Friday, July 10, 2009

Lesung dan Halu

Anda pernah menggunakan benda2 ni? Lesung kayu dan halu/alu. Digunakan untuk memproses padi menjadi beras. Padi jawi sederhana matang untuk dijadikan 'impin' dan padi pulut sederhana matang untuk dijadikan 'ghingi' (sedara impin tapi lebih lembut dan wangi seperti juga impin). Bila dah siap digaul (gui') dgn nyok kukoq campoq garam sikit..fuuhhh. Selain dari 2 alat ni perlu juga satu benda lagi iaitu sebilah 'sodep' untuk kesempurnaan proses kerja. Padi dipilih dan dipotong dari tangkai menggunakan 'ketam' tangan dan diisi dalam bakul. Setelah diasingkan dari tangkai padi separa matang yg terpilih itu akan dipanaskan dalam belanga. Lesung yg berlubang bentuk 'kun @ V' akan dimasukkan dgn sukatan tertentu sebelum proses menumbuk dgn halu tadi. Bagi mengelakkan padi yg panas tapi melekat pada lesung apabila ditumbuk maka sodep digunakan untuk mencungkeh. Kepakaran menggerakkan antara halu dan sodep tu menjadikan majlis meriah dgn gelak tawa. Apa tidaknya kadang2 sampai 3 orang boleh menumbuk sekali dalam perbezaan masa yg hampir. Gerakkan halu yg ditumbuk bersimpang-siur dicelahi dgn sodep mencunkil padi yg semakin berubah menjadi impin atau ghingi.
Time is never come-back

No comments:

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media