Monday, July 26, 2010

Perbincangan Meja Bulat

Maka bermulalah bijak~pandai membuka bicara membincangkan 'permasalahan' yg telah menimpa dan bakal mendatang akibat kerja tangan2 gatal atau sedikit 'kureng' bertanggaung jawab..
Kononnya..
Perlukah diadakan tahap peperiksaan tahap bawah seperti mana kelaziman dijalankan ..
selepas merdeka hingga sekarang... atau sekadar memenuhi syarat2 perlaksanaan keputusan sedangkan 'result sudah ditetapkan'..? haa..
Mungkinkah wajar sekiranya perbincangan dilanjutkan kepad fakta lain yg berkaitan seperti :~
Mengurangkan bebanan yg perlu digalas atau ditarik oleh pelajar sekolah rendah..
Perlukah pelajar diajar muzik sedangkan subject ugama terdesak dan bacaan Quran masih merangkak..
Perlukah dilakukan amali solat serta amalan dan dijadikan sebagai ..
sebahagian dari syarat kelayakan melengkaptkan sijil peringkat menengah..
hiisss..serabut laa..

16 comments:

Kakcik Seroja said...

satu persoalan yang bukan sekadar boleh diperbincangkan sambil lewa sementara duduk2 minum kopi tu...

ch@ said...

haaa photo tu pun mcm ada kena mengena, untung budak² skrg kan PakLan? smuanya difikirkan utk kebaikan dorang, time kita dulu, pasrah je smua...

Anaasuria said...

salam.. tu lah kadang dia orang ni buat satu2 keputusan tanpa buat kajian yang mendalam.. contoh pagi tadi dengar radio, nak diadakan sekolah untuk pelajar2 hamil.. apa nak jadi ler..

Murni Alfathunnisa said...

Meja bulat dalam gambar tu tak cukup menampung berat isu yang nak dibincangkan...

Anonymous said...

salam lan..betul spt apa yg lan katakan..semua keputusan dibuat tanpa perbincangan n perancangan yg teliti..naik satu menteri baru,ada perkara baru..kalau sekolah kesihan pada pelajar..

terokai seni said...

kacau betul fikiran bapak-bapak menteri kita sampai asyik berbolak-balik dengan menda baru... ketandusan kreativiti...

Anonymous said...

Aslmkm Lan.
Gambar kepala blog Lan tu pokok pisang apa? Kak G duk ulang2 tayang di kepala, rasa yakin tak pernah tengok pokok pisang lagu tu!
Hmmm, isu ni yg jd tajuk2, cakap2 orang politik UMNO-BN macam tikuih dok main2 aci ... tu kot org panggey depa politikuih!
Malaih sungguh nak dok layan depa!
Semoga Allah SWT membuka hati & minda rakyat utk memilih teraju lain yg kot boleh relevan sikit, amin.

ikan emas said...

moga pakar-pakar dan org bijak pandai tu berdiskusi dengan waras..
demi masa depan generasi kita ..
jangan jadikan anak-anak dan guru-guru sebagai bahan eksperimen

Unknown said...

Perbincangan masa depan kak cik..
demi anak bangsa..

Unknown said...

Memang ch@..dulu2 tak kecoh sangat seperti laa ni..
Yg lelaki tu anak susuan..2 lagi tu anak isteri pertama..hee

Unknown said...

Aanas...
Bila sakit mata..tapi beri ubat gatai..penyakit kulit..
memang lagi bermasalah lah..

Unknown said...

Gambaran meja tu sebagai hiasan je..hee
merekalah bakal menjadi pemimpin suatu masa nanti..insyaAllah

Unknown said...

kak M&M..bila mana system pendidikan ditadbirkan orang politik bukannya badan cendiakawan / ahli pemikir demi anak bangsa bukan pengaruh politik..harubiru..jadinya

Unknown said...

Kerja modified ni senang cemomoi..hasilnya tu yg tak tentunya..

Unknown said...

kak G..
Gambaq pokok pisang ni daimbil semasa teman sekeluarga pi kat Ulu Tiram bulan jun lepas..Umah adik Yati.
Kata adik pokok ni pokok pisang bunga. kalau dirumah orang kaya ditanam dalam pasu..katanya lah.
Bunganya adalah jantung tu ..nak terpacak dan legu tu lah..buah pisang pun haluih2 saja..lepas tu kecut dan kering pi lagi tu lah..
Pokoknya pun tak besaq..cekeding dan tinggi sangat pun paras bahu kita..
elok juga ditanam kak G..sesak2 boleh ambik daun buat pengat pisang masak ranum yg dibeli dari pasar tapi tak sempat nak habihkan..haaa

Unknown said...

Dok nampak laa ni..cikgu2 nak kena baham dulu tu..hee
nasin lah ikan emas naa.

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media