Monday, May 31, 2010

Karnival~

Selepas balik dari bermain dgn anak2 di padang besar tu..teman masih sempat lagi ambil sunat juma'at. (zzZZzzZZzzzz..)..almaklumlah letih melayani si-kecil dan yg lain2.. (teman tabik pada kaum ibu dalam melayani karenah anak2..bukan sepagi je. BAHKAN...)
Selepas lunch bersama family..(makan lagi..alahaii). ~ jam 12.30pm teman bertolak ke Masjid bersama anak2 dan isteri2 utk solat jumaat dan meraikan "Karnival Perdagangan & Product Muslim" yg diadakan di perkarangan masjid.
Tradisi ekonomi yg elok dianjurkan dan dilakukan berdekatan dgn masjid agar fungsi masjid kembali hidup ...
Kaum adam datang dgn anak dan isteri.. sebelum solat dah round dgn family (yg datang awal laa).. Selepas jumaat kembali semula melawati pameran dan jualan .Ada yg sempat juga menjenguk..mana lak bini dema gamaknya,,..? maklumlah selepas ditinggalkan utk solat jumaat..orang pompuan kan paka.. dalam hal2 jual dan beli3 ni..hee
Dalam banyak2 pameran dan jualan product muslim..yg ni teman selitkan utk gambaran kita bersama .. walaupun masih awal namun bertapa keadaan begitu dilihat terdesak buat generasi zaman sekarang ..dan akan datang...p/s - kenapa masih 'tersangat' kurang product muslim dipasarkan di super atau hypermarket dalam negara kita .?
- inikah penswastaan alaf baru..? mandi..kafan..solat..dan simpan/kebumikan..? All in one @ RM****

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Saturday, May 29, 2010

Semangat Juma'at

Dimalam hari teman berjanji dgn anak2 utk membawa mereka ke padang besar ..bermain dan senam ringan2 ..
Pagi jumaat (28/5/2010) seperti yg dijanjikan teman pun sampai ke padang besar tersebut bersama anak no. 5, no.*, no. * & no. *.... (tak semistinya mengikut aturan..hee)
Setelah dikeluarkan peralatan permainan yg mana patut.. bermainlah ..berlarilah..kat padang besar tu..
Tak sampai pun setengah jam tiba2 adik Balqis dah merengek nak makan nasi...Laa baru nak warm-up dia dah nak makan..? Apa lagi.. kalau mai sekali dgn umminya tu bolehlah lepas tangan..(selalunya siap dgn bekalan utk sarapan ).. jadi terpaksa lah pi beli nasi..(pepagi ni biasanya nasik lemak lah*bukan selalu)..
Lepas makan ..tau2 jelah..mana ada semangat lagi nak senam dan main..hhmmm
 Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Tuesday, May 25, 2010

Loghat kalau dah lagu ni...

Ini kejadian terbaharu kat Jamaica.
Kenapa?
Pasai apa sampai lagu ni?
Adakah mustahil terjadi di negara kita?
Kepala perosak (pengedar dadah) manusia dibela? Ini sudah tentu perjalanan kehidupan masyarakat/rakyat sudah menjadi carca merba..
Kalau tidak masakan sampai kepala penyangak dibela sampai sebegini rupa... 
Mungkinkah kejadian malang (ikan2 bilis ditembak dan jerung terlepas bebas) yg melibatkan pihak yg diberikan amanah, 
sejak kebelakangan ini dinegara kita akan merubah kepada carca-merba?
Tidak mustahil berlaku..!
Bertindaklah sebelum terlambat..
Tak rugi sekupang pun kalau memperbaiki kesilapan..
Bahkan dipandang hormat oleh rakyat..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Monday, May 24, 2010

Buat rakan2 yg perihati..(~ prihatin)

Sekadar mengisi ruang n3..berlalu ..terima kasih kepada yg memberikan sebarang komen dan telahan.. Yg pentingnya atau setidak2nya lepas ni akan ada lebih pemerhatian antara kita kan.. hee..Sekarang boleh nampak dgn jelas kan model keretanya tuh.. atau photo yg lagu ni pun masih kabur lagi.? Sahlah ..anda kena memandu dilorong kiri..hee
p/s- tak rugi pun kalau dok belek lebih sikit kan..?  hmmm
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Sunday, May 23, 2010

Anda teliti?

Sekadar melihat siapa yg lebih teliti dalam permerhatiannya. Sekiranya anda memilikinya pun maybe anda, tuan2 dan puan serta rakan-taulan kurang berminat dok 'peghati' atau dok pi 'belek' satu2 kan.. Cuba lihat photo yg teman lampirkan ..cuba agak dari persekitaran 'plate number' belakang kereta tersebut..
Apakah jenama kereta tersebut dan modelnya..
Jawapan dan photo yg lebih jelas akan berikan pada n3 yg akan datang.. Cuba dulu okay..TQ
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Saturday, May 15, 2010

Ye ke?

Teman tak pernah sampai ke S'pore lagi tapi dah kenal sedikit sebanyak dari kenalan dan news.. Kata depa2 ni kebanyakannya yg telah pi sana.. S'pore tempat yg bersih! Serta perbagai lagi ketegasan dalam perlaksanaan undang2 terhadap orang awam. Tidak kira rakyat tempatan maupun pelawat dan juga pendatang asing yg halal apatah lagi yg haram.
Tak sat teman telah menerima email yg menimbulkan sedikit "? mark" apa yg sebenarnya keadaan di sana tuh..? Adakah sekadar gah sahaja atau pun mmg benar negara yg berdisiplin dan menjaga kebersihan?
Sahabat2 kat Johor tu gamaknya tentu lebih arif kan..!!!
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Saturday, May 08, 2010

Salam Terakhir ~.~

Petang tadi, Teman mendapat berita dari kg bahawa cikgu teman telah kembali buat selama-lamanya. Itulah masa yg telah dijanjikanNya (Pagi sabtu * 8/5/2010). Walau apapun pengisian yg kita lakukan di-dunia yg sementara ini.
Rupanya pertemuan teman di rumah mertua tempoh hari dan hari kenduri anak Cikgu Saad adalah pertemuan yg kesekian kalinya antara anak murid dan gurunya di dunia ini. Semoga roh cikgu dirahmatiNya dan semua alhi keluarga bersabar dgn ketentuan tuhan ini. Al-Fatihah.
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Monday, May 03, 2010

The Only One

Saban pagi tanpa menampakkan sebarang  masalah... Uncle ni berbasikal ke tempat kerja yg ntah di mana.. Peredaran masa begitu cepat sekali berlalu.. Namun diusia yg masih lagi ber sisa.. dia meneruskan kayuhan.. demi rezeki utk menyara diri sendiri.. dan juga maybe utk keluarganya..
Kadang2 dalam kesesakan jalanraya diwaktu tip-top mmg kekadang memaksa kita bergerak pantas dan siap ada kutu yg buat zig-zag lagi..hee
Kononnya nak kejar masa.. Kejar Punch Card kata..Allahyarham Sudirman..!Yang dok kejar masa tu.. kalau disuruh kayuh basikial seperti kat negara China sanan nun.. rasanya ramai yg angkat tangan..hhee.. Boleh semput.. Berapa kerat je lah yg sanggup berbasikal ke tempat kerja walaupun berdekatan dgn tempat tinggal..? Ishh.. payahlah..lecehkan..nanti basikal hilang lah..percemaran lah..bahaya lah..kenderaan dipandu secara berbahaya..kononnya..  Nak hantaq anak2 kesekolah.. nak bawak bini pi kerja.. bla..bla.. Serba maknikam alasan boleh diberikan.. kan3..p/s - tak boleh nak bayang kalau masing2 kayuh basikal dan yg membonceng adalah pasangan yg over kg..hee

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media