Wednesday, April 07, 2010

D!ana ? ~$~

Kebiasaan 'panorama' sebegini dapat dilihat di perkarangan masjid pada hari Juma'at. Biasanya kaum lelakilah yg berhadapan dgn mereka. Orang pompuan kan tak solat jumaat (kalau ada pun pompuan yg gi masjid pada hari jumaat adalah jarang2.. itupun sbb hal tertentu..) Mereka adalah golongan yg bersusah-payah mendapatkan dana utk sekolah atau pusat2 pengajian seperti pondok2.. pusat tahfiz.. dan juga rumah anak2 yatim.. Usaha mulia mereka kadang2 dipandang serong dik ada segelintir kaum 'munafik' yg berlakun dan menipu kaum muslimin sendiri.. lebih2 lagi dihari mulia ..penghulu segala hari..JUMA'AT.
Sepatutnya mereka harus menumpukan masa utk pengajian mereka tapi apakan daya keadaan memaksa mereka berkorban.. Teman pernah melihat penyataan tahunan keewangan sebuah masjid di Lembah Klang, Cash money yg tersimpan di bank adalah lebih dari 350K (1st time lihat value sebanyak tu) * rasanya 2007. betoi2 tak sangka.. ingatkan sekadar 80~100K je..
Persoalannya ! Dimana fungsi masjid dan surau? Sepatutnya dana yg dipunyai oleh pihak masjid dan surau seluruh negara (ikut kemampuan laa) kena disalurkan kepada pihak dan golongan atau pertubuhan yg sangat memerlukan bantuan.. bukannya membiarkan mereka merempat seluruh negeri mencari dana utk meneruskan kehidupan juga pengajian mereka..
Teman juga merasakan duit /dana masjid tu pun adalah pemberian/sedekah orang ramai utk digunakan! bukan utk disimpan !
Cuba bayangkan sekiranya saluran dana ini berjalan mengikut yg hak .. tentunya tiada lagi masalah utk menanggung beban pondok2.. pusat2 tahfiz.. maupun rumah2 anak yatim.. Mereka dapat hidup dgn serba sederhana dan belajar dgn lebih sempurna.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

15 comments:

azieazah said...

Meminta derma depan masjid kita masih ok lagi. Ada tu yang pegang tabung meminta derma di pasar-pasar (Pasar Pudu).

Bercampur dgn bau busuk ikan dan segala becak bila ujan..

Kesian, kan?

anakmuaallaf said...

sala,
Kesian mereka ni..belajar dalam kesusahan..tapi masih istiqomah menuntut ilmu agama..

Satu yang pelik puak-puak AJK masjid ni..depa tak tau ka..orang bagi derma tu minta dipanjangkan sedekah.Tapi yang depa dok peram sedekah orang dalam bank tu buat apa??

al-lavendari said...

setuju .. kadang2 saya sedih melihat anak2 yang mengutip derma sambil menjual ubat sapu kat stesyen minyak katanya untuk rumah anak-anak yatim .. dia orang tak sekolah ke ?

Che' Pit said...

hmm kdg2 rasa kesian tgk adik2 kutip derma.. dekat stesen minyak, kaki lima jalan.. tak pasti sama ada mmg betul2 atau diperalatkan oleh sindiket..

terokai seni said...

betui tu. nak derma pon susah hati sebab orang menipu pon makin canggih, bukan kata depa menipu tapi kekadang memikirkan sedekah atau zakat tak sampai ke pada mereka yang memerlukan.. tiap kali hujung remdan masing-masing berlumba-mlumba isytihar kutipan paling tinggi

terokai seni said...

betui tu. nak derma pon susah hati sebab orang menipu pon makin canggih, bukan kata depa menipu tapi kekadang memikirkan sedekah atau zakat tak sampai ke pada mereka yang memerlukan.. tiap kali hujung remdan masing-masing berlumba-mlumba isytihar kutipan paling tinggi

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... Ini adalah satu gejala juga ... sepertinya anak2 yatim diperalatkan. Dah byk kali juga Kak G pertikaikan dgn pihak penyelia & atasan lg: kenapa budak2 berkenaan dikorbankan waktu belajar & tenaga mereka; mengapa tidak penyelia & penjaga lain2 saja yg lakukan kerja2 mencari dana dsbnya.
Hal dana masjid/lain2 institusi, esp di bandar2, mmgnya tinggi, tp byk dilaburkan utk dividen ... bahana org2 cerdik pandai yg mentadbirnya ... jd keuntungan la yg dicari :(( Yg mengutip pula byk jd agen - dpt 25-40% komisen.
Entahlah, dunia akhir zaman! Kak G skrg, seboleh2nya cuba salurkan terus ke penerima hakiki.

Nida n' Hanafi said...

Kadang2 kesian melihat kanak2 yg masih kecil dijadikan ulat untuk mengutip derma... bagi Nida andaikata ingin menggunakan mereka sekalipun cuba buat dengan cara lain.. contohnya buat jualan apa2. Budaya inilah yg diterapkan di luar negara untuk meningkatkan fundraising mereka... menjual apa2 sahaja, seperti jual sosej, jual kismis, biskut, coklat..

Di Malaysia pun ada juga, tapi lebih ramai yg dilatih untuk jadi pengemis dari jadi seorang usahawan.. wallahualam.

P/s: jual mentarang kat pasar pun ok juga.. pasti ramai yg nak beli termasuk Pak Lan :)

Ain said...

harap kerajaan dan badan bertanggungjawab buka mata la kan....

kesian dorang kena kumpul dana sendiri....

dan saya yakin dorang jugak pernah kena caci dan marah ngan orang awam yang tak berapa senang dengan aktiviti kutip derma nie....

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Inilah akibatnya banyak urusan tak dipegang oleh ahli yg sepatutnya.. banyak sgt karenah birokrasi dan main politik walaupun duti sedekah org ramai...waulahualam.

Anonymous said...

salam lan..betul makcik rasa kesihan pada budak2 yg kutip derma untuk sekolah mereka didepan bank dsb..massas sekolah pula tu..herannya uztaz yg bawa mereka dari jauh cth.kedah..tak belajarkah mereka..entahlah..setuju dengan apa yg G kata..

Raji and Yeen said...

aah make sense jgak..
naper larh governmnt xde support skewl2 agama cmtuh eh
sdgkan skewl teknik mrsm sbpi sume depa dok support
xnk skewl agama sme mmbgn ker X_X

Murni Alfathunnisa said...

kadang-kadang serba salah. antara nak derma atau tidak. terutama bila yg datang meminta tu kanak2..entah betul entahkan tidak tujuan pohon sumbangan tu masjid/sekolah agama...huhu...dilema..

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Saya terpaksa tutup blog saya dan buka blog baru.. linkkan blog baru saya..
http://duniacik.blogspot.com/

secangkir madu merah said...

salam...
beberapa kali pernah didatangi pelajar dari sekolah ugama katanya, meminta derma ditempat makan..malam malam pulak tu..hati curiga juga tapi tangan kanan tetap menghulur...

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media