Wednesday, September 29, 2010

Dia yg menolak dan meminangkan..

Berada diusia senja..
Sering dikelilingi anak2 dan apatah  lagi cucu2..
Ketika anak2 teman bersama nenek mereka (Tok Jag)...teman terkenang kembali..
Kenangan > 20 tahun yang lalu..ketika teman masih di tahun 2 pengajian..
Teman pulang kampong bila cuti semester..
Sambil2 lepak2 dgn ibu (Mak Jag) dan 2 kakak (kak Teh & Kak cik Diah)
dibawah rumah..(Rumah dulu tiang tinggi..boleh masuk kereta lagi..)
Teman kabarkan yg teman ada berkenan dgn seorang gadis.. orang selatan tanah air 
(bukan Johor atau S'pore)..Ibu menolak dan kakak2 pun bersependapat dgn ibu..
"Nanti hang akan tinggai sehelai sepinggang"..! Oooo rupanya mereka (orang2 lama)
sangat fobia dgn adat perpatih ... sedangkan tujuan kita berkahwin adalah utk 
hidup bahagia forever... Sebagai anak (budak baik..hmm) teman akur dgn reaksi mereka..
 Lagipun perjalanan masih jauh.. Usia masih muda..ranjau belajar baru bermula..
 naluri sampingan tu boleh dipinggirkan pun..
Bila sudah berdikari dan rasa mampu utk hidup melayarai bahtera bersama insan yg Sah..
Dari jauh teman call dan bercakap pada ibu.."saya mahu kawin" .Hhmm..
Rasanya .. ~ 2 bulan selepas itu teman diberitahu oleh kak cik Ba ..
Ada sorang budak tu...cantik.. anak Tok Sheikh Ramli.. dok kat sekian tempat.. bla..bla..bla.. 
dan abang2 dan kakak2.. semua dah lihat..kecuali teman dan adik Lina (masa ni adik masih belajar di UM)
..pasai masa tu kami pi jelajah Pahang..Terengganu ..Kelantan..Perak dan balik semula ke Selangor..
Sempena cuti Raya Haji tahun tersebut... 
Setelah menghubungi abang serta kakak dan semua 'mata-mata' mereka setuju dan 'berkenan'..
Teman pun kirim RM lah utk buat membeli cincin pertunangan.. Alhamdulillah..berkat doa semua
ibu uruskan urusan peminangan dgn lancar dan ringkas..
Selepas 6 bulan bertunang..dan pada tanggal 2hb November..
Teman pun membimbing tangan sang puteri menaiki bahtera kebahagian!

Thursday, September 23, 2010

Kenapa kambing atau lembu?

Mengharapkan pagar pagaq mentedaghah padi..
Begitulah seperti kata bidalan yg nak mengambarkan tentang sumbang muhram
Persoalan di sini adalah kenapa mengandaikan seperti kambing atau lembu..??
Kambing & lembu pun kalau boleh nak komplen pasai guna depa..
(mencemar dgn contoh2 yg tak elok ..sedangkan hewan ni beri susu buat manusia)
Kenapakah tidak digunakan babi atau khinzir saja?
Sedangkan pesalah adalah lelaki yg tak boleh diberi perasaan simpati ..pasai?
"tidak beriman orang yg tidak merejam penzina yg dihukum rejam" - tak rejam pasai
simpati tak gitu?
NO...itulah hukuman yg selayak baginya dan baik baginya di akhirat sana sekiranya 'bertaubat'lah..

Hakim bertanya kepada tertuduh yang mengaku bersalah merogol anaknya sama ada dia mempunyai rasa malu atau menyesal dengan perbuatan menjijikkan itu? Tertuduh hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum dan menyatakan dia tidak berasa apa-apaTebakaq hati teman ! Nasib baik buka teman yg memegang merton (hammer) tu.. kalau tidak, kat situ jugak disebat..biaq dia tahu lah langit tinggi rendah..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Tuesday, September 21, 2010

This is not "6 JAHANAM.."

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%
Apa nak jadi nih...???
Dok nak senang lenang lagi..?
Dok nak bercakau lagi ttg wang royalti dah jadi wang Ehsan..??
Dok gah lagi dengan pertandingan kapal layar antara bangsa..??
Masih lagi nak berseteru ttg masalah dalaman pertadbiran negeri..??
Apa guna pembangunan setinggi langit sekiranya para belia harapan bangsa
menjadi bangkai bernyawa..??
Apa ertinya project mega sekiranya yg mengaut keuntungan adalah kroni dan yg mengganas mendapatkan
ubat ketagih adalah anak2 buah kroini juga..?
Hidup sekadar menjadi pak turut dalam meneruskan kehidupan..dan kesinambungan
pemerintahan bangsa sendiri..?? sampai bila kita sanggup melihat kesinambungan berterusan diatas kemusnahan bangsa sendiri..
Suatu ketaka dulu bila ada usul dari majlis Ulamak agar penagih2 ni diletakkan di sebuah pulau!
Fuuhh..melenting keluar suara2 sumbang menentang..seolah2 nantinya penagih akan mampos di sana..walhal
kat Pulau JERJAK (tempat penjenayah) tu ..boleh pun stay sampai sekarang..
Inilah sebahagian dari akibat bila kepentingan diri mengatasi tujuan asal menyelamatkan anak watan..
Hmm..maybe inilah hasil dari usaha pemberian jarum?? idea yg teramat bijak!
Ini kisah di Terengganu..negeri lain?
aduuhhh...jahanam lagu niii..

Monday, September 20, 2010

Kenapa dok Hingaq?

 Solat Jumaat tak cukup jemaah

Bila sesuatu masalah agama diperbincangkan dimedia masa..
Elok ka? bukan kah baik sekiranya dicari jalan penyelesaian dgn bawak berbincang..
secara 4 mata..(dua2 pihak lah)..
Pihak Majlis agama kena turun padang laa.. beri penerangan
Terima aduan ..kenapa? pasai apa ? lagu mana? yg boleh jadi lagu tu...
Perbincangan tu biarlah dgn hikmah..(hee macam nak ajaq itik berenang lah pulak)
Bertujuan mencari alternatif..bukan nak kondem mana2 pihak..
Kena akur pada sebarang hasil perbincangan .. antara yg mengamal dan ahli ilmu..
Pasai ..masing2 ada alasan yg tersendiri..
p/s- hhmm.. jalankan hukuman sebat je sesapa yg 'saja2' ponteng solat jumaat!
Amacam..? hee..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Friday, September 17, 2010

Banyaknyaa..

Fuullamak aiii...
RM60K..wang pendahuluan..???
Banyaknya...huuhh tak sangka teman..
Ntah berapalah bayaran penuhnya ye... Just utk satu jam show..!
ish3...betuah siti..betuah badan datok K.. tahniah..
Hhmm..namun ada elok jugak lah dibatalkan tu.. bukan saja kat penang
tapi kat tempat lain pun sama jugak..
Itu semua detik dan langkah permulaan utk penyumbang kepada
ahli baru utk sekolah yg bakal dibuka hari ini kat Melaka tuh..

Siti tiada, Guan Eng arah batal konsert

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Wednesday, September 15, 2010

Sekolah utk PENZINA


Habis manis sepah dibuang..

















???.. Cepatnya...
Begitu effective sekali tindakkannya..
Hebat sungguh siapa yg mengusahakannya...
Soo??? Siapa yg berminat boleh mendaftar.. Moohh pi lah ramai2...
jgn bimbang..identiti anda para penzina sekelian akan dirahsiakan...
Semua ditanggung beres..
Selesai masalah???
itulah kaedah yg mampu digapai dik pemikiran rasional..depa yg dok ada laa ni
Hhhmm..bagus jugak..setidak-tidaknya mereka berusaha..
menangani masalah pembunuhan dan buangan bayi yg tak bersalah..
p/s-ibarat api yg sedang marak..pasir disimbah..air juga disimbah..
namun..gejala sosial yg lagi marak ibarat minyak yg tumpah sedang melingkari masyarakat kita
seperti tiada apa2 tindakan dari pihak yg berwajib..
Kegiatan sosial yg mengundang akhlak melampau menjadi2 lagi..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Friday, September 10, 2010

Maaf lah sesama kita..

Selamat menyambut hari lembaran..salam penuh hormat buat semua rakan dan taulan
 serta pengunjung budiman.. MAAF ZAHIR DAN BATIN.. 
Hidup bahagia bila kita saling bermaaf-maafan..kan3..
Almaklumlah..bumi mana yg tak ditimpa hujan..
kat gurun sahara pun kena hujan..
bahkan yg terbaharu siap ada ais batu lagi ..tak gitu semua..?Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, 6" Display, Graphite - Latest Generation

Saturday, September 04, 2010

Two Moons ~O~o~

Beberapa hari sebelum 28/8/2010 teman terbaca ttg berita kejadian pusingan alam cakrawala.
Dari bumi kita Maaysia akan kelihatan 2 bulan (bulan & mars) pada pukul 12.30am.
Detik dinanti.. alarm dipasang pasai nak melihat kebenarannya. Almaklumlah kejadian tu akan terjadi lagi ..namun terlalu lama..yg confirm kita dah tak de tapi kiamat tu belum tentu..

Tentu tak menjadi masalah kan..pasai solat tarawih dan more pun..gedebuk-gedebak dah pukul 11.30pm. Sampai umah.. buat apa yg patut sekadar melayan masa menantikan detik yg dinantikan..

Hanya sekadar menggunakan Panasonic DMC-FS62 ...bolehlah seadanya..
Tunggu punya tunggu ... 12.15am pun tak timboi jugak..
Walaupun tak kelihatan tapi klik tetap klik jugak..manalah tau kan..kot2 ada special detected by camera..kan3..
Haa..?? cuba lihat gambaq terakhir tu.. Adakah itu imej yg dinantikan..bulan kedua (mars)..?
Ntahlah..semasa teman lihat ..melangut pada malam tu ..tak de pun kelihatan..
Tup2..bila scan dari camera..ada pulak imej tersebut..
Rezeki atau kebetulan atau hayalan..??

Thursday, September 02, 2010

Tiket Tambahan

Semunya ini hanya sementara..
Segalanya adalah sebagai 'tiket tambahan' utk yahudi melakukan pembunuhan
yg biasa dilakukan terhadap umat Islam Palestin..
tak kira kanak2 , wanita maupun orang tua..
Melintang patah.. membujur hancur.. berselindung pun hangus..
dik keganasan kerja-tangan yahudi ni..
Pun begitu ada kutu yg lagi dok main wayang...
masih lagi dok nak 'berlakon dgn plan perdamaian'..
Dari negara yahudi sekangkang kera hinggalah ..
Palestin sendiri yg menjadi sekangkang monyet..
Sedangkan para Nabi dari kalangan bangsa mereka pun dibunuhnya..
inikan pula rakyat biasa yg dipandang setaraf binatang..
masih lagi dok berangan..berangan.. berangan.. si-yahudi tu nak berdamai..
wal-hal spesis ini hanya menggunakan misi itu just utk berehat ..
then mengganas semula.. pun begitu masih juga tak mau2 faham..!

4 pendatang Yahudi ditembak mati

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Wednesday, September 01, 2010

Misi dah habih...

Bunyi bahasa indah didengar.."menamatkan misi ketenteraan keatas Iraq"
Adakah benar2 tamat?..
Sudahkah kemakmuran dan keharmonian yg ditinggalkan?..
buat rakyat Iraq?..
Ataukah perang saudara yg akan terus wujud ..
setelah pecah belah yg diwujudkan oleh penjajah keparat itu..?
Setelah berapa banyak emas hitam yg disedut dari bumi ambiya' itu..
Mereka tak ubah seperti lintah..hanya jatuh dari tempat sedutan bila dah penuh kenyang..
Sudahkah terjawabkah misi memerangi Saddam Hussain ..?
Haaa..inilah undang2 dunia..jerung lopeh lalu tapi yg kocek2 tak leh nak lopeh..
Yg besau baham yg kocek.

Obama umum misi ketenteraan AS tamat hari ini

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media