Friday, July 30, 2010

Tambah..jgn tak tambahhhh..

Ini sekadar perkongsian je..
Kepada rakan2 yg merokok tu.. takpa.. teruskan..!!!
tanpa anda.. sapa lagi yg nak membantu syarikat rokok kat malaysia nih..
Bantuan anda.. membantu syarikat rokok memberikan bonus kpd pekerja mereka..
orang Malaysia gak gamaknya..
Usaha anda.. membangaun ekonomi negara.. tahniah..
...Kepada sesapa yg biasa2 sehari sekotak..? tambahkan jadi 2 kotak atau lebih..
Tambahkan..tambahkan.. Jgn berhenti..
pasai yg lingkop bukannya orang lain pun..
"Gajah mati meninggalkan gading..
"Harimau mati meninggalkan belang/kulit..
"Hangpa mati meninggalkan rokok ..yg berbaki..
sayang ..kira membazir nih.. So? Dekat2 nak 'jalan' tu pastikan anda habiskan semuanya supaya tak berbaki...
Anda akan dikenali sebagai seorang 'insan' yg cermat.

Wednesday, July 28, 2010

Bukan Haru-biru tapi haru~merah

Perbincangan meja bulat...
Tentang masa depan kelas peperiksaan peringkat rendah dan menengah rendah..
Masih dalam perbincangan. Kata putus tidak dapat dibuat dalam masa yg singkat..
 Melibatkan banyak perkara.. Keserabutan kelihatan dgn pencapaian hasil meeting.
.Biasalah kan meeting pun dalan suasana tergesa-gesa..
 Menampakkan seperti ada kekecohan dalam system pendidikan negara.
 Kenderaan baik dan elok..namun disebabkan pilot semi-pro..
 Kelam kabut..serba tak kena.. Silap2 haribulan pilot buat u-turn .
.Hala tuju tak sampai dan buang masa dan minyak kereta saja. dah lah minyak baru naik harga.. hee
Begitulah gambaran yg terlihat dipaparan media semasa..
Belum pun sattle masalah keserabutan ini..keluar pula isu baru dalam system pendidikan.
La ni guru peringkat sekian2 boleh libat politik sedangkan suatu masa dulu tidak dibenarkan.
 Kita semua tahu guru2 ni kekadang tu terpaksa bawa balik kerja kerumah..
 Ni nak ditambah lagi dgn penglibatan dalam politik..
Teman merasakan adalah lebih elok diubah akta universiti yg mengongkong students tu kepada lebih terbuka ..
sebab sangat bersesuian dgn perkembangan minda mereka melibatkan politik berbanding dgn peringkat rendah ni..
Seperkara lagi..
Adakah kita telah benar2 melaksanakan sikap profesional dalam system demokrasi..???
Adakah kita faham erti demokrasi? Jgn pula nanti guru2 yg tak sealiran habis kena campak kat tengah hutan Pahang atau Sabah Sarawak sana nun..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Monday, July 26, 2010

Perbincangan Meja Bulat

Maka bermulalah bijak~pandai membuka bicara membincangkan 'permasalahan' yg telah menimpa dan bakal mendatang akibat kerja tangan2 gatal atau sedikit 'kureng' bertanggaung jawab..
Kononnya..
Perlukah diadakan tahap peperiksaan tahap bawah seperti mana kelaziman dijalankan ..
selepas merdeka hingga sekarang... atau sekadar memenuhi syarat2 perlaksanaan keputusan sedangkan 'result sudah ditetapkan'..? haa..
Mungkinkah wajar sekiranya perbincangan dilanjutkan kepad fakta lain yg berkaitan seperti :~
Mengurangkan bebanan yg perlu digalas atau ditarik oleh pelajar sekolah rendah..
Perlukah pelajar diajar muzik sedangkan subject ugama terdesak dan bacaan Quran masih merangkak..
Perlukah dilakukan amali solat serta amalan dan dijadikan sebagai ..
sebahagian dari syarat kelayakan melengkaptkan sijil peringkat menengah..
hiisss..serabut laa..

Tuesday, July 20, 2010

Memberi susu

Bila kita menonton kisah benar.spt 'BERSAMAMU'...ttg bertapa ramainya lagi dari rakyat di negara ini yg masih tidak bersekolah atau ketinggalan alam persekolah diusia muda.. demi kerana kesusahan keluarga.. kepayahan dan keperitan sebegini dan yg sewaktu dgnnya seolah2 tiada nokhtahnya..
Ada sahaja kisah mereka yg malang ..yg memerlukan bantuan demi meneruskan kehidupan..
Kisah demi kisah dipaparkan..dari keluarga yg berlainan..
dari bangsa yg berlainan (bangsa melayu adalah lebih ramai) setiap minggu..
Seolah2 tiada kesudahan..
Dgn erti kata lain..memang ramai dari rakyat negara kita 'tersangat' memerlukan perhatian..ttg pelajaran terutamanya.. tempat tinggal dan kemudahan asas yg lain..
Mereka seperti diabaikan.. @ terabai.. @ ...???
SEDANGKAN...bersambung dgn mesej dibawah..
Kanak-kanak warga asing tanpa dokumen pengenalan turut dapat pendidikan

12:18:00 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memastikan penyediaan dan pelaksanaan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan semua ...
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Tuesday, July 13, 2010

Betoi ka beracun???

Email yg diterima tempoh hari  & merasakan benda ni patut dikongsi bersama.
 Betoi ke tak ..itu lain cerita.. Moga kalau tak betoi ...
ada yg membetulkan dgn lebih jelas lagi..
Dan kalau betoi eloklah kita sama2 hebahkan. Kenapa teman kata lagu tu..?
Pokok (bunga) keladi (betoi ke nama nih?) ni mmg dah sebati dgn kg teman
 dan mmg mudah didapati pun..
Cuma selama ini tak pernah pulak lah dengar ttg hal 'beracun' ni..
Macam kak G (dan juga yg lain2) suka berkebun tu gamaknya maybe lebih arif tg hal ni kot?
Disini teman paparkan kandungan email yg diterima utk bacaan semua :
Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Sunday, July 11, 2010

Perkahwinan di Sekolah

SubhanaAllah..
 Tak ada bahasa yg dapat diungkap untuk menceritakan tentang bertapa indahnya
 persahabatan dan pengalaman di Sekolah Sains Tunku Jaafar (STJ), Kuala Pilah  dulu.. 
Masih terbayang kami mempersembahan adat perkahwinan melayu sempena..(apa ntah..dah lupa)
Dua sahabat teman yg memberikan komitmen yg sangat baik iaitu 
Wanlah Ahmad (sebagai Pengantin Lelaki) dan Samsiah Salleh sebagai Pengantin Perempuan.
Program pada malam itu mmg hidup sekali dgn perarakan bunga mangar
 dan pasangan pengantin melangkah masuk kedewan besar.
 Melalui ditengah2 kedudukan semua pelajar sekolah tersebut.Suasana memang real..
Kedua mempelai berpakaian lengkap.. Fuuhhhh..memang cantik sekali..
Sayang photonya tak dak..Sekiranya Wanlah (kini menjadi pendidik) dan
 Samsiah (kini menjadi seorang Dr pergigian) memiliki photo persandingan pada
 malam tersebut dapat kiranya memaparkan dalam facebook masing2..
p/s-persandingan tanpa nikah..
photo di atas bergambar disamping hamtaran yg perlu dibawa..
cayalahh..geng

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Tuesday, July 06, 2010

Bestnya dia ~ dapat 70

Seketika dulu .. bila mahkamah manjatuhkan hukuman beberapa rotan terhadap pesalah..
Ramai yg seolah-olah baru tersedar dari tidoq..
dan mengigau.. meracau..
terpekik terlolong seperti hukuman yg dijatuhkan tu tersangat zalim..
lastly.. lagu mana hasilnya..?
puaslah buat yg memekik.. dan dapatlah hasil yg dicitakan..
Kini.. kes terbaharu lelaki hampir 40an dijatuhkan hukuman 70 tahun serta sebatan..
Tak de sapa2 ke.. atau tak dak NGO mana2 ke nak pi buat sebarang bantahan..?
Nasib baik sesudah makan.. baru terjumpa tajuk ni..
kalau tidak tentunya menghilangkan selera makan tengahari teman..
BAHANA yg sewaktu dgnya adalah banyak tapi ..
pasai apa tak meninggalkan kesan kpd rakyat yg bergelar bapa..?
yg berstatus tokwan @ abang @ pak penakan..?
yg menaungi mereka yg lemah dan masih kanya'q..
yg memerlukan bantuan dan didikan..!
SEPATUTNYA..apabila disabitkan kesalahan.. BUNUH saja (hukum rejam)!!!
Atas apa alasan kita nak biarkan manusia begini hidup???
Sedangkan Yg Mencipta kita pun sudah menetapkan HUKUM sedemikian???
Siapa nak tanggung makan pakai dia (dan mereka yg sewaktu dgnnya) kat dalam sana tuh?
Kalau sehari dua tu kira oklah..ini 70 tahun..!
Sekiranya dikira jumlah perbelanjaan sehingga tarikh tersebut..
Bertapa boleh membiayai benda2 lain yg memberikan manfaat utk awam.
p/s-duit cukai kita (sedar @ tidak) bukan utk ini. tapi takleh nak buat apa2..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Sunday, July 04, 2010

Pekan Cahaya Neon..

Balik dari menziarahi anak susuan ..Naufal Arif. 
Kami bergerak utk solat magrib di Shah Alam. 
Selepas selesaikan sedikit urusan 'transfer duit kat ATM'.. Anak mengajak pi kat i-city..
Katanya ada lampu2 cantik..
Teman pun tak tau ttg perkara ni (sebenarnya tak ambil pusing pun..)
 Lagi pun jarang berjalan malam..
Lebih2 lagi kawasan ni..
dan teman tak berminat pun 'merewang' malam2 ni kalau tak de urusan penting.
Masuk jugalah ..sbb tak tau pe kebende yg depa nak pi tengok sangat tu..
 Bayaran cuma RM2.00 je
Bangunan tempat parking tu pun masih belum 100 % siap.. Lift yg digunakan pun masih setting tak betoi.. Tanda arah kebawah tapi lift tu naik atas..dan begitulah sebaliknya..hee
tapi tak pa.. yg penting boleh guna sudah ..
dari dok menapak naik turun tangga ..
macam tempat tinggal ch@ tu..memang teman 'angkat tangan'..
sorry laa.. (wa tabik sama ch@ dan hubby)
Kepada sapa2 yg ada terluang tu bawak2 pi jengok2..
Budak2 rasanya depa syoklah kot..melihatkan cahaya bergemerlapan lagu tu..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media