Saturday, September 04, 2010

Two Moons ~O~o~

Beberapa hari sebelum 28/8/2010 teman terbaca ttg berita kejadian pusingan alam cakrawala.
Dari bumi kita Maaysia akan kelihatan 2 bulan (bulan & mars) pada pukul 12.30am.
Detik dinanti.. alarm dipasang pasai nak melihat kebenarannya. Almaklumlah kejadian tu akan terjadi lagi ..namun terlalu lama..yg confirm kita dah tak de tapi kiamat tu belum tentu..

Tentu tak menjadi masalah kan..pasai solat tarawih dan more pun..gedebuk-gedebak dah pukul 11.30pm. Sampai umah.. buat apa yg patut sekadar melayan masa menantikan detik yg dinantikan..

Hanya sekadar menggunakan Panasonic DMC-FS62 ...bolehlah seadanya..
Tunggu punya tunggu ... 12.15am pun tak timboi jugak..
Walaupun tak kelihatan tapi klik tetap klik jugak..manalah tau kan..kot2 ada special detected by camera..kan3..
Haa..?? cuba lihat gambaq terakhir tu.. Adakah itu imej yg dinantikan..bulan kedua (mars)..?
Ntahlah..semasa teman lihat ..melangut pada malam tu ..tak de pun kelihatan..
Tup2..bila scan dari camera..ada pulak imej tersebut..
Rezeki atau kebetulan atau hayalan..??

18 comments:

ninie's corner said...

mgkin kebetulan.....

terokai seni said...

ate tak kabo awal, kalu dak bule teman join skali

azieazah said...

Sungguh indah bulan ciptaan NYA.

hentian said...

IM dapat tahu selepas tarikh tu. Melepas...

Unknown said...

kebetulan yg dicari ninie..haa

Unknown said...

maaflah cemomoi..ingatkan semua dah tahu pasai hal ni...
tak pa ..kita kongsilah..hee

en_me said...

xlah sebesar bulan tp kuasa Allah saper yg tahu kanns..

salamm ramadhan abg lana ittewww..

Unknown said...

en_me..planet yg kelihatan tu adalah bulatan yg besar tu dan kabur sekiranya nak dibandingkan dgn bulan sebenar,..

Raji and Yeen said...

mars yg xbercahaya tu ker?
hebatnya subhanAllah~

Unknown said...

ha ah..rezeki..

Anonymous said...

Aslmkm.
Keajaiban & Keagungan Illahi! Subhanallah.
Bila Lan balik kampung?

Unknown said...

Wa alaikumsalam kak G..
Indah ciptaanNya buat g nak memikiornya...
InsyaAllah akan bertolak pada hari rabu ni..

Ampuan Awang said...

salam,

tak lama lagi raya ;)

Unknown said...

AA...dan tak lama lagi juga ramadhan akan pergi ...sedihh..tapi apa kan daya..sudah ketentuanNYA..
Semoga kita dapat bertemu lagi dgn ramadhan ditahun-tahun yg mendatang..InsyaAllah

RAM said...

Salam ziarah.
Ajaib!
Dengar lagu pak Indon pulak ni!
Dalam menghabiskan Ramadhan kita terus bermohon semoga sentiasa di dalam rahmatNYA.
Selamat Hari Raya.

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Ayam n lembu pucat ketakutan,
Sebab daging jadi santapan,
Ramadan Al Mubarak dah ditinggalkan,
Semoga dosa dapatlah diampunkan.

Unknown said...

TQ RAM..moga kita semua bersama hidayahNYA..forever..
p/s-kes indon sana nun tu ..jgn kita tertipu dgn mainan politik...tu semua sekadar nak membangunkan semangat patriotik..dan melupakan masalah dalaman negara kita..penyelewengan ..korapsi..kronimasi..hilang kepercayaan rakyat..dan sebagainya..

Unknown said...

sama2 shaniza..begitulah hendaknya harapan kita semua..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media