Tuesday, May 05, 2009

Ombak Laut Berhenti Menari..


Sedikit yang memikirkannya. Adakah ini sekadar fenomena alam (ombak laut membeku) atau sebagai tanda bahawa usia dunia sudah menghampiri penghujungnya.
Unggas liar berterbangan mencari rezeki bila sang-ombak berhenti menari.
Sekadar renungan untuk kita... Sampai bila kita akan terus menari melayan permintaan dunia (bukan alam maya) yang sementara ini?

Buah Dara . .

Ribuan ampun-maaf sebab melampirkan photo ini. Namun demi kebaikan dan maslahah kaum ibu,adik dan kakak.. Ambillah langkah, pentingkan kebersihan diri dan pakaian (luar dan terutamanya yg dalam) serta juga permakanan demi kelanjutan usia dan kasih-sayang keluarga. Tiada berniat untuk mengajar itik berenang, wahai kaum ibu yg dihormati. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Bila Nak Sedaq ?

Not keen on halal certificate

KUANTAN: Hotel and non-Muslim restaurant owners in the state are more interested in obtaining the halal certificates compared with their Muslim counterparts.
Pahang Islamic Religious Department senior assistant director (research) Zakaria Mohamad said most Muslim operators were reluctant to get the certificate as they assumed that people would never question their halal food.
(http://www.nst.com.my/Tuesday/National/2548719/Article/index_html)

Adakah kita sering memandang remeh hal ini? Atau sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja dalam menangani masalah halal dan haram. Wal-hal ianya akan menjadi asas dalam pembentukan diri dan amalan baik seterusnya. Kebersihan adalah penting dan penelitian dalam proses keHalalan nya adalah tersangat perlu diberikan keutamaan oleh semua pihak. Lebih2 lagi pengguna.

Monday, May 04, 2009

Hasil Pengorbanan ini. . .

Menjadi kebanggaan ibubapa, keluarga, orang kampong, pihak sekolah dan negara keseluruhannya. Sekalung Tahniah buat adik Nik Nur Madihah. Moga kejayaan berkekalan sehingga dapat memberikan sumbangan kepada Islam sejagat. Akhlakmu akan menjadi Idola kepada generasi muda dan adik2 penerus perjuangan ini. Tahniah sekali lagi buat Murid Mithali ini. Selamat menunaikan Umrah dan selamat melanjutkan pelajaran ke Jordan nanti, InsyaAllah.

Saturday, May 02, 2009

Setitik Najis meRosakan Susu Sekawah?

Pelajar pitam dakwa dipukul guru
KUALA TERENGGANU - Seorang daripada tiga pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di Chendering di sini pitam dan mengadu pening kepala selepas mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh seorang guru kelmarin. (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm)

Bagaimana sekiranya kes begini terjadi kepada ahli keluarga kita??? Apakah tindakan yg sewajarnya kita lakukan? Pergi sekolah dan pukul cikgu tersebut sebagai hukuman khisas? Biar dia rasa buku dgn ruas?? @ Pergi kesekolah dan beri sejambak bunga sebab mendidik anak kita?? Atau buat lapuran kpd kementerian (seperti anjing menyalak bukit) agar diambil tindakan selanjutnya seperti di'tangkap' dan diberi didikan kaunseling utk guru 'ala samseng' ini? Bagaimana sekiranya tindakan guru itu menyebabkan 'kecacatan kekal' terhadap murid? Siapakah yang akan menanggung 'beban' yg ditinggalkan dari hasil tangan cikgu yg tak layak dipanggil cikgu itu? Siapakah yg patut diberikan Pendidikan Moral??

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media