bahagian Kluang. Dewan Pemuda PAS Johor telah mengetuai rombongan bersama penduduk menemui Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman pada 12 Oktober 2002 untuk menyelamatkan perkampungan tersebut daripada dimusnahkan.
Sebagai tanda protes, penduduk menaikkan bendera Umno separuh tiang tanda berkabung di hadapan balairaya kampung tersebut. Malangnya, kerja merobohkan tetap dilakukan.
Kampung Sri Paya lenyap dari sejarah!
2. Perampasan tanah rakyat oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)
Projek Danga Bay yang dianggarkan bernilai RM 15 bilion telah menjejaskan kehidupan 200 masyarakat Orang Asli dari suku kaum Seletar di Kg Sungai Temon di Sungai Danga. Mereka meneroka kampung itu hampir 30 tahun lalu. Mereka diarah pindah kali kedua dari kediaman asal mereka. Selain itu, lebih seribu orang penduduk setinggan yang sebahagian besarnya Melayu yang tinggal berhampiran Lembah Danga juga dihalau keluar. Ini tidak termasuk penduduk Kg Skudai Kiri dan Pengkalan Rinting yang menerima nasib sama.
Pembangunan mega yang menguntungkan segelintir kroni terpaksa mengorbankan penduduk Melayu yang setiap kali pilihanraya sangat setia mengundi BN.
Penduduk setinggan ini tidak mendapat sebarang layanan baik seperti penduduk Kg Buah Pala.
3. Projek tambak laut Singapura
Sebuah syarikat tempatan yang mempunyai hubungan dengan orang kenamaan telah mendapat konsesi membekalkan pasir kepada Singapura dengan keuntungann berpuluh juta setiap tahun. Ia digunakan untuk aktiviti penambakan di sekitar Pulau Tekong dan Pulau Ubin yang bertentangan dengan Tanjung Pengelih di Timur Laut Johor, di Tuas berhampiran link kedua dan di Pulau Kecil ke arah Barat Tuas. Kerja menambak ini telah membesarkan saiz wilayah Singapura sedia ada (690 km persegi) kepada 1.5 lebih besar dari saiz asalnya.
Dewan Pemuda PAS Johor membuat ekspedisi ke lokasi berbelas-belas kapal korek yang disewa dari luar negara dalam perairan Johor berdekatan Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada 17 Februari 2002 dan 23 April 2002. Ia mengesahkan dakwaan bagaimana pasir diangkut menggunakan ponton ke Singapura dan dilakukan secara aktif di sebelah malam.
Aktiviti tambak laut bukan sahaja menyebabkan Selat Tebrau menjadi sempit, bahkan ekologi kehidupan laut musnah manakala pukat nelayan yang kebanyakannya Melayu rosak teruk kerana aktiviti kapal korek tersebut. Nelayan Melayu turun temurun hilang pendapatan, kroni pemimpin yang kekenyangan!
Isu yang timbul bukan sekadar penambakan laut memberi kesan langsung kepada perairan negara kita tetapi pengkhianatan yang dilakukan rakyat sendiri. Di sebalik kecaman pemimpin Umno terhadap Singapura dan tunjuk perasaan Pemuda Umno Johor, rupa-rupanya ia umpama ayam berkokok hebat tapi ekornya bergelumang *****!

Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Saturday, August 22, 2009

DO RE ME kata " Coobaan"

Bulan Posa kita berpuasa kecuali pada yg 'cuti' dan bercuti. Dah menjadi kelaziman bulan posa akan menjadi bulan menjamu selera @ melayan kehendak nafsu! Coobaan.. Pagi tadi bila terima email dan melihat gambar2 ni nampak cantik dan mmg..sedap rasanya..
Coobaan..
Kalau yg ni memang memenuhi citarasa... Nanti member kat SM tu boleh minta resepinya..untuk berbuka nanti..ok
Fuuhh..terbayang bertapa sedapnya bila orang yg posa ni tapi lagumana dgn mereka yg dah lama berlapar..? Bahkan hanya dapat merasa keenakkan daging pun setahun sekali dua saja. Itu pun daging raya posa dan raya korban...
Ya Allah terimalah posa kami dan berilah keampunanMu, keradhaanMu dan Pelepasan dari siksa nerakaMu.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an !

Friday, August 14, 2009

Indah dan Tersergamnya Masjid Kita !

Tembakan Mortar Tentara Philipina, Menghancurkan Masjid di Mindanao
9 Agustus 2009 - Tembakan Artileri dan Mortar Tentara Pemerintah Philipina terus berlanjut, menyerang warga sipil dan menghancurkan Masjid di Kota Mindanao.Korban yang tidak terhitung jumlahnya dan kehancuran yang sangat mengerikan, di sebabkan oleh tembakan artileri dan mortar tentara philipina terjadi di Mindanao dan Cotabato, dalam tiga hari terakhir ini.Kejadian ini di laporkan terjadi di sebuah pusat pengungsian di Barangay Macasendeg di Pikit, Provinsi Cotabato dan pada sebuah Masjid, tempat umat Islam beribadah di Reina Regente di Datu Piang, Mindanao, yang di tembaki dengan mortir 105mm sekitar pukul 5 sore tanggal 6 Agustus lalu. seterusnya
P/s- Atas nama agama yg sama, bangsa yg sama ( walaupun ada yg tak sama) marilah kita mengimarahkan masjid2 kita yg indah. Adakah kita baru nak 'terngadah' setelah terjadi seperti apa yg telah berlaku kepada saudara kita di seberang? Ayuhlah , sebelum terlambat ! Berpolitiklah secara rasional bukannya 'membelah' yg telah retak.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Thursday, August 13, 2009

Bersatu Teguh 'Berpecah' Roboh

Pekerja bersiap sedia meroboh rumah di Kampung Buah Pala
GEORGETOWN: Pekerja dengan jentolak bersiap sedia merobohkan rumah penduduk Kampung Buah Pala di sini pagi ini. [+] 10:01 AM
Kami tetap roboh rumah penduduk hari ini: Pemaju
GEORGETOWN: Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini. [+] 10:12 AM
Penduduk diberi masa kosongkan rumah sehingga 12.15 tengah hari
GEORGETOWN: Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan. [+] 12:02 PM
Kerja meroboh rumah penduduk belum dimulakan
GEORGETOWN: Operasi meroboh rumah di Kampung Buah Pala masih belum dimulakan dengan penduduk meminta pemaju memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk membincangkan pemberian pampasan. [+] 14:50 PM
Dua cubaan pemaju roboh Kampung Buah Pala hari ini gagal
GEORGETOWN: Pemaju Nusmestro ventures (P) Sdn Bhd hari ini gagal dalam dua cubaan untuk meroboh 23 unit rumah di Kampung Buah Pala, Gelugor di sini setelah beberapa kali menangguhkan hasrat itu beberapa minggu lalu. [+] 15:43 PM
Penduduk Kampung Buah Pala diberi tempoh hingga 1 September
GEORGETOWN: Penduduk Kampung Buah Pala Bru diberi tempoh sehingga 1 September ini untuk mengosongkan rumah masing-masing sebelum dirobohkan. [+] 16:11 PM
P/s - Dulu ada perkampungan Melayu di KL yg didiami oleh mejoriti melayu bahkan siap ada dgn ketua bahagian UMNO (termasuk wanita) lagi. Namun bagaimana jadinya? Hangus bersepai walaupun berdindingkan kpd pautan politik kerajaan. Kenapa begitu mudah tindakan diambil terhadap kaum melayu. Sedangkan mereka ini adalah gerombolan awal yg sama2 susah-payah hasil dari seruan Allahyarham Dato' Harun dulu!!! Benarkah kata-kata Hang Tuah : Tak melayu hilang di dunia ! *
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Perginya Sebelum Ramadhan

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. [+] 11:30 AM
Tiap yg hidup mesti merasa MATI. Kepada mereka yg ditinggalkan, bersabarlah kerana sudah ketentuanNya dia pergi sebelum Ramadhan menjelang. Cahaya mata menjadi Yatim dan permaisuri menjadi janda. Namun kehidupan mesti diteruskan. Bersabarlah dan kita pun semestinya berdoa agar rohnya bersama Redha Allah swt. Moga kita dipanjangkan umur untuk menempuh bulan mulia yg akan kunjung tiba tak lama lagi. Ramadha al-Mubarak. Bawa2lah slow-down dalam gaya bahasa penulisan tu sesuai dgn hampir tibanya bulan ramadhan ni. Sekali gus mendidik untuk lebih berhikmah pada bulan2 yg seterusnya nanti. InsyaAllah !
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Cepat ! Cari Green Apple

Awal pagi, bila buka email dan lihat satu (dibawah ni) info from my frenz yg berguna untuk kita semua. Tak salah kalau kita mencuba demi kebaikan bersama. Ayoh cepat sebelum terlambat. Nanti epal hijau akan jadi seperti gula lah pulaknya. Hilang sebab habis atau 'tersorok'..hhmm
JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB..... My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar.... No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish.... he was put in quarantined room... Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father... First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem. Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x... EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICEfor those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip.... ALHAMDULILLAH. ...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... ..she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)... This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Wednesday, August 12, 2009

Fobia Noordin

Malaysia tetap bantu Indonesia buru Noordin
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia akan terus bekerjasama dan membantu polis Indonesia menjejaki serta menahan Noordin Mat Top selepas lelaki yang ditembak mati, Sabtu lalu disahkan bukan pengganas Asia itu. [+] 13:21 PM
Hebat sangat ke ? Si-Noordin Mat Top nih? Seolah-olah dah jadi seperti fobia kepada pasukan keselamatan negara jiran kita ni. Semua kes2 hebat maka ternampak gambaran Anak Mat Top. Memang TOP la lagu ni. Awatnya? Lekeh sangatkah pasukan keselamatan kita dan negara jiran nih..sampai tak tertangkap-tangkap lagi lelaki berkenaan? Adakah dia juga akan bersama dgn puak2 ayah pin yg diburu ..juga sampai sekarang tak jumpa2. Walaupun kadang2 ada lapuran seperti main2 tuttcak je. Suka2 timbul dan hilang??? Tapi nak kata pun...hebat2 puak / gang amerika pun tak dapat tangkap Osama and the gangs. Tak gitu? So apa yg perlu dilakukan untuk memulihkan keadaan seperti ini. Penyangak2 yg lain juga dgn senang ambil kesempatan sebab yg dapat nama busuknya adalah si-Noordin Mat Top.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Monday, August 10, 2009

Taman Surga Kita

Sempena hari minggu kebiasaannya ramai yg cuti dan menghadiri program bulanan membersihkan tanah pusara adalah sangat sesuai. Selain mengeluarkan peluh dapat juga menginsafkan diri.
Di sinilah destinasi terakhir yg akan kita semua jejaki selagi bernama insan bernyawa. Memang indah mata memandang TAPI hanya Allah sahaja yg mengetahui keadaan didalamnya (alam barzah). Begitulah lumrah kehidupan; sekalipun kita memiliki rumah jutaan RM (samada secara sah atau haram) harta mencecah langit sekalipun. Yg dibawa bersama hanyalah 'amalan.

Memang indah dan terasa aman sekali mengunjungi tanah pusara ini. Seperti taman gahnya; dengan pokok bunga memenuhi ruang. Disiang hari terasa senang. Malam tak tau laa..Tak pernah datang pun.
Berbagai bentuk binaan yg dibina (ada had dan batasan) cantik mata memandang. Sebagai kenangan untuk diziarahi ahli keluarga. Disertai pokok2 dan batu2 hidup adalah baik untuk mendoakan kepada ahli kubur di bawahnya.
Dipenghujung program sesusuli dgn majlis tahlil dan 'peringatan buat yg lupa' agar sentiasa menjadi manusia yg bijak seperti sabda Rasul kita.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Wednesday, August 05, 2009

Great Balancing

Ini lah pertama kali aku melihat pertunjukan sedemikian rupa. TQ for Lina kerana mengirimkan vedeo ini. Memang hebat binatang ni. Padanlah sebelum ini, dari gambar2 yg dipaparkan kadang2 amat mencurigakan kesahihannya. Apa tidaknya dgn gaya bersahaja memanjat bukit/gunung. Di celahan batu2 pulak tu. Mat spider yg selalu dok panjat bangunan tu pun kena guna powder utk grip. Dgn kaki seperti kuda dan lembu atau kerbau memang mencabar akal bahawa binatang ni adalah pakar memanjat gunung/bukit berbatu. Tapi itulah kehebatan ciptaanMu. SubhanaAllah.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an !

Monday, August 03, 2009

Hasil Kerja HARAM

Kawasan yg padat penduduk (Kg Melayu Subang, Shah Alam) dijadikan tempat pusat untuk mengisi semula gas memasak sebelum diedarkan ke tempat lain. Sudah berapa banyak suara2 yg mengusulkan bantahan terhadap kerja/kilang HARAM tersebut kepada majlis berkuasa tempatan. Hasilnya NOTHING ! Pihak berkuasa tempatan keluar-masuk tapi kerja/kilang haram tu masih juga berjalan saban tahun. Apa yg berlaku? Apa ke jadahnya semua ini?Malam tadi menjadi saksi akan kejadi yg dibimbangi oleh penduduk selama ini. Letupan dan kebakaran! Tong2 gas dilihat berterbangan bersama api yg marak. Siapa yg mahu bertanggung jawab terhadap kejadian malang ini?Seperti kena bom ! Puaskah hati mereka2 yg terlibat dalam mengusahakan Kerja Haram ni? Tak kan tunggu ada orang mati atau cedera parah serta kemusnahan harta awam baru nak mengambil tindakan wahai Pihak Berkuasa Tempatan. Puas ke melantak hasil kerja rasuah tu?
Kilang haram yg tinggal rangka akibat kebakaran tersebut. Adakah akan diteruskan juga kegiatan HARAM tu selepas ini? Di tempat yg sama?Tinggal tong2 kosong yg terselamat dari kebakaran sbb belum diisikan gas. Tindakan pantas dari Bomba dapat mengelakan dari kejadian lebih buruk. Tahniah utk pihak bomba!Apa yg dapat diselamatkan lagi? Sekiranya berlaku letupan dan kebakaran mengejut seperti ini?
Rumah banglo bersebelahan hanya tinggal dinding dan lantai. Puas hati ?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media