Sunday, October 03, 2010

Ku Harap Panas hingga ke Petang

Anak rakan yg menikah pada 2/10/2010 
 Mahligai Rita, Aidil goyah
Masih lagi segar dalam ingatan tentang perkahwinan teman..tup2 tadi terbaca berita (boleh dikira malang laa) bila mana masalah rumahtangga melibatkan orang ke tiga maupun keempat..Orang ketiga yg dimaksudkan adalah news serta sedara mara jauh dan dekat.. Sepatutnya semua pihak kena memikirkan hasil pernikahan mereka..iaitu anak kecil yg masih belum tahu apa itu 'asam..garam..manis..pahit' alam berumahtangga.. Kalau diikutkan bahasa member..memang dah bersembur ceramah..tapi memandangkan sahabat2 pungunjung dari pelbagai peringkat umur ..tentunya lebih arifkan..
Payah ka nak memaafkan keterlanjuran anak menantu kita?
Terasa hina ka kalau menerima menantu seadanya..sekalipun sakit mata memandang.. Almaklumlah artis..(lakunan mereka mmg selalunya melanggar syariat) tapi sudah menjadi pilihan dihati anak kita..? Dah tergedik-gedik nak sangat .. nak buat lagu mana? Zaman laa ni.. bukan zaman dulu (zaman tok nadoq) ..TerAMAT betuah sangat mereka kawin luar negara atau kawin lari atau sewaktu dengannya.. DARIPADA MEREKA BERZINA !!! Ini lagi bala petaka. Kena pakat muhasabah dgn tenang.. Hidup ini bukannya kemana pun kalau dok kilik keEGOan tu... Buat naik tekanan darah dan mempelawa penyakit datang je..
Semoga mendung berarak lalu..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

22 comments:

azieazah said...

Yang muda kena banyak bersabar dan beralah dengan tua, sambil menunjukkan sikap baik dan membuktikan diri boleh menjadi menantu yang baik.

Ibu bapa/mertua wajar menarik diri ke belakang sikit dalam hal-hal yang anakmenantu boleh diselesaikan sendiri.

Rumahtangga anak-anak adalah hak, ibubapa boleh memantau menasihat bukan mengeruhkan lagi keadaan.

Anonymous said...

salam lan..apa khabar,tentu sihat seisi rumah.
betul apa yg lan tulis tu..kenduri dan hantaran dibuat secara besar2an bagai nak menunjuk..lepas dua tahun anak sorang dah bercerai..berebut anak pula tu..
inilah akibatnya bila dibuat tidak secara ikhlas dan mengikut lunas2 agama.

Unknown said...

yg LAMA dan maybe berpangkat kena mengalah sikit dan yg muda lak yg jd bodoh sombang kan...

Unknown said...

Wa salam M&M..alhamdulillah ahli kerabat semuanya sihat..cuma la ni terlalu banyak dgn jemputan kawin dan open house...
Moga yg keruh kembali jernih ...yg bersalah tu 'beraya' je..kan3..

ch@ said...

kawin muda memang banyak sangat cabaran dan dugaannya, walaupun mendapat restu keluarga. Tambah-tambah dapat suami muda, memang kena sabar bebanyak, kena mengalah, mengalah tidak bererti kalah.

puas menyabarkan hati, itu yg kita pilih, kena lagiii tabah. huuu... (kena batang hidung sendiri)

ikan emas said...

Semoga rumah tangga mereka aman damai dan kekal berpanjangan. Jangan salahkan pihak ketiga jika berlaku sesuatu..

Unknown said...

ch@..walaupun pilih sendiri tapi insan yg bertanggung jawab tak pa...
sabau2 membawa bahagia..

Unknown said...

IE..begitulah hendaknya..
teman sayangkan mata kecik tu...

secangkir madu merah said...

salam, kalu berkahwin jarak umur yg terlalu jauh pon masalah gak sebenaqnya tambah2 klu lelaki lebih muda dari perempuan kan? ke alasan?

Unknown said...

pada teman..umur tu pun mainkan peranan gak tapi bukanlah pokok perpecahan utama...
'pengisian' semasa hidup bersama tu...sebab yg cantik akan krepot suatu masa nanti..yg solid dan bergetah boleh bertukar..hanya-sanya pendidikan agama menjadi penyuluh utk kita semua...hamba2 Allah diakhir zaman ini..

ana said...

melayan perasaan ego tk membantu mana2 pihak pun...betul tu, ana setuju sgt!

Unknown said...

Bila kita melayan perasaan..seta senyum saja...dah bertambah lagi sorang kawan dia...hhmm

Murni Alfathunnisa said...

waahh..."zaman tok nadoq"..lama sudah tak kedengaran frasa tu....sejak jarang-jarang berkomunikasi dgn tok2...

Unknown said...

itulah antara bahasa ibunda klasik yg hampir pupus penggunaanya...
siti pun jarang gunakannya..kan3..

Raji and Yeen said...

huhu
btol sgt dari mereka teruskan berzina tanpa pengetahuan ibu bapa ;D
lebih baik dihalalkan saja hubungan mereka~ :P

Unknown said...

bahkan terlalu mudah utk berzina laa ni..

Anaasuria said...

salam tuan lana
asam garam rumahtangga ni macam ombak.. lepas dia mai dia pi lah.. cuma yang mai tu ombak yang jenis kecik2 ka atau badai.. huhu.. apa pun, kena selalu ingat balik niat kenapa nak berumahtangga dulu.. huhu..

Unknown said...

Kalau jiwa dah macam pemain luncur ombak tu kira okay lah jugak kan...Aanas
ini tidak..masalah sikit rioh sekampong...

abu muaz said...

jangan jadikan rumahtangga sebagai lakunan ....

Unknown said...

Belakon dgn anak2 takpa kot Abu Muaz..hee

anyss said...

Salam,
Kalau takut dilanda badai, mengapa bina rumah tepian pantai?

Adatlah gaduh2 tu...tapi, kenalah fikir panjang pasal anak jugak. Kesian dia...bukan dia mintakpun dilahirkan ke dunia. Bila dah lahir...tetiba pulak kita tak boleh bagi kasih sayang sewajarnya.

Bila dah sanggup seberang negara hanya untuk kahwin, tak kanlah tak boleh tahan sabar sikit je dengan kerenah manusia keliling...

Unknown said...

Anyss..
Masa dilamun cinta..akai jadi singkat..nasihat dan pandangan orang tua rasa tak senang...
itulah gamaknya cinta yg dikatakan buta kot..hee

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media