Email diterima dari seorang kawan (Mala) ini akan disimpan sebagai kenangan terhadap persoalan yg terjadi. Sedih...mengharapkan pagar ..pagar makan padi.Diharapkan teman2 dapat menjelaskan kedudukan sebenarnya kenyataan email dibawah ini. Terutamanya mereka yg lebih arif seperti Zedmagel,PG dan sesiapa saja agar kebenaran dapat dijelaskan. TQ
Email: Di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor telah dibina Empangan Linggiu yang terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang (berdekatan Bandar Tenggara). Empangan itu dibina pada 1988 dan siap pada tahun 1994 di atas kawasan tadahan air seluas 21,600 hektar (53,374 ekar).
Saya tidak pernah mengatakan yang Muhyiddin menjual tanah kepada Singapura sebagaimana kenyataan beliau kepada media bertarikh 21 Ogos 2009.
Sebaliknya saya mempersoalkan, apa perlunya kawasan yang sebegitu luas diluluskan kepada Singapura (walaupun mendapat pampasan RM320 juta) dan ke mana perginya hasil kayu balak yang dikatakan bernilai ribuan juta ringgit.
Sebagai persoalan tambahan, saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang mesti dijawab, sama ada oleh Muhyiddin atau pemimpin Umno lain.
1. Siapa yang mengawal kawasan Empangan Linggiu; benarkah dakwaan mengatakan ia dijaga oleh askar wataniah dan menjadi zon autonomi?
2. Kenapa kerajaan Malaysia gagal menuntut kenaikan harga air mentah 3 sen setiap 1,000 liter daripada sejumlah 250 juga liter sehari air yang dibekalkan kepada Singapura sedangkan semakan harga boleh dibuat pada 1986 dan 1987?
3.. Berapa lama Malaysia perlu membeli air bersih daripada Singapura dengan kadar 50 sen bagi setiap 1,000 liter?
4. Kenapa Malaysia tidak menghentikan pembelian air daripada Singapura walhal kerajaan Johor telah melantik Syarikat Air Johor (asalnya Jabatan Bekalan Air) untuk membekalkan airair bersih ke seluruh Johor?
5. Tolong nyatakan, Singapura bekalkan air bersih kepada siapa dan berapa banyak jumlahnya serta berapa kosnya?
6. Bagaimana kedudukan hutan simpan untuk Public Utilities Board (PUB) Singapura dibelakang Kem Pulada dan Kampung Sungai Telor seluas ribuan hektar?
7. Adakah hutan simpan berkenaan menjadi hak milik Singapura dan adakah dibayar cukai setiap tahun?
8. Bagaimana kedududkan 6 buah PUB Singapura yang ada di Skudai, Tebrau, Kota Tinggi, Ulu Choh, Gunung Pulai dan Linggiu?
Saya menganggap kenyataan Muhyiddin bahawa Lee Kuan Yew mengugut untuk berperang dengan Johor sekiranya tidak mendapat bekalan air mencukupi hanya sebagai lakonan untuk melindungi kelemahan kerajaan BN ketika berurusan dengan Singapura. Ia suatu bukti bahawa pemimpin BN tidak pernah mampu berdepan Singapura!
1. Kezaliman ke atas penduduk Kampung Sri Paya Kluang
Kampung berkenaan wujud lebih daripada 35 tahun lalu. Terdapat 93 rumah, hampir seratus peratus Melayu, yang menyokong UMNO. Syarikat pemaju PCB Sdn Bhd, telah memperolehi hak atas tanah kampung berkenaan yang didalangi tokoh Umno Bahagian Kluang. Dewan Pemuda PAS Johor telah mengetuai rombongan bersama penduduk menemui Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman pada 12 Oktober 2002 untuk menyelamatkan perkampungan tersebut daripada dimusnahkan.
Sebagai tanda protes, penduduk menaikkan bendera Umno separuh tiang tanda berkabung di hadapan balairaya kampung tersebut. Malangnya, kerja merobohkan tetap dilakukan. Kampung Sri Paya lenyap dari sejarah!
2. Perampasan tanah rakyat oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)
Projek Danga Bay yang dianggarkan bernilai RM 15 bilion telah menjejaskan kehidupan 200 masyarakat Orang Asli dari suku kaum Seletar di Kg Sungai Temon di Sungai Danga. Mereka meneroka kampung itu hampir 30 tahun lalu. Mereka diarah pindah kali kedua dari kediaman asal mereka. Selain itu, lebih seribu orang penduduk setinggan yang sebahagian besarnya Melayu yang tinggal berhampiran Lembah Danga juga dihalau keluar. Ini tidak termasuk penduduk Kg Skudai Kiri dan Pengkalan Rinting yang menerima nasib sama.
Pembangunan mega yang menguntungkan segelintir kroni terpaksa mengorbankan penduduk Melayu yang setiap kali pilihanraya sangat setia mengundi BN. Penduduk setinggan ini tidak mendapat sebarang layanan baik seperti penduduk Kg Buah Pala.
3. Projek tambak laut Singapura
Sebuah syarikat tempatan yang mempunyai hubungan dengan orang kenamaan telah mendapat konsesi membekalkan pasir kepada Singapura dengan keuntungann berpuluh juta setiap tahun. Ia digunakan untuk aktiviti penambakan di sekitar Pulau Tekong dan Pulau Ubin yang bertentangan dengan Tanjung Pengelih di Timur Laut Johor, di Tuas berhampiran link kedua dan di Pulau Kecil ke arah Barat Tuas. Kerja menambak ini telah membesarkan saiz wilayah Singapura sedia ada (690 km persegi) kepada 1.5 lebih besar dari saiz asalnya.
Dewan Pemuda PAS Johor membuat ekspedisi ke lokasi berbelas-belas kapal korek yang disewa dari luar negara dalam perairan Johor berdekatan Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada 17 Februari 2002 dan 23 April 2002. Ia mengesahkan dakwaan bagaimana pasir diangkut menggunakan ponton ke Singapura dan dilakukan secara aktif di sebelah malam.
Aktiviti tambak laut bukan sahaja menyebabkan Selat Tebrau menjadi sempit, bahkan ekologi kehidupan laut musnah manakala pukat nelayan yang kebanyakannya Melayu rosak teruk kerana aktiviti kapal korek tersebut. Nelayan Melayu turun temurun hilang pendapatan, kroni pemimpin yang kekenyangan!
Isu yang timbul bukan sekadar penambakan laut memberi kesan langsung kepada perairan negara kita tetapi pengkhianatan yang dilakukan rakyat sendiri. Di sebalik kecaman pemimpin Umno terhadap Singapura dan tunjuk perasaan Pemuda Umno Johor, rupa-rupanya ia umpama ayam berkokok hebat tapi ekornya bergelumang *****!
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!
Keluar rumah.
16 hours ago
19 comments:
Salam Sahabatku Lanabulu,
Bagi saya ini satu N3 saudara yang paling menarik dan terkesan bagi saya kerana :-
1. Apabila N3 ini dibuat bagi menyelesaikan masalah dari email seorang rakan sahabatku lanabulu yang bernama Mala, saya tidak pasti ini satu persoalan yang terancang dengan rapi atau satu permasalahan kepada rakan saudara Mala itu?
2. Apabila saya diminta oleh saudaraku lanabulu untuk menjawab persoalan ini. Walaupun saya bukannya siapa-siapa.
Saudara lanabulu dan Mala, persoalan dan masalah yang banyak dan berjela ini, semestinya saya jawab, kerana saya anak jati Johor dan tahu benar kisah masalah ini.
Bagi kami semua soalan dan masalah ini telah dijawab berkali-kali oleh pihak pucuk pimpinan.
Soalan email ini datangnya dari soalan parti pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka terutamanya semasa kempen-kempen politik mereka. Pembangkang yang tidak pernah puas hati dengan apa jua tindak tanduk Kerajaan UMNO / BN Johor walaupun perkara itu sangat baik dan memberikan manafaat yang besar kepada rakyatnya.
Laungan pembangkang bak kata Mala, ibarat ayam jantan yang berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Perpatah itu sebenranya sesuai untuk parti pembangkang Johor bukan Pemuda UMNO. Dengar cakap pembangkang langit boleh runtuh , tetapi satu haram pun tak ada yang baik mampu dibuatnya.
Saya faham dengan sikap pembangkang, saya dulu pro pembangkang dan selalu dikencingnya pula. Duit tabung jihat masa ceramah tak boleh dipertikai kerana kita parti pembangkang.
Saya akan sambung di kesempatan yang lain. Terima kasih lanabulu kerana sudi membaca.
TQ saudara Zedmagel. Saudara sangat dijemput berdasarkan 'dari selatan' sedangkan teman dari utara dan tidak pasti benar tidaknya perkara yg disebutkan.
Asas : Berkata benar sekali pun pahit.
Adakah begini teruk sekali(benarkah?) 'pengkhianatan' dan penyelewengan yg digambarkan tu? Sebagai rakyat mehran teman sangat kabur terhadap 'perkara sebenar yg terjadi' terhadap tanahairku ini. Kalau benar mesti ada jalan penyelesaiannya. Kalau salah sokongan dari saudara yg mahir akan 'alam Johor' dapat menerangkan kebenaranya. Didahului dgn garapan TQ seadanya. Kes yg baru berlalu (geram yg masih berbisa) Kehilangan Pulan Batu Puteh! Bukankah atas kerja tangan pihak yg tak bertanggung jawab 'melepaskan' kepada s'pore. (itupun hanya diketahui setelah lebih 30 tahun rasanya t/tangan tu berlalu tapi dah terlambat) Moga perkara sebegini tidak berlaku lagi. p/s - boleh betulkan sekiranya teman masih tersalah fakta yg diberikan. Maaf, teman sangat terkesan bila mendengar ada kg kaum ku 'lenyap' dari sejarah!
Salam, kalau umno yang kuasai johor, apa lagi yang mereka boleh lakukan kalau bukan menghabiskan duit rakyat, ada ke patut kita jual 3 sen dan beli balik 50 sen, kan kerja gila tu... baiklah kerajaan johor beli air bersih dari kalangan negeri lain yang berdekatan dan takkan jual mahal kot dan duit tu tak kemana. kenapalah kerajaan umno johor tak dapat nak fikir yang terbiak untuk rakyat dan hanya fikir untuk besarkan poket diorang je, kalu bukan begitu takkan dinamakan umno.
Salam Saudara Lanabulu,
Kalau isu-isu besar seperti yang di email oleh Mala, saya rasa PAS tak payah campur le. Mereka ni bercerita boleh lah, tapi percaya lah cerita mereka menghadap YAB Menteri Besar tu hanya ceita sahaja.
Masalah rakyat yang besar seperti ni banyak telah diselesaikan oleh pemimpin UMNO tempatan, bukan pemimpin besar. Ketua UMNO cawangan atau ketua kg pun boleh selesaikan.
Pemuda UMNO Johor pernah bergaduh dengan sebuah negara jiran di selatan tanah air berkaitan satu isu yang membabitkan maruah negara. Kemana PAS senyap saja?
Terima kasih sahabtku Lanabulu, selamat berbuka.
Salam Ramadhan Saudaraku Ibnu Sidek,
Maaf sdra lanabulu saya komen di n3 sdra,:
Pemimpin UMNO begini yang kita hendak memperjuangkan nasib agama, bangsa dan diri sendiri agenda utama. Kalan Ibnu sidek, dia buat untuk rakyat dulu, saya percaya. Beliau jadi papa tak mengapa.
UMNO memang sebuah parti yang teruk, sebab tu di menguasai lama di Johor. Saudaraku jangan nak mengata orang lah.
Kata dulang paku serepih, mengata orang kita yang lebih.
Jika PAS dan pembangkang terbaik dalam Johor, mengapa rakyat tak memilih mereka dalam PRU12? Tapi mungkin PRU13, semua kerusi DAP punya le di Johor.
Saya ucap tahniah kepada saudaraku Ibnu Sidek...DAP akan berkuasa di Johor mudah-mudahan saudara jadi penasihat kepada parti pemerintah masa tu.
Salam persaudaraan se Islam dari saya untuk saudara...
Pandangan saudara Ibnu Sidek sangat bernas.
Hiss..jgn disebut DAP memerintah Johor! Naik bulu tengkuk teman. Sebenarnya persoalan yg teman timbulkan dan ingin tahu sangat sebagai rakyat Malaysia Melayu, adakah benar fakta2 yg dibentangkan tu? Adakah benar kawasan tadahan hujan tersebut dikuasai s'pore? Adakah benar Kg Melayu tu lenyap ? dan beberapa perkara lain yg diperkatakan. Bukan untuk menuduh sesiapa, cuma jiwa rasa meronta nak tahu perkara sebenarnya. Tq buat zedmagel pd penerangan lanjut.
lihat blog saya.tq
lihat blog saya.tq
Beginilah nasib..... diriku yang malang!
Ayah akak orang Bugis Johor kat air Itam, tu susur kuar ke Air Itam tanah abahlee, kejaan dah amik, pampasannye.....ermmmm
Tu le fasal jgn sesuke ati nak bukak pekong di dada org kalau kudis buta kita satu badan! Tapi betulke? Kata org kalau tak sungguh orang tak kate apa lagi kalu penuh fakta. Apapun ade jugak yg suke mereka-reka cerita. Wallahua'lam. Satu je nak kena ingat bahawa rakyat malaysia ni takle sebengong wal tolol yg disangka!
lanaBulu,
uiks.
terus segar mata yang dah separa terbuka ni pabila membaca entri ni.
adakah benar apa yang diwar-warkan oleh emel yang diterima oleh teman lanaBulu tu?
wauAllahhualam.
benci orang atasan yang hanya membesarkan perut!!!
huhuhu.
:(
p/s: dillema nak join Umno ke apa. semua parti ada agenda tersendiri dengan kepentingan masing-masing.
Salam Merdeka,
Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
terima kasih dan salam silaturahim..moga afiat dan sejahtera dgn ibadat yang dimakbul Allah.
mari barziarahan:
http://abdulhadi035333.multiply.com
kadangkala kita ni terlampau percaya pemimpin dan harapkan balasan terutamanya kebendaan. Pemimpin pulak tu ilmunya cetek nak bagi balasan terpaksalah bergolok bergadai untuk terus jadi pemimpin. kalau dengar ornag singapura cakap pasal pemimpin Malaysia malu rasanya. Kalu rasuah nombor satu. tapi kalau cakap pasal air singapura, tanah dia yang melenting bagai roboh bukit di buatnya. Kita masih perlukan pemimpin tapi yang berilmu dan berprinsip. hapuskan pemimpin turun temurun. ( ini tak bermaksud UMNO sahaja). kalau boleh nak tunggu di orchard road singapura tangkap gambar isteri -isteri kenamaan shopping sakan raya..Rakyat kena beli barangan buatan Malaysia.... Melayu bangkitlah dari tidur.
Adakah mereka berselindung atas nama Akta Rasia Resmi..???
Sepatutnya suara2 ini datang nya dari dalam umno itu sendiri demi tanahair tercinta...
Teman sangat mengalu-alukan komen blogger2 dari selatan kerana mereka lebih 'arif...
Salam
Kita bukan PEMBENCI tapi kita membangkang kerana sayangkan Melayu...Berkata benar Walaupun Pahit
Kadang2 disalah-tafsirkan bahkan bila teguran terkena pihak atasan (walhal utk kebaikan) mula dicop sebagai puak A la..puak B laa.. Mesej teguran tidak diendahkan..Pengkhianatan berlalu juga.. Sampai bila kita nak sedar? Adakah setelah Malaysia menjadi seperti semenanjung Arab Palestin baru nak terngadah? Too late already.
Kenapa orang kata haru biru ?
Kenapa orang tak kata haru hijau ?
Sebab Yang haru itu biru ha! ha!
Salam Ramadhan kepada sume..
Maafkan saya tlebih dahulu, kalau ada tsalah kata dah tsilap bicara.. harapan saya ialah pdebatan dan pbincangan ini boleh mbawa kpd perubahan! Jgnlah kt juga mengikut sama spt pemimpin2 yg telah mbuat ksilapan.. Boleh saya berikan cadangan;.. Boleh tak kt sama2 fikirkan bagaimana nak memulihkan keadaan, dr nak mjawab 'damage' yg dah blaku, dan menuding jari sesama sendiri.. memandangkan pemimpin2 yg sediada juga tidak ada strategi unt menangani masalah2 yg timbul akhir2 ini.. demi anak2 bangsa Melayu kt! Maafkan saya sekali lagi, krn senario sekarang mbimbangkan saya.. kalau hari ini saya boleh mcari rezeki yg halal di tanahari sendiri, jgn esok2nya anak2 Melayu kt akan merempat di bumi sendiri, spt nasib Melayu di Singapura! Tkasih dan salam buat sume, ikhlas dr saya seorang ibu yg prihatin, Suhana.
Post a Comment