Monday, May 11, 2009

Masa Berlalu Memang Pantas

Alam kanak2 terasa sangat indah tetapi terhad. Berlalu pergi meninggalkan nostalgia kepada ibubapa. Namun bersama mengharungi detik2 membesar dan menjadi remaja serta merasai, mencuba dan mengecapi sesuatu yang tidak tercapai tangan. Hanya hati dan perasaan yang mengakuinya. Itulah indahnya...Perasaan kasih dan sayang sesama insan. Sejuta kenangan akan terpahat dihati dan akan dibawa bersama onak kehidupan yang mendatang. Maha Suci Allah yang memberikan kita RahmatNya.
Berlalu zaman remaja yang penuh gelora, serba mencabar jiwa. Padahlah pada yang tidak mengikat dan berpegang dengan Tali Allah. Namun ramai yang selamat berkat kasih sayangNya. Melayari bahtera kasih sayang yang dicipta atau tercipta dik hati yang muda belia.. Ramai hati yang kembang mekar bersama kebahagian dan tidak sedikit juga yang dipilih oleh Sang Pencipta untuk diberi dugaan buat ganjaran nikmat dikehidupan yang kekal abadi (pada mereka yang sabar).
Ingatlah kehidupan dunia ibarat setitik dari air laut (kehidupan akhirat).

Friday, May 08, 2009

Special Gift 4 Banjingan

Ramai yang cedera, bukan sedikit yang parah, malang sungguh sekiranya terdapat juga yang sampai koma. Paling sedih bila anak2 kecil menjadi yatim, hilang tempat peluk kasih sayang hasil dari tindakan nekad peragut yang tak berhati perut tapi penakut. Takut untuk berusaha menggunakan kudrat yang ada mendapatkan rezeki yang halal. Dari hidup menzalimi orang adakah lebih baik mati bergalangkan tanah! Video ini memaparkan usul yang baik TAPI jangan sampaikan letakan C4 dah lah..okay

Bunuh tu Sunat ke Haram @ Harus ?

Siapa menyangka bahawa kita sudah menghampiri zaman batu semula. Manusia sudah tidak lagi menggunakan akal yg sempurna untuk menghargai bertapa bernilainya sebuah kehidupan. Adakah patut mereka bunuh dan membunuh sedemikian rupa? Atas nama keselamatan awam? Dimanakah kesilapan dan apakah kewajaran yang patut diambil sebelum 'penamat' dilakukan?

Thursday, May 07, 2009

Sajak Orang Ulu...Sesalan

Pintu Taubat masih terbuka selagi tak STOP menjadi manusia. Cubalah hayati dan fahami (bahasa orang Terengganu/ulu - memang BEST) sajak dari mp3 dibawah. Memang memberikan keinsafan. Lebih2 lagi kepada mereka yang tersalah langkah dan juga menjadi peringatan kepada kita memilih jalan hidup yang sementara ini.

http://d.yimg.com/kq/groups/20440826/1762012498/name/Mok_Aku_nok_tubik.mp3

Wednesday, May 06, 2009

Cantiknya gigi si-Comel TAPI..??

Hati mana yang tak mekar, gembira tak terkata bila melihat anak2 kecil senyum ketawa..gigi putih bersih. Manis, comel, lawa, suka dan bahagia... Namun ramai yang tidak menyedari bertapa kita kadang2 alpa tentang bahaya akibat dari sesuatu 'kasih-sayang' yg kita salurkan..

Sebarkan pada rakan-rakan Dapatkan code widget banner ini

http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/leaflef_ancaman_bahaya_fluorida.jpg

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media