Friday, July 31, 2009

Mandi bukan Wajib - cubalah !

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin.
Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannyaselama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Thursday, July 30, 2009

Manusia Hebat

Manusia yg hebat adalah yg hidupnya memberikan manfaat kepada orang lain. Yg hidupnya menggembirakan mereka yg susah dan memerlukan bantuan dan pertolongan. SubhanaAllah !! Semoga bertambah-tambah rezeki bersama keberkatan dari kerja tangan yg dilaburkan. Berusaha dan berdoalah wahai tangan2 yg meminta agar cita2 dan harapan orang tua yg miskin serta anak2 yatim moga dapat mencapai hajat menghantarkan anak ke Menara Gading. http://www.aiu.edu.my/programmes.html

Selamat maju jaya Al-Bukhari Universiti. Moga bertambah bahagia bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. http://www.aiu.edu.my/index.html
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Kiss...ikut Time

Sayang pun biar bertempat dan masa atau SIKON. Jangan dok main semberono je. Jgn ingat semua orang mempunyai mud/naluri selari dgn kita. Time period ke, time sedih ke... dan macam2 time lagi lah...

Kalau silap kiss ada baik (ok laa boleh dapat bunga) dan buruknya (sendiri tanggung laa.. sapa suruh dok gatai) . Hmm.. Ada minda tu pikiaq noo..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Monday, July 27, 2009

Pengantin Sehari

Pakaian segak bersampin dan bertanjak . Keris tersisip dipinggang melambangkan keindahan adat Melayu zaman berzaman. Kawanku menjadi raja sehari.Ikan di-laut (ikan air tawar pun boleh) dan asam di-darat dalam 'periok' bertemu jua. Benarlah jodoh pertemuan itu kuasa Tuhan. Siapa tahu yg jarak dan usia tidak pernah memilih perasaan untuk hidup berkasih sayang . Kesabaran menanti 'ketentuan Tuhan' dgn redha.

Selamat melayari bahtera kebahagian dan semoga berkekalan sehingga akhir hayat . Tabahlah menghadapi kehidupan yg sememangnya bergelora. Lumrah alam menanti di hadapan. Keimanan dijadikan panduan hakiki dikehidupan yg sementara ini.
Time is never come-back

Thursday, July 23, 2009

Retak & Melentoq


LEBUH Raya Damansara-Puchong (LDP) didakwa retak . - Foto PC Lim
Jul 23, 2009 3:41 pm

Adakah ini hasil kerja tangan mereka yg profesional? Berani ke nak lalu kot bawah ni? Selamba je depa tu 'dok langut'? Melihatkan retak seribu tu seolah-olah menanti belah saja. Juga keadaan lantai pun seakan-akan "melentoq" saja. Hiss bahaya nih !!! Dari secara lojik macam tak mampu saja 'tiang besaq tu' nak 'menungkat' bebanan di atasnya tu. Nak cari s/velu pun dah tak dak. So siapa pulak nak bertanggung-jawap kali ini? Memandu kenderaan disebelah atas memanglah tak tau masalah ni. Harap2 tak mendatangkan masalah besar kepada pengguna. Namun Pihak Berwajib kena take action segera! Jangan dok 'ghalit' lagi.

Jemputan Masa

Siapa sangka keindahan, kebahagian, kemewahan dan perlbagai nikmat kehidupan ini bakal terhenti ! Dik kerana panggilan sahaja. Panggilan yg meresahkan dgn sebesar-besar penyesalan buat mereka yg alpa dan lalai. Panggilan yg dinantikan buat mereka yg merindui sesuatu yg selalu disebut dikala berdiri maupun ketika duduk dan bangun semula dari tidur. Wahai jiwa yg selalu alpa dan lalai (termasuk temanlah) sedarlah bahawa dunia yg dikejar tak kan habis. Yang berlalu cuma usia semakin hampiri titik nokhtah bersama nafsu yg semakin membesar untuk digapai hawa. Dimanakan kedudukan kita nanti?
Time is never come-back

Tuesday, July 21, 2009

Oh Udang Geragau / Kepal !!!

Sedap dimakan sehingga menjilat jari. Namun telitilah sekiranya dari sumber manakah bekalan itu. Kenapa kita terlalu mudah dan tidak sensitif ttg hal2 permakanan. Nampak elok (pandangan kasar) terus borong. Inilah yg dikatakan fardhu Kifayah terhadap umat Islam. Dalam menjaga kebersihan makanan kita.Dimanakah kebersihan yg dikehendaki sekiranya 'lagu' ni punya kaedah???Ini pun sama saja 2x5. Biasalah bila yg diutamakan cuma keuntungan tapi bukannya kebersihan.Menatang tu buat apa lak kat situnya?? Halau lalat ke? Walaupun ada orang Islam yg 'bela' anjing tapi binatang ni tetap juga pengotor seperti gambar dibawah ni.. Anjing boleh ke dok saja2 'mencangkong'?? Hisss..tak gamak rasanya nak beli lagi udang kapal ni...
Time is never come-back

Friday, July 17, 2009

Warna Kulit


PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Kuala Lumpur, tengah hari ini. Kira-kira 300 orang berkumpul di luar bangunan SPRM mendesak agensi berkenaan menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tengah hari semalam. - Foto AFP
Jul 17, 2009 1:13 pm
Badan bebas perlu ditubuhkan siasat kematian Teoh: Koh
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mahu satu badan bebas ditubuhkan bagi membantu siasatan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, semalam. [+] 15:46 PM
Cebisan : Perbezaan fahaman politik bukanlah satu perpecahan seperti yg selalu dilagangkan oleh media massa. Terutamanya bila ada pilihanraya. Bila kita nak berubah kepada lebih bijak BERFIKIR SECARA DEMOKRASI yg telus? Sekiranya perjalanan pentadbiran kita betul, siapa yg akan ragui? Bukan semua teguran itu untuk menjatuhkan tapi adalah untuk kebaikan demi kesejahteraan rakyat. Kenapa harus melenting sekiranya teguran utk kebaikan. Kenapa harus ada rumah pemimpin BERJUTA ringgit sedangkan masih ramai rakyat yg menangkoi disuasana yg keruh. Kenapa tidak disiasat mereka2 ini sekiranya ada yg selalu menyalak "demi kesejahteraan rakyat" ? Lihatlah pada mereka yg mahu berfikir. Kenapa harus sampai ada yg terkorban demi penyiasatan yg melibatkan berapa sen saja sekiranya nak dibandingkan dgn gejala penyelewengan lain? Baru siasatan... belum tahu lagi samada salah atau tidak! Kaedah kehakiman : Seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman! Siapa yg terlalu gelojoh begitu sekali sehinggakan kematian? Lihatlah bagaimana bersatunya 'mereka' tanpa mengira fahaman politik. Terus mendesak agar diberi siasatan yg telus! Adakah situasi begini akan berlaku kepada Umno sekiranya member of PAS dizalimi dan begitulah SEBALIKNYA?

Thursday, July 16, 2009

Antara 2 Darjat

LIMA ratus keluarga yang tinggal di Kampung Muhibbah, Kuching terputus hubungan apabila air Sungai Sarawak mencapai tahap kering yang kritikal. Apabila air sungai kering jambatan kayu yang sudah uzur dan berlubang akan putus dari tebingan memaksa penduduk meredah pantai untuk menaiki tebingan. Sudah lima bertahun penduduk memohon agar jambatan diperbaiki tapi tiada apa-apa tindakan oleh pihak yang berkenaan. - Foto Nadim Bokhari
Jul 16, 2009 1:27 pm (Bharian online)

5 tahun??? Begitu lamakah masa yg perlu diambil untuk menimbangkan dan melaksanakan keperluan rakyat tempatan? Bukan 5 atau 50 keluarga tapi 5 ratus keluarga tu. Kalau satu keluarga ada 5 orang dah berapa. Itu kalau 5 lah..kalau lebih .. how? Mana pergi wakil rakyat yg dilantik? Tak turun padang ke? Tak kan turun padang 5 tahun sekali saja kot? Lihatlah bagaimana indahnya jambatan2 di Purta Jaya, cantik dan indah. Bandingkan keperluan sebahagian kecil rakyat Serawak yg memerlukan. Kosnya adalah tersangat murah sekiranya dibandingkan dgn jabatan2 di PutraJaya tu. TAPI kenapa harus 5 tahun???
Time is never come-back

Wednesday, July 15, 2009

Katil Patah Sudah. . .

Akhil cerai isteri talak satu
IPOH: Penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, sah bercerai talak satu dengan Maizawati Zainal, 33, di depan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini. [+] 12:30 PM
Note : Talak adalah perkara halal yg paling dibenci Allah. Namun cerah hingga kepetang yg diharap rupanya hujan ditengahari. Tiada lagi kasih sayang. Bukan niat kita untuk mengadu domba tapi untuk dijadikan pengajaran kepada kita buat meneruskan sisa kehidupan yg masih berbaki. Yang kita sendiri pun tak ketahui samada jauh atau dekat. Dugaan kehidupan adalah asam garam kehidupan . Hanya mereka yg sabar sahaja yg berjaya menempuhinya. Bertuahlah sekiranya berjaya berlayar bersama bahtera kebahgian diiringi tinta2 cahaya mata penenang hati. Nafsu yg digarap tak kan tercapai sekali pun seluruh isi dunia kita miliki sehinggalah terjumpa titik nokhtah buat kehidupan ini. Kunci kebahagian ini : Appreciate every single thing we have!
Time is never come-back

Tuesday, July 14, 2009

Leukimia Vs Habatus Sauda/Honey

Kelmarin (8.30am - 5.00pm) kami beberapa orang menghadiri kursus di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Walaupun kami bukanlah orang meminati golf pun (bola sebijik dok pukoi sorang2 then melenggang) tapi tempat tu yg terpilih. Ikut je lah. Semasa mengendalikan progran tersebut penceramah (Dr AMT) secara tak langsong telah menceritakan perihal keluarga beliau yg dirasakan berguna untuk dikongsi bersama. Semasa beliau sedang dalam pengajian untuk mendapatkan Phd-nya, anaknya yg berumur setahun lebih (dah boleh berjalan) ketika itu tiba2 menjadi lemah dan letih untuk berdiri serta berjalan. Hasil medical check-up didapati anak itu menghidapi leukimia. Detik mencabar bermula kerana terpaksa menjaga anak (di hospital selama 2 tahun) secara bergilir-gilir dgn wifenya dan memberikan masa utk studynya. Kini anaknya sudah pulih dan boleh belajar (Sek Men) seperti biasa. Bila diajukan adakah ubat istimewa yg digunakan? Dinyatakan selama 2 tahun berada di hospital diberikan anaknya itu dgn Habatus Sauda bercampun dgn Madu. Dr sendiri memperakui kesan pemulihannya sangat cepat dari biasa. "Benarlah seperti sabda Nabi kita bahawa habatus sauda ini dapat menyembuhkan segala penyakit (dgn izinNya) kecuali mati ". So, jgn tunggu berpenyakit baru nak amalkan benda2 ni.. jadikan amalan selalu . Kesihatan dapat dan sunnah pun dapat kan!!
Time is never come-back

Saturday, July 11, 2009

Seruan ! ! ! ~

Sekiranya manusia beriman tahu kelebihan solat Subuh secara berjemaah nescaya mereka akan datang sekalipun merangkak ~ maksud sabda Junjungan Mulia Rasul. Yang tua bertongkat pun datang apatah lagi yg muda! Tak boleh berdiri? Duduk pun jadi asalkan berjemaah. Yang tak berkepala (ngantuk sangatlah tu) pun datang asalkan berjemaah. Begitulah nak memperlihatkan bertapa payahnya melawan nafsu sendiri.
Time is never come-back

Friday, July 10, 2009

Licence to Kill

Rayuan hukuman rakyat Malaysia seludup dadah ditolak
MELBOURNE: Mahkamah Rayuan Brisbane, Australia menolak rayuan untuk menangguhkan hukuman seorang wanita rakyat Malaysia yang dihukum penjara lapan tahun kerana menyeludup dadah jenis kokain ke Australia. [+] 10:08 AM
Note : Adakah harus ada simpati kepada orang yang terselamat dari hukuman mati kerana terlibat membunuh @ menjadikan manusia sebagai 'manyat hidup'? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Bersyukurlah kerana jatuh tu tak sampai titik nokhtah. Sempat lagi bertaubat dari perbuatan yg HARAM tu. Bumi Tuhan ini luas dan perlbagai sumber rezeki HALAL boleh dicari / usahakan .
Time is never come-back

Lesung dan Halu

Anda pernah menggunakan benda2 ni? Lesung kayu dan halu/alu. Digunakan untuk memproses padi menjadi beras. Padi jawi sederhana matang untuk dijadikan 'impin' dan padi pulut sederhana matang untuk dijadikan 'ghingi' (sedara impin tapi lebih lembut dan wangi seperti juga impin). Bila dah siap digaul (gui') dgn nyok kukoq campoq garam sikit..fuuhhh. Selain dari 2 alat ni perlu juga satu benda lagi iaitu sebilah 'sodep' untuk kesempurnaan proses kerja. Padi dipilih dan dipotong dari tangkai menggunakan 'ketam' tangan dan diisi dalam bakul. Setelah diasingkan dari tangkai padi separa matang yg terpilih itu akan dipanaskan dalam belanga. Lesung yg berlubang bentuk 'kun @ V' akan dimasukkan dgn sukatan tertentu sebelum proses menumbuk dgn halu tadi. Bagi mengelakkan padi yg panas tapi melekat pada lesung apabila ditumbuk maka sodep digunakan untuk mencungkeh. Kepakaran menggerakkan antara halu dan sodep tu menjadikan majlis meriah dgn gelak tawa. Apa tidaknya kadang2 sampai 3 orang boleh menumbuk sekali dalam perbezaan masa yg hampir. Gerakkan halu yg ditumbuk bersimpang-siur dicelahi dgn sodep mencunkil padi yg semakin berubah menjadi impin atau ghingi.
Time is never come-back

Thursday, July 09, 2009

Tangkoi Udang

Memang tersangat lah syoknya bila tangkoi yg diangkat tu penuh dengan 'udang padang' (size nya besar sikit dari udang kepai tu) bersama dgn beberapa ekor ikan seperti ikan sepat kedah, anak ikan puyu, selat dan kalau bernasib baik dapat anak ikan haruan. Tapi kalau nasib tak baik dapat lah ulaq tanah. Pun begitu jarang sekali dapat. Kalau dapat pun memang malanglah ulaq tu kami kerjakan. Kebiasaannya masa tangkoi udang tu baru terendam dalam air kita akan campakkan di tengah dgn seketul tanah liat (bulat sebesar telur ayam ) yg dilumur (dikepai) dgn beras goreng yg ditumbuk sederhana halus. Kalau malas lumoq je dgn dedak ayam tu pun jadi. Dulu zaman budak2 selalu menahan tangkoi ni dalam parit (lebarnya 8 ~ 10 kaki) di depan rumah. Air bendang mengalir masuk dalam parit dulu sebelum masuk kedalam sungai bila padi dah menghampiri usia matang/menguning. Zaman bendang diusahakan secara tradisional percemaran sangat sedikit. Air parit masih cantik dan air sungai boleh digunakan untuk mandi (berenang sungai @ berkubang) dan mencuci pakaian. La ni .. jangan harap la. Udang pun hampir pupus apatah lagi tangkoi tu memang tak dak lagi.
Time is never come-back

Wednesday, July 08, 2009

Aku Sangat Menyayangimu Ayah

Yang hidup pasti akan merasai mati. Itu sudah lumrah kejadian yg bernyawa. Yang pergi akan bersama amal baik/jahat semasa hayat dan yg ditinggalkan tentu akan merasai kesedihan terutamanya jiwa2 yg masih muda. Mereka masih terlalu mengharapkan kasih-sayang seorang yg bergelar ibu maupun bapa. Walaupun just fiew words terkeluar dari mulut anak MJ .. Namun kita juga turut merasa simpati..Semoga hidayah Allah swt akan bersama anak2 MJ ini.
Time is never come-back

Tuesday, July 07, 2009

Mencabar atau Menghina ?

Sering kali digahkan dimedia arus perdana tentang kegiatan 'along'. Tapi kenapa masih lagi bernafas senang bahkan semakin galak mereka memberikan janji manis kepada peminjam baru. Hasilnya lihatlah siapa yg menjadi mangsa. Gambar yg dipapar ini adalah sebahagian kecil dari yang bersepah di serata tempat cara mereka melakukan iklan demi mendapatkan pelanggan baru. Melekatkan di merata tempat yg kadang2nya menghalang orang awan dari melihat sign-board dgn sempurna. Siap dgn contact nombor lagi !. Beranikan! , hebatkan !, gahkan mereka!. Ada apa2 peruntukkan undang2 ttg merosakan/menghalang orang awam dari melihat sign-board? Pihak berkuasa tempatan seolah-olah sekadar melihat tanpa berbuat sesuatu agar gejala ini tidak terus menenggelamkan keindahan bandar @ bandaraya kita. Tak kan lah sesuatu tindakan akan diambil setelah habis semua segala papan tanda diseluruh pekan dan bandar terpadam.
Time is never come-back

Monday, July 06, 2009

Kasih yg H i l a n g . . .


Pertama kali mendengar alunan lagu ini terasa seperti nyanyian kumpulan 'eleycat'. Kali kedua dengar sepert suara rintihan penyanyi 'Adam Ahmad' spt lagunya - tidak ku pinta lahir kedunia*. Memang terasa simpati bersama patah senikata lagunya. Sayu, merayu, pasrah dan meminta!!! Bersabarlah Kak Laila dan mereka yg sewaktu dengannya. Allah memilih mereka (diberi ujian)yg memiliki jiwa memang hebat ! Bertapa pilunya sekiranya anda mempunyai ayah/ibu tapi hanya dapat melihat sekali-sekala. Bertapa hibanya bila melihat orang lain boleh bergurau mesra, bersalam dan berpelukan. Bak kata orang rasa terasing dgn yg disayangi. Kenapa kasih mereka dipisahkan? Dunia bertamamdun tapi masih buta undang2. Kenapa masih ada yg harus menjadi mangsa keadaan? Bagaimana sekiranya situasi tersebut 'terkena' keatas diri sendiri atau keluarga yg disayangi? Tidakkah kita mempunyai perasaan untuk bertindak secara 'adil dan tidak menzalimi sesiapa? Sampai bilakah mereka harus dizalimi? Renunglah pada kehidupan yg akan datang selagi kita masih diberi kesempatan!.

Saturday, July 04, 2009

Masih Teraba-raba

Masih mencari identiti dan budaya. Lihatlah bertapa kosongnya kehidupan mereka. Kehidupan bebas tanpa undang2 agama. Islam telah mendidik ttg kehidupan dan adap2 berkebudayaan begitu cantik dan pesona. Benarlah memang serasi bila kita mengikut undang2 Maha Pencipta. Namun bagaimana dgn muda-mudi Islam kita kini? Dimana mereka dan apakah perbezaannya?
Bolehkah dididik dgn menghadiri JoM HeboH @ program yg sewaktu dgnnya?
http://news.bbc.co.uk/1/hi/video_and_audio/8132818.stm
Japan's fashion rebellion goes West
By Nina Robinson
BBC World Service, London
An underground youth culture in Japan which makes a rebellious fashion statement against traditional rules on eastern beauty, is taking hold on Britain's youth.
Manba involves devotees wearing dark tans, white make-up around their eyes and hair that is often a combination of neon colours.
British teenagers like 18-year-olds Eilish and Declan got caught up in manba after an interest in Japanese culture led them to start researching on the internet, where they came across the style.
Manba in Japan is also known as ganguro, gonguro, yamamba and mamba.
Yama-uba in Japanese is the name of a mountain hag in Japanese folklore whom the fashion is thought to resemble.
It has been around for nearly a decade and is an eye-catching statement against conformity.

Time is never come-back

Friday, July 03, 2009

Mangsa Percaturan Pelahap

Kehancuran akan berlaku bila system pendidikan diPOLITIKan. Kenapa harus begini/begitu? Terdesak sangatkah? Masih rabun lagikah bila pelbagai masalah yg timbul hasil mahsul dari campun tangan power orang politik dalam pendidikan negara. Masalah yg timbul dari kerja tangan yg kotor 30 tahun yg lalu dan masih berterusan... Masih tercari-cari formula yg sesuai..Masil terkial-kial seperti serba tak kena dgn pendekatan yg ada; yg saban tahun berubah demi kepentingan politik. Mangsanya? Anakbangsa juga!
Dua dekan dilantik tanpa pengalaman, tidak ikut senioriti?
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Sumber-sumber dalaman kakitangan sebuah universiti terkemuka di Lembah ...
Time is never come-back

Thursday, July 02, 2009

Kasih Celebrity

Micheal Jakson mati seluruh dunia memandang, menangisi dan memperkatakan sesuatu bahkan siap mengisi kedalam blog masing (termasuk aku lah juga). Sedangkan dia cuma menghiburkan bahkan melalaikan manusia dari landasan yg sepatutnya.
Bagaimana dgn insan mulia seperti ulamak terkenal Ustaz Fathi Yakan meninggal dunia. Adakah ditangisi seluruh dunia ? Setidak2nya merasai kehilangannya. Khususnya umat Islam sedangkan ilmu terutama melului buku2nya merentasi ke seluruh dunia. Seperti bukunya 'Apa ertinya aku memeluk Islam' - memang menjadi buku utama tazkirah semasa kami di kampus dulu. Manusia yg meneruskan perjuangan dan pewaris Nabi serta manjadi pelita untuk manusia akhir zaman sepatutnya kita terasa kehilangannya lebih dari celebrity terkenal. Semoga Rohmu bersama mereka yg diRedhaiNya.

Wednesday, July 01, 2009

Berjuang

Zaman Shahrul Yuzi dah berlalu walaupun hanya sekadar menghangatkan litar. Tak kan orang Malaysia sekadar kejohanan Cup Prix sahaja? Kita memiliki litar bertaraf 'world' punya tapi penglibatan dan pencapaian anak tempatan lagu mana? Adakah kita hanya akan masuk pertandingan akhir World Cup bila-mana menjadi penganjur? Begitukah hasil daripada badan2 sukan negara di'handle' oleh mereka yg sekadar pandai bercakap tapi tidak 'arif ttg sukan berkenaan. Lihatlah bolasepak negara; sat nak Pro sat nak semi-pro. Dok elok2 ada pemain import bubar kononnya tidak membangun quality pemain tempatan sedangkan seluruh dunia yg hebat bola adalah sebaliknya...
Rossi’s 100 Grand Prix wins – the statistics
Tuesday, 30 June 2009
Some facts and figures relating to Valentino Rossi’s remarkable 100 career wins, since his first victory in the 125cc class in Brno in 1996.

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media