Thursday, April 15, 2010

Nilai keHebatan

Sesekali singgah di tengah kota KL..
Teman nampak tak de apa pun yg menarik perhatian melainkan kota2 / bangunan batu yg tinggi serta percemaran bersama kesesakan jalanraya. Panas dan kurang selesa.. Benarkah begitu..? Rakan2 selalu berceritakan ttg shoping komplek yg hebat2.. HEBAT lagu mana?.. namanya?.. barangannya?.. kualitinya?.. harganya?.. atau hebat dgn pelbagai jenis orang yg 'memperagakan' gaya maupun batang tubuh mereka buat tatapan umum.? Oleh kerana tak nampak daya penarik buat teman terhadap kehebatan komplek2 ni.. So ? sekadar melihat GAH nya je lah..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Wednesday, April 07, 2010

D!ana ? ~$~

Kebiasaan 'panorama' sebegini dapat dilihat di perkarangan masjid pada hari Juma'at. Biasanya kaum lelakilah yg berhadapan dgn mereka. Orang pompuan kan tak solat jumaat (kalau ada pun pompuan yg gi masjid pada hari jumaat adalah jarang2.. itupun sbb hal tertentu..) Mereka adalah golongan yg bersusah-payah mendapatkan dana utk sekolah atau pusat2 pengajian seperti pondok2.. pusat tahfiz.. dan juga rumah anak2 yatim.. Usaha mulia mereka kadang2 dipandang serong dik ada segelintir kaum 'munafik' yg berlakun dan menipu kaum muslimin sendiri.. lebih2 lagi dihari mulia ..penghulu segala hari..JUMA'AT.
Sepatutnya mereka harus menumpukan masa utk pengajian mereka tapi apakan daya keadaan memaksa mereka berkorban.. Teman pernah melihat penyataan tahunan keewangan sebuah masjid di Lembah Klang, Cash money yg tersimpan di bank adalah lebih dari 350K (1st time lihat value sebanyak tu) * rasanya 2007. betoi2 tak sangka.. ingatkan sekadar 80~100K je..
Persoalannya ! Dimana fungsi masjid dan surau? Sepatutnya dana yg dipunyai oleh pihak masjid dan surau seluruh negara (ikut kemampuan laa) kena disalurkan kepada pihak dan golongan atau pertubuhan yg sangat memerlukan bantuan.. bukannya membiarkan mereka merempat seluruh negeri mencari dana utk meneruskan kehidupan juga pengajian mereka..
Teman juga merasakan duit /dana masjid tu pun adalah pemberian/sedekah orang ramai utk digunakan! bukan utk disimpan !
Cuba bayangkan sekiranya saluran dana ini berjalan mengikut yg hak .. tentunya tiada lagi masalah utk menanggung beban pondok2.. pusat2 tahfiz.. maupun rumah2 anak yatim.. Mereka dapat hidup dgn serba sederhana dan belajar dgn lebih sempurna.
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Sunday, April 04, 2010

Kasut pun ada festival..

Baru2 ini teman melintasi di tepi PWTC, KL. Dalam ramai2 warga kota yg berpusu-pusu dgn pameran buku agaknya.. teman ternampak satu banner yg digantung kat tiang tepi jalan tu. Hmm..bagus juga Malaysia kita laa ni.. sampai kasut pun ada festival. Hebat3..!!! Teringat teman akan alkisah bekas 1st lady negara jiran kita dulu..Filipina sana nun.. Bertapa banyaknya koleksi kasut disepanjang pemerintahan suaminya. Moga2 jgn sampai penyakit tu berjangkit kat sebelah kita dah lah ye..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Saturday, April 03, 2010

Hujan Lebat ~:~

Disuatu petang .. ketika pulang dari tempat kerja .. hujan turun dengan lebat.. Terlintas secara automatik.. hee.. mesti nanti jalan sedikit perlahan (jem) nih.. Masing2 pilot berhati2 memandu sebab jalan basah.. Hati ceria sbb nanti sampai rumah dapat 'ubat rindu'..
Al-kisah di persimpangan .. lampu trafik mogok lah pulak.. tak berfungsi..! Apa boleh buat.. ikut je lah arus utama menghala pulang..
Rupanya di sini teman rasa nak tergelak.. bertapa kita ni.. bila keadaan lagu ni.. memerlukan penunjuk arah (polis trafik) .. tak dak istilah bertolak ansur.. memberi laluan ..
masing2 menungkah arus.. ikut hala masing2.. hasilnya? Tersekatlah kat tengah2 simpang tu.. Hee..relax bro.. kome bukan ada urusan cemas pun cuma nak pulang jumpa intan payong je..
p/s- Berbudi bahasa di jalan raya tu budaya siapa? Negara maju?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media